Wednesday, August 26, 2009

Iftitah

"Saya ni bukannlah orang yang bercita-cita besar, tetapi cukuplah apabila semua orang dalam syarikat ni menjalankan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang terkandung dalam ayat yang kita baca ketika solat iaitu doa Iftitah". dialog yang dilafazkan oleh Azrai watak yang dimainkan oleh Rusdi Ramli dalam Drama Kasih Iftitah cukup menyentuh hati aku.
Drama Kasih Iftitah di ulang tayang oleh TV3 pada pukul 5 pagi mengisi masa bersahur.Bagi mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut bolehla menontonnya setiap isnin hingga rabu pada pukul 5 pagi.

Apa yang aku hendak ceritakan di sini apakah yang terdapat dalam maksud doa Iftitah yang kita baca setiap kali kita solat.Teringat aku pada ceramah yang disampaikan oleh seorang ustazah semasa aku belajar dahulu.Katanya apabila kita membaca doa iftitah ia menunjukkan bahawa kita telah membuat penjanjian dengan Allah.Kenapa di katakan bahawa ia adalah tanggungjawab dan penjanjian kita?Mari kita sama-sama memahami dan mengingati maksud doa iftitah ini.



"Maksudnya: Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan Petang. Aku menghadap mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan Bumi dengan keadaan tunduk dan menyerah diri dan bukanlah aku tergolong dalam golongan musyrik. Sesungguhnya solatku, dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan itu aku rela diperintah dan aku tergolong dalam golongan muslimin"


Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ya Ramadan

Allhamdulillah kita semua akan mula berpuasa pada 22 hb Ogos 2009.Kepada semua yang mengenali mohon ampun dan maaf dari kami suamiisteri di atas segala kesalahan.Diharapkan ramadan kali ini adalah lebih baik daripada ramadan-ramadan yang lepas.Moga kita semua dapat menjalankan ibadatnya dengan sempurna dan lebih tenang.Amin.

Jangan Lupa Niat Puasa:
"nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa"

Wednesday, August 19, 2009

KONVOKESYEN.....

