Perancangan kami yang pertama
adalah untuk ke Kelantan melalui Cameron Highlands bermalam di sana dahulu
sambil berjalan-jalan di sana.Tetapi kita hanya merancang tetapi Allah
menentukan segala-galanya.Panggilan dari mak mertuaku yang menyatakan adik abah
sakit membuatkan kami membatalkan perancangan pertama.
1 May 2012 pada pukul 7.30 pagi
maka bertolakla kami 3 beranak ke Pulau Pinang untuk melawat Pak Ngah di
Hospital Seberang Jaya.Sebenarnya ini adalah kali pertama aku menemui Pak Ngah
suami ku ini.Sampai ke Hospital sekitar pukul 12:30 tengah hari betul-betul
masa untuk melawat.Allhamdulillah Pak Ngah sudah sedar dan sudah boleh bercakap
dan masih kenal saudara-maranya. Melihat keadaan Pak Ngah membuatkan suamiku
membuat keputusan untuk meneruskan hajat kami ke Kelantan pada petang itu
juga.Tetapi sebelum ke Kelantan Abah membawa kami untuk ke satu kedai makan
daging bakar yang di katakan sedap di Pulau Pinang.
Sungguh ramai orang di kedai
tersebut membuatkan aku amat teruja untuk makan.Apakah yang membuatkan orang
terlalu ramai di situ. Sampai ada yang kena menunggu meja kosong.Allhamdulillah
apabila kami masuk ramai yang hampir siap makan maka tidak lama menunggu meja
kosong.Kat kedai ini semua ada ikan bakar, daging bakar, sotong,
udang,ulam-ulaman yang banyak, sambal2 yang pelbagai pilihan.Memang
menarik.Jadi kami hanya pilih ikan siakap bakar, daging bakar, udang masak
sambal,ulam-ulaman.Rasanya memang sedap daging yang manis juga ikan yang
segar.Patutla ramai yang makan.Jadi sesiapa yang datang ke Penang bolehla singgah
ke Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas Penang.
MENU PILAHAN
KENA MAKAN BANYAK SEBAB NAK JALAN JAUH
RAFIQAH YANG SELERA MAKAN
SEMUA SENYUM KEKENYANGAN
KAMI BERTIGA PUN KENYANG NAK JALAN JAUH LAGI LEPAS INI
Setelah siap makan kami bertiga meneruskan perjalanan kami ke Kelantan Darul Naim.Kita sambung di bahagian 2 pula.-))))
besau nye udang hg uda..huuu...aku pon tak penah sampai sini lg..tp penah la membe aku dok cite..len kali la pi sana...harus nk cr kedai ni jugak huuu....
ReplyDeleteeh rafiqah mkn apa tuh..sampai tak nmpak muke mkn nye ;p
kena cr lily.mmg best.
ReplyDeleteRafiqah makan buah oren tu.-)))