Thursday, October 28, 2010

Rindu pada Abang dan Kak Dayang..

"Amy tunggu husband amik ye?" tanyaku pada officemate aku yang sedang berkemas untuk pulang.Amy menganguk.

"Akak dulu masa mula-mula kerja menunggu macam ini la.Tunggu abang akak ambil,kadang-kadang tu sampai tinggal sorang kat pejabat,"

Tiba-tiba terasa rindu sangat kat abang aku Abdul Masani Mat Yunus.Abang yang banyak membantu aku ketika aku mula-mula melanglah ke alam pekerjaan.Bayangkan tiap-tiap hari dia menghantar aku ke pejabat sehinggala aku mempunyai kenderaan sendiri.Tapi aku akan ikut time dia tapi tidak kisah sebab tanpa dia aku tidak akan ke tempat kerja dengan selamat.Dan sekarang abangku kini berada di Jerman untuk menyambung pelajarannya ke peringkat PHD.Pilu rasanya sebab sudah lama tidak jumpa dia.Hampir 2 tahun duduk dengannya membuatkan aku bertambah mesra dengannya sebab abang aku ini jenis diam.Semua adik-adik dia tidak berani bercakap dengan dia.Asyik bertolak-tolak bila hendak bercakap dengan abang dan yang jadi mangsa adalah aku.Tapi kini aku dapati semua adik-adik aku dah mula pandai bersembang dengan abang aku ini dan kami amat bangga mempunyai abang yang sentiasa sabar menghadapi dugaan.Abang adalah kebanggaan kami semua.

Kini isterinya kak dayang turut sama mengikutnya ke Jerman setelah diusahakan.Pemergian kak dayang pada mulanya adalah atas dasar cuti tanpa gaji kerana mengikut suami sambung belajar tetapi rezeki kak dayang dia kesana juga untuk menghadiri seminar atau latihan yang disediakan oleh pihak MPOB.Jadi gaji dia jalan juga.Allhamdulillah.Kak Dayang aku ini murah hati sangat orangnya.Aku masa duduk dengan dia memang kenyang sebab tiap-tiap hari dia masak.Dan satu yang paling aku suka tengok dia,dia akan pastikan dapur dan tempat makan kemas.Kak Dayang memang suka bercerita dan tiap-tiap malam kami akan bercerita perkara-perkara yang terjadi sepanjang hari terutama hal kawan-kawan sekerja.Dan ketika aku sampai waktu untuk mendirikan rumah tangga dia ada menyatakan rasa sunyinya kalau aku tidak ada nanti.Dan ketika aku mengandung Kak Dayangla yang banyak menyediakan barang-barang bayi untuk aku.Rasanya cukup lengkap.Terharu sangat-sangat.Alahai rindunya aku pada Kak Dayang.
Buat Abang dan Kak Dayang semoga berada di dalam keadaan sihat di negara orang.Huda sentiasa doakan abang dan kak dayang dikurniakan cahaya mata dan doakan abang dan kak dayang sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup.Rindu pada Abang dan Kak Dayang

Monday, October 25, 2010

Anak-Anak CWorks 2010

"Azie saya dah 8 hari tak datang period,rasa nak test ke tak ye?"tanyaku satu ketika dulu. Menanya orang yang berpengalaman dan Azie sudah 2 bulan mengandungkan anak ke dua ketika itu.
"Cubala mana tahu ada rezeki"beritahu Azie
Aku yang ketika itu masih was-was kerana aku pernah lewat haid lebih daripada 8 hari pun tetapi tidak mengandung.Bukan rezeki aku ketika itu dan apabila azie mengandung terasa seperti aku akan mengikutnya dengan izin Allah.Dan Allhamdulillah dengan Izin dari Yang Maha Esa aku disahkan mengandung. Dan yang paling mengembirakan berita kegembiraan turut dirasai oleh dua lagi rakan sepejabatku iaitu Nordinar sebulan selepas aku dan Norhidayah sebulan selepas Nordinar.Dan seorang lagi adalah anak kepada ED aku.Dan sepanjang tempoh mengandung macam-macam cerita yang kami lalui.Yang mengalami alahan yang teruk semasa tempoh mengandung ialah aku dan dinar.Azie dan Yaya tidak menghadapi sebarang masalah ketika mengandung.Dan ketika kami mengandung banyak perkara yang dikongsi antaranya pantang larang pemakanan, baju-baju mengandung, sakit-sakit ketika mengandung dan jantina anak yang dikandung.Dan rakan-rakan seperjabat yang lain suka membandingkan perut kami dan perut yang paling besar ketika mengandung adalah aku.Sungguh aku tidak sangka aku paling kecil di kalangan mereka tetapi aku yang paling besar perutnya.Kuasa Allah.
Dan Allhamdulillah kini semuanya sudah selamat melahirkan anak-anak masing dan semoga kelahiran cahaya mata masing-masing memberi kebahagian pada kita InsyaAllah

Anak Lelaki Azie : Muhamad Rusydan Sharon bin Roslee
5 April 2010

Anak Perempuan Huda : Rafiqah Nurul 'Aisy binti Muhamad Redzuan
27 Mei 2010

Anak Lelaki Dinar :Rifa'i Nidal bin Ikhwan

25 Jun 2010


Anak Perempuan Yaya: Nur Amani Syuhada binti Muhamad Yusof
25 Julai 2010

Friday, October 22, 2010

Bila Mahu Menulis Semula Blog ni....

Aduhai sudah hampir 2 bulan aku tidak mencatit sebarang cerita di dalam blog kesayanganku ini.Sebenarnya sudah 2 3 post aku buat tapi semuanya hanya aku simpan.Kenapa??? sebab tergantung setiap kali aku hendak menulis aku hilang idea ,aku tinggalkan dahulu walaupun apa yang aku hendak ceritakan itu adalah pengalamanku sendiri dan akhirnya ia tersimpan dan berkubur sahaja untuk diriku.InsyaAllah akan datang akan aku sambung,mungkin post yang ni pencetus untuk aku menulis semula.))))