Wednesday, May 27, 2009

Kisah Tengok Wayang 01

Kali ini nak ulas sikit filem yang aku dah tgk semalam. Semalam hari rabu,hari biasa kami suami isteri tgk filem.Kenapa?sebb hari rabu harga murah.hehehehe.Tapi bukan setiap rabula,jika ada kelapangan,ada cite nak tgk and yg ptg ada RM la..Tapi semalam dek kelewatan dan ada kerja yang hendak ditolong untuk conference Cworks kami ke sana lambat kit..n kami kurang bernasib baik kit sbb tinggal seat bawah sekali yg tinggal...mmm melangokla tgk nanti jd kami tggu sekejap kalau2 ada yg menempah tak dtg..mmm dalam hati terfikir juga sedap sangat ke cite ni sampai penuh ni..tggu punya tggu makin ramai pula yg berbaris dan aku th suami aku kesihan tgk aku sbb aku yg beria2 nak tgk cite ni n tgh aku melilau terpandang skrin.."Abang ada yag pukul 11.15 malam la" beritahuku dan setelah persetujuan di buat maka kul 11:15 la kami akan tgk.Sambil tggu tu kami makan dan melepak sambil baca majalah Wanita. Majalah Wanita?mmm menarik juga nak diceritakan nanti aku cerita pasal majalah ni pula.

Panjang pula cerita,bila nak ulas cerita ni.hehehe.Kul 11:15 tiba dan cerita apa yang aku nak tgk sangat ni tajuknya "Syurga Cinta".

Rentetan Cerita:

Kisah seorang pemuda bernama Am yang baru pulang daripada UK dan kehidupannya hanyut dek keseronokan dunia.Dicabar oleh kawan-kawannya untuk memikat gadis yang memakai tudung (Syuhada) seorang cikgu di sekolah adiknya.Kerana seorang yang pantang dicabar Am sahut cabaran dan dengan kerjasama adiknya Haziq di berjaya mendekati Syu.Syu seorang wanita yang sentiasa menjaga batas-batas agama membuatkan Am mula berlajar mendekati ilmu agama.Dari hamba yang tidak pernah menunaikan solat kepada yang taat menunaikan solat.Daripada tidak pandai membaca al quran menjadi orang yang mula mendekati kitab Allah.Tetapi kerana egonya dan kekeliruan hidupnya dia sanggup melukakan hati Syu dan apa yang menarik selepas peristiwa dia menjadi hamba yang insaf dan bertaubat kepada Yang Maha Esa.

Apa Yang Aku Dapat:

Semestinya bila tengok cerita atau filem kita hendak mendapatkan pengajaran tidak pun sedikit sebanyak kita perolehi kisah kehidupan manusia sebab bagi aku pembuat cerita tidak boleh mengeluarkan cerita jika tidak menganalisa dan pemerhatian kan..
So apa pengajaranNya:
1.Anak-anak perlu diberi didikan agama bermula daripada ibubapa kerana ibubapa adalah contoh terdekat untuk anak-anak ikut
2. Kita ada cara terbaik untuk mempunyai cinta sesama insan
3. Apa yang paling utama yang hendak diterapkan di dalam cerita ini adalah bahawa Allah itu Maha Penyayang kepada Umatnya. Kita sudah sesat jauh tetapi cintanya Allah kepada kita,Allah beri kita peluang untuk mendapat keampunan daripadaNya..Persoalannya bagaimana pula dengan Cinta kita kepadaNya.

Walaupun perkara-perkara di atas sudah kita perolehi tanpa melihat cerita tetapi kadang-kadang kita sebagai manusia kita leka dan lalai dengan kesempurnaan dan kekayaan yang Allah ciptakan.Dan bagi aku, setelah melihat cerita ini,hati aku tersentak dan bermuhasabah diri bahawa aku hamba yang mempunyai banyak kekurangan dan cinta aku hanya sebutir pasir berbanding Cinta Allah pada ku yang seluas Lautan.
Moga kita semua akan jadi hamba yang sentiasa mendapat keredaan daripadaNYA.

Sekian ulasan, Terima Kasih.Pergila tgk cerita ini jika ada peluang....
* Buat suami tersayang, terima kasih. Moga abg pun dapat pengetahuan daripada cerita ini.

Tuesday, May 26, 2009

PERKAHWINANKU

Kali ini nak cerita pasal perkahwinanku..Allhamdulillah usia perkahwinan kami sudah menjangkau hampir 6 bulan. Suamiku amat pernyayang dan penyabar orangnya. Syukur sangat kerana Tuhan menemukan aku dengan insan ini. Dengan dia aku banyak belajar erti kehidupan kerana dia mempunyai banyak cerita dan pengalaman yang dilalui. Dia suami,kekasih dan sahabatku yang sejati.
Buat abang terima kasih kerana menerimaku untuk menjadi suri dalam hati abang.Semoga Allah akan sentiasa menjaga dan memelihara hubungan ini. Semoga kita akan menjadi Hamba yang sentiasa memperbaiki diri dan Iman. InsyaAllah.



Nak Mula Menulis Semula

Bila aku tgk semua org ada blog, keinginan untuk ada blog tu membuak2..and dengan keizinan suamiku yang tersayang maka aku wujudkan blog aku sendiri.Bukan nak buat apa cuma nak mulakan semula minat aku dalam penulisan.Dulu masa aku sekolah aku memang berminat menulis.Dulu lagila dengan hanya menggunakan pen aku berjaya menulis novel hasil karya aku sendiri dalam satu buku tebal tetapi malangnya buku itu hilang.Kemudian aku menulis lagi tetapi semua karyaku tergantung ditengah jalan dan lama kelamaan ia terbuku dalam kepala sahaja.Kini dengan kecangihan yang ada kenapa aku tidak teruskan.Diharapkan apa yang aku mulakan akan berterusan dengan IzinNya.InsyaAllah.
Buat suamiku tersayang terima kasih kerana memberi keizinan..