Assalamualaikum semua,
Aku tidak perkenalkan lagi buah
hati ke 2 aku dalam blog kesayangan aku ini. Di lahirkan pada 09-04-2013 pada
pukul 3.34 pagi. Anak ke 2 ini juga keluar melalui tingkap dengan erti kata
lain melalui pembedahan. Namun begitu kali ini Allah memberikan aku peluang
untuk merasa kesakitan untuk bersalin. Sakitnya hanya Allah yang tahu. 18 jam
menanggung sakit dengan bantuan ubat untuk memaksanya keluar namun kuasa Allah
mengatasi segala-galanya. Doktor pakar membuat keputusan untuk membuat
operation kerana ia sudah lama takut risiko pada anak aku.Aku terima dan kali
ini aku jadi lebih kuat kerana sudah ada pengalaman anak yang pertama. Allhamdulillah
anak ke 2 aku seorang putera. Nama yang kami beri ialah Muhammad Rifqi b.
Muhamad Redzuan. Sekarang sudah 5 bulan sudah boleh meniarap tetapi masih belum
laju hanya pusing-pusing.
Di doakan semoga Muhammad Rifqi sentiasa sihat dan menjadi anak soleh untuk mak dan ayah.Amin.
No comments:
Post a Comment