KAD KEBENARAN IBUBAPA MASUK HILANG
"Mak datang jauh-jauh nak tengok awak konvo.Tapi sudah hilangkan kad macammana mak nak masuk?"kekecewaan mak aku tergambar bila aku menyatakan kad kemasukan ibubapa sudah hilang.Aku menangis teresak-esak.Dalam hati menyalahkan diri sendiri sebab tidak menjaganya dengan baik."Cuba Da ingat mana tempat kali terakhir Da pegang kad tu,"tanya ayah aku.Ayah aku cuba menenangkan aku.Aku mengingatkan semula dari mula aku datang ke UTM Johor untuk mengambil jubah dengan abang aku Jafni. Aku dan abangku Jafni datang dua hari lebih awal daripada makayah dengan menaiki bas ke Johor untuk mengambil jubah.Aku mengingat kembali bagaimana aku dan abang aku yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke UTM sebab masa diploma aku mengambil program kerjasama antara kolej aku dengan UTM dan aku belajar di Kuantan.Aku mengingatkan kembali bertapa mahalnya tambang teksi yang kami naik untuk ke UTM sebab untuk menaiki bas kami tidak tahu,dan setelah sampai tercari-cari tempat mengambil jubah dan berjalan kaki dengan jauhnya ke luar pagar untuk menunggu bas setelah bertanyakan pengawal bagaimana hendak menaiki bas daripada UTM ke bandar.Dan aku ingat,kali terakhir aku membelek kad tersebut adalah di pondok menunggu bas tersebut.Setelah memberitahu ayah,kami bergegas ke sana dengan abang amie.Nasib baik waktu konvokesyen aku adalah sebelah petang.Dalam perjalanan aku berdoa pada Allah agar kad itu ada di situ.Dan Allhamdulillah Allah memperkenankan doa aku,kad itu memang ada disitu walaupun sudah basah tetapi ia masih boleh digunakan.Kalau tidak menangisla aku sebab makayah tidak dapat tengok aku mengambil diploma.
AKU NYARIS TIDAK KONVO
"Betul ke jalan ni huda?",tanya abang aku semasa dalam perjalanan ke UTM daripada hotel yang kami duduki.Aku hanya mengangguk sahaja.Dalam hati was-was betulkah jalan ini.Semakin jauh kami bergerak jalan ke UTM tidak kami jumpa.Aku sudah semakin gelisah.Masa untuk aku berkumpul sudah pun tamat dan dalam masa setengah jam lagi majlis aku akan dimulakan."Tak sempatla huda konvo,"aku menangis teresak-esak.Kak Dayang aku cuba memujuk aku."Takla sempat.Abang tanyala orang,"beritahu kakak iparku pada abang.Abang yang mula-mula mencari akhirnya berhenti untuk menanyakan orang.Dan Allhamdulillah akhirnya kami jumpa jalan ke UTM dan apabila aku sampai sesi pendaftaran untuk mengambil nombor sudah habis dan mereka semua sudah berbaris.Aku berlari tanpa menghiraukan mata yang memandang.Dalam hati berdoa agar aku masih diterima untuk majlis konvokesyen dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Penyayang,doaku diterima aku masih diterima walaupun mereka sudah mengemaskan peralatannya untuk menutup kaunter.Syukur Allhamdulillah.Dan apabila aku berbaris kawan-kawanku semua datang kepada menyatakan kerisauan kerana aku tidak muncul-muncul.Aku tidak mampu menceritakan apa-apa hanya air mata sahaja yang mampu menceritakan segala-galanya.Malu juga,sebab semua mata memandang ke arah aku."Abang harap sempat",mesej daripada abang aku terima dan aku balas memberitahu yang aku sempat masuk.Masa itu aku rasakan semuanya salah aku sebab aku kurang periksa dan kurang peka dengan jalan.Apa pun aku berjaya juga naik ke pentas untuk mengambil Ijazah aku.Kenangan ini akan aku ingat sampai bila-bila.Terima kasih pada mak dan ayah dan semua yang menghadiri majlis konvo aku.
Dan kenangan di atas aku ceritakan pada adik aku chichik semasa hari konvokesyennya yang baru sahaja menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Syariah UKM.Walaupun cerita ini sudah berapa kali adik aku dengar dan menyatakan bahawa mereka ada waktu kejadian tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat sedikit pengajaran daripada pengalaman aku.Dan konvokesyen adik aku chichik kali ini amat istimewa kerana kami datang dengan memakai topeng disebabkan wabak HINI yang kian merebak di negara ini.Dan Allhamdulillah majlisnya berjalan dengan lancar tanpa peristiwa yang aku alami dahulu.Dan adik aku chichik sangat cantik dengan baju konvonya dan kasutnya yang berjenama kikilala.Tahniah chik,kak da doakan agar chik terus berjaya pada masa hadapan.


Monday, August 10, 2009

Percubaan Menanam Sayur




Aku suka juga tengok tanaman-tanaman tidak kira pokok bunga atau sayur-sayuran.Tetapi aku tidak pandai sangat bak menanam ini.Dan apabila kahwin antara perkara yang aku impikan mempunyai tanaman sendiri hasil usaha kami suami isteri.

"Abang kita tanam sayur,boleh kan?"tanya ku pada suamiku pada satu ketika dulu."Boleh,tapi abang tidak pandai sangat tanam sayur-sayur ni,"beritahunya."Tak apa kita cuba je dulu,".

Dan hasil cubaan pertama kami,kami minta dengan mak anak ladanya untuk kami tanam.Dan tanah kami perolehi dari abang Amie yang memang suka menanam.Tapi cubaan pertama kami tidak berjaya sebab pasu yang digunakan amatla tidak sesuai.Itula cakap suamiku tidak mahu dengar.Padan muka aku.Maaf bang.

Cubaan kali kedua kami telah membeli pasu di kedai RM2 di Triang.Memang perlu tanam dalam pasu sebab rumah sewa aku itu tiada tanah semuanya disimenkan.Dan mak telah berikan kami 2 anak pokok lada dan 1 anak pokok terung.Kali ini sekali lagi abang amie kami memberikan tanah dan bebesar hati memberikan kami pokok bendi yang telah besar cuma belum membuahkan hasil untuk kami jaga.Terima kasih buat mak dan abang amie yang telah memberikan sokongan.Kami juga telah membeli benih kacang dan tomato semasa kami ke Mydin untuk membeli barang-barang dapur.


Allhamdulillah,pokok-pokok yang kami tanam hidup.Suami aku memang menjaganya dengan baik.Dan diharapkan kami akan memperolehi hasilnya sedikit masa lagi.InsyaAllah.





