Tuesday, October 13, 2009

Lija Konvo...

Lija adik aku yang ke 2 baru sahaja menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab,UIA.Dan pada 12/10 dia meraikan hari konvokesyennya.Aku dan suami tidak dapat mengambil cuti disebabkan kami terikat dengan projek yang besar.Tetapi aku hendak juga meraikan hari kemenangan adik aku ini.Jadi aku dan suami pergi juga dengan keizinan bos masing-masing.Aku dan suami beserta kak dayang bertolak dari pejabat aku dalam pukul sebelas.Dan dalam perjalan mesej telefon aku berbunyi.Aku buka "Kda orang dah keluar dewan"beritahu adik aku lija.Risau dia aku tidak sampai agaknya.Aku membalasnya yang aku dalam perjalanan.Sesampainya di UIA kami mencari tapak jualan dahulu untuk membelikan hadiah untuknya tanda tahniah.Ramai sungguh orang menyebabkan aku mula pening,kalau ikutkan mahu tumbang juga tapi aku kuatkan juga badan aku untuk mencari adik aku.Akhirnya kami jumpa dan Allhamdulillah segalanya sudah selamat adik aku lija telah selamat memperolehi sijilnya dan kami sempat juga meraikan dia.Dan yang seronok juga aku dapat jumpa emak,ayah,k.nida sekeluarga,k.chimah sekeluarga,jafni dan Alif,zaki,chik.Buat lija Tahniah semoga akan terus berjaya hingga seterusnya.Dan jangan lupa pada kda ye kalau dah berjaya..

Monday, October 5, 2009

Aidilfitri 2009


"Ahh bila la aku hendak update blog aku ini?" itu soalan yang aku utarakan apabila setiap hari aku membuka blog.Sedangkan banyak perkara yang hendak aku utarakan di dalam blog aku ini tetapi semuanya aku simpan dan lama-kelamaan ia hanya jadi ingatan aku sahaja.Aku memang sibuk akhir-akhir ini dengan kerja yang kritikal.Projek yang menyebabkan hidup kami tertekan dibelenggu oleh kebimbangan bos.Apa pun itu adalah tanggungjawab dan amanah harusla dilakukan..

Untuk permulaan dan penyambungan aku mulakan dengan cerita Aidilfiri aku.Allhamdulillah aidilfitri tahun ini aku dan suami raikan dengan serba serdahana.Aidilfitri pertama aku sebagai seorang isteri.Kami mulakan keraian aidilfitri pertama kami dengan pulang ke kampung suami ku di Kuala Kurau,Perak.Semua adik beradik suamiku pulang meraikan aidilfitri bersama-sama.Hari raya antara yang menjadi perkara yang dinanti-nanti adalah menu istimewa.Mak mertuaku menyediakan laksa sebagai menu utama di pagi raya.Setelah menunaik sunat aidilfitri kami bersalam-salaman memohon kemaafan dan kemudian menjamu selera bersama.Laksa antara makanan kegemaran aku, sudah tentula aku antara yang paling banyak makan laksa.Setelah kekenyangan kami sama-sama menziarahi saudara-mara.Memang seronok kerana dapat memenuhkan perut.Apa pun seronok tengok kegembiraan mak bila anak-anak semua ada disamping dia.
Raya ke 4 aku dan suami pulang beraya ke kampung aku di Pahang bertemu emak dan ayah serta adik beradik yang lain.Dan cerita emak yang tidak menyediakan juadah lemang sekali lagi aku dengar setelah aku sampai walaupun aku sudah tahu ceritanya kerana pada malam raya aku telefon mak dan ayah.Kata mak tiada siapa yang hendak bakar.Biasanya yang membakar lemang adalah ayah,abang sani dan abang jafni.Ayah aku amat sibuk dengan tanggungjawab yang diamanahkan padanya.Abang Sani ku kini berada di German menyambung pelajarannya dan tidak pulang beraya dan abang Jafniku dia ada, tapi disebabkan mak tidak menyediakan bahannya maka dia tidak boleh buat apa-apa.Maka emak hanya menyediakan ketupat nasi dan rendang ayam.Rendang Ayam?Terkejut juga sebab dalam sejarah mak buat rendang ayam untuk hari raya biasanya mak akan menyediakan rendang daging kerbau.Mak kata untuk kelainan.Apa pun seronok sebab dapat jumpa semuanya kecuali abang Sani.Dan yang paling seronok mak juga menyediakan laksa menyambut kepulangan aku.Terharu.Buat Abang Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.Maafkan segala kesalahan huda ye.