“Mak fiqah nak ni boleh?”…Mak ini
fiqah punya kan?” antara ayat-ayat yang selalu keluar dari mulut puteri
kesayanganku. Sudah menjangkau usia 2 tahun 4 bulan. Sudah lama tidak ceritakan
tentang anakku ini.Makin petah berkata-kata. Kadang-kadang ayat yang tidak disangka-sangka
akan keluar. Semua benda hendak di ketahui sampai kadang-kadang penat hendak
menjawabnya.
Semua benda hendak dibuat sendiri
sampaikan berebut-rebut dengan mak. Kalau dilihat anakku ini seperti tidak mahu
mengalah orangnya. Kalau apa yang dia hendak dia akan minta sampai dapat. Hanya
ayahnya saja yang pandai memujuknya tetapi dengan aku memang susah hendak
selesaikan mungkin sebab aku ini tidak sabar orangnya dan kadang-kadang tidak
sedar tangan ini cepat sangat hinggap di kakinya. Sebab itu dia susah hendak
dipujuk oleh maknya. Semua perkara yang kita buat hendak dibuat terutama apa
yang ayah dia buat. Sungguh pandai belakon dan mengambil hati ayah dan mak.
Amat suka berjalan. Kalau ajak
berjalan diala nombor 1. Pantang ayahnya hendak kemana-mana semua hendak ikut
kadang-kadang dia dapat membaca bila ayahnya hendak keluar. Sangat aktif
kadang-kadang tidak berdaya hendak mengejarnya. Dan Rafiqah ini amat mudah
mesra dengan orang. Dia tidak kisah kalau mak dan ayah dia tiada asalkan dia
dapat berjalan. Sesuatu perkara yang kadang-kadang merisaukan aku juga sebab
dia amat mudah didekati walaupun baru mengenali orang itu.Teringat semasa
membawanya ke kedai kain di Nilai dia boleh main kejar-kejar dengan seorang
pekerja Bangladesh di situ. Memang dia perlu diperhatikan dan tidak boleh lepas
dari mata kita.
Amat suka makan. Allhamdulillah
dia memang mudah makan. Kadang-kadang sampai kita kena suruh dia berhenti
makan. Makanan kegemaran dia adalah ayam goreng.Mungkin sebab dia kurang minum
susu jadi amat mudah makan. Selagi makanan itu ada di depan mata dia akan
makan. Sudah pandai melihat dan mengikuti cerita-cerita di TV. Dan cerita
kegemarannya ialah Upin dan Ipin la. Sampai semua character di dalam cerita dia
sudah kenal. Tajuk cerita dan dialog di dalam cerita pun dia sudah hafal. Mana
tidak sebelum tidur pasang cerita upin ipin. Maka mudahla di ingat.
Allhamdulillah Rafiqah Nurul ‘Aisy
membesar dengan baik. Dan ketika ini aku perlu kesabaran yang kuat kerana dia
semakin aktif dan semua perkara hendak dilakukan. Dan pada saat dan ketika ini
aku sentiasa akan rindukan anak ku ini. Kalau di opis sentiasa terngiang-ngiang
ayat-ayat yang keluar dari mulutnya. Semoga Rafiqah Nurul ‘Aisy akan terus
membesar dengan sihat dan baik dengan IzinNya.
yee rafiqah nk dpt adik..sbb tu tak sebulu n cari pasal je ng ibu die hehhehe...
ReplyDelete