Allhamdulillah masih diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk berada di muka bumi ini.Sudah lama tidak update blog ini.Rindu pula hendak menulis.Ok kali ini hendak kongsi satu resepi.Anda mesti tahu ikan patin yang amat popular di Temerloh Pahang dan yang paling diminati ada ikan patin masak tempoyak.Ramai yang tanya ikan patin ini hanya sedap dengan masakan itu sahaja ke?Tentula tidak bagi mereka yang tidak mengemari tempoyak ikan ini boleh di goreng, masak lemak cili api atau di bakar juga amat sedap sebab isinya manis dan berlemak.Dan satu lagi menu ialah ikan patin kukus.Jadi inilah resepinya. Resepi ini simple aje.Belajaar dari emak.-)))
Bahan-Bahan:
1.Ikan Patin.Paling sedap kalau ikan patin yg segar di beli di tepi sungai Pahang.-)))Ikan ini gaulkan sedikit dengan garam ye
2.Hiris Halia, Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Api.Banyak mana?Bergantung pada anda ye.kalau suka halia lebihkan aje.-)))
3. Bawang Merah yang di hiris tadi hendaklah di goreng.Maksudnya kita buat bawang gorengla.Pastikan tidak hangit sbb jika hangit ia akan hilangkan rasa manis ikan tu nanti.Jadi kena goreng api pelahan ye.Setelah masak bawang tadi terus masukkan ke atas ikan tadi.
4.Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan lain di atas ikan patin.Perahkan sedikit asam limau.Tapi kat sini asam jawa yg di bubuh sbb xde asam limau.(boleh juga sebagai peganti tetapi jangan banyak).Masukkan sedikit kicap masin.(kalau tidak mahu masukkan pun tidak apa tp pastikan garam yang diperap dengan ikan cukupla)-))
5.Itu sahaja dan letakkan di dalam kukus selama kira-kira 30 minit..Kalau rasa tidak masak tambahla lagi masanya ye.Sudah siap ikan patin masak kukus.
Selamat Mencuba.Kalau hendak cuba resepi ini pada ikan lain boleh juga.-))))