Sunday, August 2, 2009

Kisah Tengok Wayang 2

"Ok dah waktu lunch,Huda jom,"beritahu kak rina.Kak Rina aku ni amat baik orangnya kalau bukan sebab dia aku tidak akan kerja di sini.Sebab dia aku diwujudkan di pejabat ini dengan jawatan yang tidak pernah pun ada di CWorks ni.Sayangnya dia kat aku.Perasan aje.Tapi kini aku dah berada di jawatan yang memang wujud di ofis ini.Terima kasih kak rina.Tidak lupa juga pada Diyana kawan aku yang memperkenalkan aku pada CWorks ini."Diyana,bila la aku nak belanja ye,".Niat aku yang tidak sampai lagi sampai sekarang.Alamak lari topik la, ok aku sambung balik,aku pun senang hati mengikut aje kak rina dengan izin suamiku yang tercinta.Hari jumaat hari untuk kaum wanita merayap di waktu makan tengah hari ketika kaum-kaum lelaki pergi menunaikan solat Jumaat.

"Akak nak makan kat mana?"tanyaku setelah masuk keretanya."Kita gi alamanda,"bagitahunya.Aku terus mengeluarkan telefon ku dan menaip mesej memberitahu suamiku di mana tempat aku makan sebab tadi sudah beritahu tidak tahu ke mana hendak makan.Mesej aku di jawab "Aha..Alamanda.Kita tengok transformer nak tak?"tanyanya dalam mesej."Betul ke ini?"balas aku pula.Tidak lama selepas itu aku terima mesejnya "Terpulang pada sayang,"Aku berfikir elok juga mengubat hati sebab tidak dapat balik ke Perak.Aku mengambil peluang untuk membeli tiket.Aku memang tidak pernah membeli tiket wayang sebelum ini.Biasanya suami aku yang belikan.Jadi buatla macam tidak pernah tengok wayang."Em kerusi yang mana yang selesa nak tengok?"tanya aku kepada adik yang menjaga kaunter."Yang ada gambar skrin ini depan sekali.Yang huruf A ini belakang sekali.Ambil yang ini la kak,"beritahunya.Aku pun terusla membelinya.Aku beli tiga tiket.Naluri seorang akak tidak sampai hati biar adiknya duduk sorang dekat rumah.Dan apabila aku beritahu adik aku dia kata tidak mahu ikut sebab hendak pergi jumpa kawan dia.Kecewala juga.Tapi salah aku juga sebab tidak bertanya dia dahulu.Tapi kekecewaan aku terubat apabila adik aku membuat keputusan untuk mengikut aku.Allhamdulillah,kalau tidak membazir je.

Dan selepas solat maghrib kami ke Alamanda untuk menyaksikan cerita Transformer.Walaupun agak terlambat tetapi yang penting dapat juga menyaksikan cerita yang semua orang tungu-tungu.Dan walaupun sudah beberapa minggu ditayangkan tetapi pawagam masih penuh.Wah hebat betul penangan cerita Transformer ini.Tepat pukul 9 tayangan dimulakan.

Dua jam setengah menonton cerita ini,membuatkan mata aku tidak mahu melepaskan setiap babak cerita itu walau sedikit pun.Tetapi sekali sekala aku kacau suami aku sebab aku tidak berapa hendak kenal nama-nama robot transformer ini.Kesihan suami aku.Maaf bang.Jom kita simpulkan daripada kaca mata aku dan apa yang aku faham.

Sebenarnya aku tidak berapa pandai hendak ceritakan tetapi apa yang aku boleh katakan aksi-aksinya sangat menarik dan seperti biasa aku yang berjiwa sensitif ini sedih bila prime mati kerana menyelamatkan Sam.Pengorbanan Sam untuk menyelamatkan bumi amat mengharukan.Apa yang penting aksi membentuk robot di dalam cerita itu amat menarik.Dengan kecangihan teknologi sekarang apa yang dahulunya kita hanya dapat lihat pada paparan buku komik kini telah dijadikan sebagai realiti di dalam filem.Cuma aku amat tidak puas hati bila bab-bab yang kurang senang dipaparkan di dalam filem ini.Sebab cerita ini antara yang melihatnya adalah kanak-kanak walaupun mula-mula tayangan sudah diberitahu bahawa bimbingan orang dewasa diperlukan untuk kanak-kanak.Sejauh mana mereka boleh membimbing kanak-kanak bila semua masing-masing sibuk dan kusyuk melihat ceritanya.

Apa pun itula kisah tengok wayang aku.Apa pun ia hanyala sekadar hiburan.Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.