Friday, April 15, 2011

Kek Coklat Kukus



“Alamak satu lagi bahan la bang. Soda bikabornat” beritahuku dalam hati terus menyatakan bahawa niat untuk membuat kek akan ditangguhkan sekali lagi. Suamiku dengan pantas mengambil duit untuk ke kedai runcit kedua kalinya.Nasib baik kedai runcit dekat dengan rumah. “Wah kena tunaikan hasrat ni sebab suamiku sudah berusaha” Maka bermulalah acara menyepahkan dapur. Berikut adalah resepi yang aku ikuti untuk menghasilkan kek coklat kukus ini.Resepi ini aku ambil daripada internet tetapi aku sudah lupa di mana sumbernya (mohon maaf kepada empunya resepi):


Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara-cara :
1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun.
2. Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.
4. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
5. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan
biarkan sejuk

Setelah semua bahan-bahan dicampur Tiba-tiba…. “Abang acuan ini tidak cukup nak masuk dalam kukusla” Rasanya sudah betul ku imaginekan kukusku dengan acuan yang ku beli baru-baru ini. Sudah puas suamiku memberi cadangan bekas yang boleh digunakan dan akhirnya periuk nasi kecilku dijadiakan acuan untuk kekku.Dan kerana periuk nasi itu tebal maka aku panjangkan lagi setengah jam untuk memastikan ia masak.Dan Allhamdulillah kek kukusku Berjaya dihasilkan dan yang paling membanggakan pujian suamiku. “Sedap,boleh buat jual”katanya. Allhamdulillah rezeki kami anak beranak untuk makan kek kukus coklat hasil tangan ku berjaya.Rafiqah pun suka tetapi dia hanyaku berikan sedikit untuk dia rasa walaupun dia amat teruja dengan kek tersebut.Maaf Rafiqah sampai waktu nanti Mak bagi banyak sikit ye.-)))





Thursday, April 14, 2011

Rafiqah: 10 Bulan


“Mak kejar dia.Mak kejar dia,”Rafiqah dengan segera berlari-lari dengan walkernya sambil melompat-lompat melarikan diri.
“Mak sorok.Mak sorok,” Rafiqah dengan segera berlari mencari mak sampai dapat melihat muka mak.
Itu antara permainan yang ayah dia ajar dan ia amat menyeronokkan bila melihat dia dengan gembira dan menyengih menampakkan giginya.
Rafiqah kini sudah berusia 10 bulan. Dan pada umurnya 10 bulan dia baru memulakan langkah untuk merangkak dan duduk sedikit perkembangan yang lambat tapi allhamdulillah dia sihat.Rafiqah juga sudah pandai memanjat tidak kira kusyen,almari,kerusi dan walkernya.Semuanya dia sudah lakukan.Sudah pandai berdiri dengan tangan sebelahnya dilepaskan.Dan berapa kali dia jatuh namun allhamdulillah tiada yang memudaratkan. Amat pandai menonton TV terutama iklan.(Terfikir juga kenapa kanak-kanak amat suka melihat iklan TV).Sudah aku cari tetapi tidak dijumpa pula maklumatnya.Mungkin disebabkan gerakan,muzik dan warna yang dipaparkan di dalam iklan tersebut. Rafiqah kini amat pandai merajuk lebih-lebih lagi apabila apa-apa barang yang minati kita ambil tetapi dia amat mudah dipujuk terutama oleh ayahnya.
Rafiqah juga sudah tidak menangis bila dihantar ke pengasuhnya.Mungkin disebabkan dia sudah pandai berkawan. Rafiqah kini juga amat teruja dengan makanan.Apa yang emak dan ayah makan dia pasti hendak juga. Lagi 2 bulan anak emak ini akan masuk setahun.Begitu cepat masa berlalu.Tiada ada yang mampu dikatakan hanya syukur tidak terhingga di atas KurniaMu ni Ya ALLAH.Semoga Rafiqah akan sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah selalu dan menjadi anak yang Solehah.