Friday, January 28, 2011

Rafiqah:7bulan


Perkembangan rafiqah di usianya 7 bulan.Gigi sudah ada 6 batang 4 di atas dan 2 di bawah.Sudah laju meniarap semua barang-barang yang bahaya untuk dimain olehnya sudah pun dipindahkan ke atas atau disorokkan. Semakin mengenali mak dan ayahnya.Sudah menampakkan emosinya terutama apabila maknya bersiap-siap untuk ke tempat kerja.Mata tidak hilang memandang sehingga emaknya selesai bersiap dan sambil itu menjerit-jerit panggil untuk di ambil.Amat suka bila di bawa berjalan dan amat suka bermain dengan ayahnya.Jika tiada ayahnya dia cepat boring untuk bermain.Memang anak ayah.

Sudah mengeluarkan butir-butir bercakap seperti "nya nya, ya ya, ma" dan amat suka bercakap sendiri.Seronok melihat perkembangan Rafiqah yang semakin membesar cuma di ketika ini dia sering batuk-batuk, sudah di bawa jumpa doktor dan hasilnya dia sihat.Mungkin persekitaran dan cuaca sekarang.Doa moga Rafiqah dijauhi daripada sebarang penyakit.Dan Allhamdulillah dia masih di beri susu maknya walaupun semakin hari susu maknya semakin berkurang tetapi InsyaAllah rezeki untuk Rafiqah masih ada.Bubur sedikit berbutir tetapi lembut menjadi kegemarannya sekarang.Allhamdulillah dengan perkembangan ni Ya Allah.

Tuesday, January 25, 2011

Allah Memberi Peluang Untukku...

Kereta Ayah
"Besokla telefon mak.Dah lewat malam ni mesti mak dah tidur"getus hatiku.Niat dihati untuk bertanyakan khabar untuk mak dan ayah di kampung aku tangguhkan lagi.Sudah lama tidak bercakap dengan mak di kampung.Terasa rindu di hati.Tidak apala esok masih ada.

Sedang aku mengadap kerja di pejabat aku dikejutkan oleh panggilan daripada suamiku."Sayang tadi kak nida telefon," hatiku tiba-tiba resah."Mak dan ayah accident sekali dengan cicik dan adik kat Maran,"sambungnya lagi.Mahu terlepas telefon daripada tangan tapi kuatkan menyatakan ia hanyala kemalangan kecil."Kak Nida kata nanti dia bagitahu semula situasi mak dan ayah.Sayang jangan risau ye,"bagitahu suamiku di ujung telefon.Aku jadi terpana.Terus teringat janjiku untuk menelefon mak semalam."Ya Allah lindungi mak dan ayah serta adik-adikku"getusku di dalam hati.Kerisauan di dalam hati membuatkan aku terus menelefon kakakku tetapi tidak dijawab, kemudian menelefon adik aku cicik tidak juga berjawab.Hati makin resah terus menelefon mak aku dan berapa saat kemudian mak menjawab."Mak accident?"tanyaku."Ye,mak accident.Ayah adik dan cik semua..."Mak aku menangis tidak dapat meneruskan kata-katanya.Air mataku mengalir dan terus meletakkan telefon.Mahu saja aku terbang untuk kesana.Aku memberi mesej kapada suamiku dengan menceritakan apa yang aku lalui tadi dan suamiku membalas dengan panggilan telefon dengan menyatakan yang dia akan balik segera.Suamiku menyuruhku untuk balik mengemas beg dan mengambil Rafiqah sementara menunggunya pulang.Dengan keadaan yang resah aku memandu ditemani rakan sepajabatku Mira mengambil Rafiqah dan baru ku sedar yang kunci rumah berada di tangan suami maka aku hanya mengambil baju Rafiqah di rumah pengasuhnya dan aku dan suami akan balik dengan sehelai sepinggang.

Sesampai aku di wad kecemasan hospital temerloh aku lihat mak duduk di atas kerusi roda hatiku sudah pedih lalu aku terus memeluk mak sekuat-kuatnya."Nasib baik dapat jumpa mak lagi"beritahu mak sambil menangis.Lagi laju air mataku.Aku tidak dapat berkata apa-apa sambil terus bertanya ayah dimana."Ayah masih di bilik kecemasan pergila tengok dia"beritahu mak.Aku dan suami terus ke bilik yang dimaksudkan dan melihat ayah terlantar di atas katil, sekali lagi air mataku laju melihat ayah di dalam keadaan itu.Aku terus menerpa dan mencium dahi ayah."Ayah tak apa-apa"beritahunya."Cuma belakang ayah ni rasa sakit sangat"sambungnya lagi.Pilu hati tetapi aku hanya mampu berdoa moga ayah tidak apa-apa.Cicit kami lawati dan melihat kepalanya bengkak sekali lagi aku menitiskan air mata sambil memeluknya dan memberitahunya agar dia tabah dan akhir sekali kami lawati adik Najhah.Adik Najhah adalah mangsa yang paling teruk dihentak oleh kereta alphard toyota.Tetapi ketika aku lawati adik dia amat tenang dan aku amat kagumi ketabahan yang dia lalui.Allhamdulillah mereka semua selamat.
Kejadian ini sudah 3 minggu berlalu.Mak sudah bertambah baik cuma sekali-sekala mengadu sakit badan.Cicit juga sudah surut bengkak di kepalanya.Adik pula sudah di pasang besi di jari manis kirinya dan ia bertambah baik cuma ayah masih lagi tidak berdaya untuk bangun dengan baik.Umurnya yang sudah lanjut membuatkan dia sukar untuk melawan kesakitan yang dia rasai.Kami sekeluarga terus memberi galakan dan mendoakan ayah bertambah baik.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang,Allah memberi peluang padaku untuk terus menatap muka mak ayah.Syukur Ya Allah.
"Ya Allah berikan kekuatan dan ketabahan kepada ayahku untuk dia hadapi dugaan ini.Dan tabahkan juga hati kami sekeluarga.Sesungguhnya Engkaula yang Maha Mengetahui Segala-Galanya"

Wednesday, January 5, 2011

Rafiqah : 6 Bulan

27 Nov 2010 genap rafiqah 6 bulan.Rafiqah di 6 bulan sudah mempunyai gigi 4 batang 2 di atas dan 2 di bawah.Makin mengenali suara mak dan ayahnya.Sudah pandai berborak dan mengikut kita berzikir atau menyanyi dalam bentuk intonasinya.Masih lagi meniarap dan bergolek-golek dan menunjukkan tanda untuk laju ke depan.Allahamdulillah rezeki untuk minum susu ibunya masih ada.Dan kini Rafiqah sudah di beri makanan pejal oleh emaknya.Rambutnya juga sudah banyak .


Makanan Pejal Pertama Rafiqah Nasi Kosong Yang Diblend