Wednesday, February 24, 2010

Solat Ketika Uzur atau Sakit

"Rajin hang,tak tinggal sembayang pun,"beritahu makcik disebelah katilku ketika aku dimasukkan di wad Hospital Parit Buntar baru-baru ini.Aku hanya mengucapkan syukur dan mendiamkan diriku.Dalam hati mendoakan agar aku dikuatkan iman untuk menunaikan kewajipan ini."Makcik dah 5 hari duduk di wad ini tapi tak pernah solat.Makcik tak larat nak bangun solat,"sambungnya lagi.Memang keadaanya yang uzur membenarkan kata-katanya."Makcik solat dudukla,"aku memberi cadangan."Tak leh makcik pening,"beritahunya dalam dialek utara."Kalau macam tu makcik solat baringla,"beritahuku lagi."Makcik tak pandai,"beritahunya.Aku hanya mendiamkan diri mendengar jawapan makcik tersebut.Untuk aku mengajar makcik untuk solat baring,aku kurang ingat caranya walaupun satu ketika dahulu aku pernah mempelajarinya.Dalam hati hanya dapat mendoakan agar makcik ini akan belajar cara-cara solat baring selepas ini dan keadaan ini juga menyedarkan aku yang aku juga perlu belajar cara-cara solat ketika sakit atau uzur.Bagaimana kiranya aku berkeadaan seperti makcik tersebut adakah aku juga akan memberi alasan yang sama bahawa aku tidak pandai atau tidak ingat akan caranya sedangkan solat wajib ditunaikan walaupun ketika kita sakit.Nauzubillah.Allhamdulillah aku perolehi maklumat yang lengkap beserta gambar cara-cara untuk menunaikan solat ketika uzur.Panduan yang bertajuk Panduan Tayammun,Wudu' dan Solat bagi Pesakit daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Sesungguhnya Solat itu adalah Tiang Agama Kita.Moga aku akan menjadi umat yang sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan kerana Allah Taala.