Tuesday, September 18, 2012

Rafiqah Nurul 'Aisy :2 tahun.......




“Mak fiqah nak ni boleh?”…Mak ini fiqah punya kan?” antara ayat-ayat yang selalu keluar dari mulut puteri kesayanganku. Sudah menjangkau usia 2 tahun 4 bulan. Sudah lama tidak ceritakan tentang anakku ini.Makin petah berkata-kata.  Kadang-kadang ayat yang tidak disangka-sangka akan keluar. Semua benda hendak di ketahui sampai kadang-kadang penat hendak menjawabnya.

Semua benda hendak dibuat sendiri sampaikan berebut-rebut dengan mak. Kalau dilihat anakku ini seperti tidak mahu mengalah orangnya. Kalau apa yang dia hendak dia akan minta sampai dapat. Hanya ayahnya saja yang pandai memujuknya tetapi dengan aku memang susah hendak selesaikan mungkin sebab aku ini tidak sabar orangnya dan kadang-kadang tidak sedar tangan ini cepat sangat hinggap di kakinya. Sebab itu dia susah hendak dipujuk oleh maknya. Semua perkara yang kita buat hendak dibuat terutama apa yang ayah dia buat. Sungguh pandai belakon dan mengambil hati ayah dan mak.


Amat suka berjalan. Kalau ajak berjalan diala nombor 1. Pantang ayahnya hendak kemana-mana semua hendak ikut kadang-kadang dia dapat membaca bila ayahnya hendak keluar. Sangat aktif kadang-kadang tidak berdaya hendak mengejarnya. Dan Rafiqah ini amat mudah mesra dengan orang. Dia tidak kisah kalau mak dan ayah dia tiada asalkan dia dapat berjalan. Sesuatu perkara yang kadang-kadang merisaukan aku juga sebab dia amat mudah didekati walaupun baru mengenali orang itu.Teringat semasa membawanya ke kedai kain di Nilai dia boleh main kejar-kejar dengan seorang pekerja Bangladesh di situ. Memang dia perlu diperhatikan dan tidak boleh lepas dari mata kita.

Amat suka makan. Allhamdulillah dia memang mudah makan. Kadang-kadang sampai kita kena suruh dia berhenti makan. Makanan kegemaran dia adalah ayam goreng.Mungkin sebab dia kurang minum susu jadi amat mudah makan. Selagi makanan itu ada di depan mata dia akan makan. Sudah pandai melihat dan mengikuti cerita-cerita di TV. Dan cerita kegemarannya ialah Upin dan Ipin la. Sampai semua character di dalam cerita dia sudah kenal. Tajuk cerita dan dialog di dalam cerita pun dia sudah hafal. Mana tidak sebelum tidur pasang cerita upin ipin. Maka mudahla di ingat.


Allhamdulillah Rafiqah Nurul ‘Aisy membesar dengan baik. Dan ketika ini aku perlu kesabaran yang kuat kerana dia semakin aktif dan semua perkara hendak dilakukan. Dan pada saat dan ketika ini aku sentiasa akan rindukan anak ku ini. Kalau di opis sentiasa terngiang-ngiang ayat-ayat yang keluar dari mulutnya. Semoga Rafiqah Nurul ‘Aisy akan terus membesar dengan sihat dan baik dengan IzinNya.