Selesai makan dan solat tepat
pukul 4.30 pm kami menyambungkan perjalanan kami ke negeri Kelantan. Abah telah
memberi pandangan untuk singgah bermalam dahulu dimana-mana resort dan meneruskan perjalanan ke Kelantan pada
pagi esoknya.Cadangan abah memang ada asasnya sebab jalan dari Grik sedikit
berbahaya seperti jalan ke Cameron Highlands.Jalan di waktu malam menambahkan
keresahan di hatiku lebih-lebih lagi terdapat papan tanda yang memberi amaran
bahawa terdapat Gajah yang biasa keluar dari hutan.Tetapi amat bersyukur kerana
sepanjang jalan kami, kereta tidak pernah putus-putus menemani kami. Melihat
suami yang semakin letih mana tidak memandu sejak pagi dari Kuala Lumpur-Penang
dan kini ke Kelantan.Cadangan abah kami terima kami singgah di satu Resort
tetapi aku tidak ingat namanya.Harga yang tinggi menyebabkan kami membatalkan
niat dan meneruskan perjalanan mencari juga jika ada resort lain yang lebih murah
namun perjalanan di waktu malam ini menyukarkan kami untuk mencari maka suami
nekad untuk meneruskan perjalanan terus ke Kota Bharu. Allhamdulillah kami
sampai ke Kota Bahru tepat pukul 1.30 pagi ke Kota Bahru setelah mengharungi
perjalanan yang sedikit mendebarkan.Dalam keadaan mendebarkan aku sesekali
boleh juga tersengguk tidur.Kasihan suamiku.
Sampai di Kota Bahru kami terus
mencari Hotel. Matlamat pencarian hotel tersebut mestila murah, ada water
heater dan juga aircond. Allhamdulillah setelah 3 hotel ditanya tidak memenuhi
matlamat kami capai matlamat di hotel ke 4.Hotel ………(x ingat nama pula,lain
kali aku update).Harga RM 60 ada water heater, air cond dan juga Wifi.Allhamdulillah
tidur dengan lena hingga selepas solat subuh kami tidur balik akibat keletihan semalam
yang tidak hilang.Rafiqah pun sama-sama lena hingga tengah hari.Allhamdulillah
Rafiqah amat senang di bawa jalan walaupun sekali sekala bising sebab bosan
duduk dalam kereta terlalu lama.
Pukul 12 tengah kami checkout
dari hotel tersebut dan mencari tempat makan dahulu.Nasib baik mempunyai GPS
maka tidak susah hendak mencari tempat makan Cuma tidak pasti hendak makan apa
menyebabkan kami tercari-cari kedai utk makan juga dan sepanjang
berpusing-pusing di Kota Bahru ini aku rasa sedikit teruja bila mendapati semua
sighboard yang berada di sana ada tulisan Jawi.
Bergambad Dulu Sebelum CheckOut
Antara Papan Tanda Yang Sempat Di Ambil.Semua ada Tulisan Jawi
Ambil Peta dari Pusat Penerangan Kelantan tetapi GPS juga kami guna
Setelah berpusing-pusing kami temui satu warung iaitu Warung Nasi Ulam Kak Long.Nasi Ulam adalah antara menu orang Kelantan jadi aku pun minta dia sediakan nasi ulam maka aku dapat nasi dan ulam beserta budu.Dalam hati betul ke ini nasi ulam apa pun Allhamdulillah kenyang juga makan.Kami tambah dengan sup tulang dan ikan percik.Ikan percik juga antara lauk terkenal di kelantan.
Sesiapa ke Kota Bharu bolehla cuba.Banyak Lauk juga terdapat di Warung ini.Kat mana warung ini kat Bandar Kota Bharu La.Nak cerita specefic x berapa perasan main terjah je.-)))
Berselera sungguh makan sebab lapar
Rafiqah pun makan dengan penuh selera.-)))
Okla ini sahaja untuk entry kali ini.Akan aku sambung lagi perjalanan kami seterusnya.Kita sambung di bahagian 3 pula ye.-))))
No comments:
Post a Comment