Sunday, September 29, 2013

Aku yang macam-macam

Bismillahirahmanirahim,
Hari ini macam-macam rasa. Aku tidak tahu kenapa. Aku sepatutnya bersyukur kerana aku ada suami yang amat sayang pada aku. Aku ada dua permata hati yang menjadi ubat kepada ku ketika aku berduka. Aku ada makayah,makabh dan keluarga yang juga amat menyayangi diri aku. Hidup aku cukup baik kerana masih mempunyai rezeki untuk merasai nikmat hidup di muka bumi Allah ini.Tapi hati aku kosong, sepi dan tidak tenang.
                Kadang-kadang aku rasa aku ini dah sakit jiwa agaknya sebab apa yang aku buat semua serba tidak kena. Aku banyak berfikir tentang masa lalu menyebabkan hati aku fikir macam-macam. Aku rasa apa yang aku lalui adalah sedikit sebanyak terjadi kerana masa lalu aku. Patutkah aku berfikir begitu. Ya Allah ampunkan aku atas segala dosa-dosaku. Aku juga rasa tertekan bila apa yang aku rancang tidak menjadi. Bila perancangan tidak jadi aku jadi tidak menentu. Aku salahkan diri, aku rasa aku tidak pandai mengatur diri, aku rasa aku tiada keyakinan diri dan macam-macam lagi aku rasa. Bila perkara ini terjadi aku jadi moody tempiasnya yang rasa adalah suami dan anak-anakku.Kasihan mereka..Maafkan aku wahai orang-orang kesayanganku. Dan yang paling menyedihkan aku akan sabibkan mereka atas kesalahan diriku. Aku tahu aku sepatutnya perbaiki diri aku dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
                Aku manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan. Aku tahu hanya pada Allah tempat aku mengadu dan hanya pada Dia kita minta pertolongan. Dan hanya pada Dia segala-galanya. Ya Allah ampunkan daku.
Maafkan aku nukilan ini hanya adalah untuk diriku. Dan aku rasa sedikit tenang setelah apa yang aku rasa aku luahkan dalam nukilan ini. Sudah lama pemdam akhirnya keluar juga hari ini. Buat semua maafkan segala kesalahan diriku. Buat suami maafkanla aku, terima kasih atas segala-galanya. Sokongan dan bimbingan amat aku perlukan. Sayang abang. Buat anak-anak maafkan mak. Mak sayang sangat-sangat. Buat Makayah maafkan huda, terima kasih kerana menjaga huda dari dalam perut mak sampai sekarang.Tidak terbalas jasa makayah. Buat makabah maafkan huda jika huda melukakan hati makabah. Buat semua adik beradik maafkan ku jika ada perkara yang melukakan perasaan. Buat semua kenalan maafkan daku.

Doakan aku semoga aku kembali dalam ketenangan. Semoga aku tabah menghadapi segala dugaan. Terima kasih semua. Malu sebab apa yang aku sarankan di dalam blog ini "JIKA SESEORANG ITU MELETAKKAN ALLAH SEGALA-GALANYA, NESCAYA KERESAHAN MENJADI KETENANGAN, KESIBUKAN MENJADI KELAPANGAN, KEMARAHAN MENJADI KESABARAN, KEMALASAN MENJADI KERAJINAN, SEGALA YANG NEGATIF AKAN JADI POSITIF" longgar dalam diriku. Ya Allah ampunkan daku.

Tuesday, September 24, 2013

Rifqi 5 bulan

Bismillahirahmanirrahim,


Kali ini hendak kongsi perkembangan si puteraku Muhammad Rifqi. Rifqi kini sudah berusia 5 bulan.  RIfqi sudah mula melangkupkan diri untuk meniarap pada usia 3 bulan.  Dan kini di usia 5 bulan dia suka berguling. Guling selagi tidak letih. Sudah kenal mak, ayah dan kakak dia. Sudah pandai berpaling bila namanya di sebut. Amat mudah tersenyum. Sudah pandai untuk memegang semua barang yang berada dekat dengannya. Dan amat marah bila barang itu di ambil. Sudah pandai tengok cerita upinipin pengaruh dari kakaknyala. Allhamdulillah dia baru baik dari demam dan batuk dan kini dia sihat. Semoga Rifqi sihat sentiasa. -)))
Rifqi tengok upinipin.Tgk tu kusyuk betul. Kalau dengar suara iklan upinipn tu tengah menyusu pun dia berpaling sampai habis

Guling-guling sambil mata tengok upinipin.Pernah guling sampai masuk bawah sofa pastu menangis sendiri.

Regangkan kaki dulu 

Guling-guling lagi belah sana tapi mata tetap ke televisyen.

Thursday, September 12, 2013

Resepi Puding Biskut

Bismillahirahmanirahim,
Bila dah sampai waktu aaaaaaaaaaaaaahhhhh..boringnya buat kerja, maka mrgoogle jadi tempat penghilang boring. Biasala kaum wanita apa yang dicari fesyen..tapi itu bukan minat aku sebab bila aku ikut fesyen baru ini alih-alih aku akan berfesyen lama juga. Lagi selesa. Sekarang aku lebih berminat dengan hiasan rumah dan satu lagi resepi..resepi…makan. Suka tengok je tapi tidak pandai menghias dan tidak juga pandai2 masak. Tapi ada satu resepi yang paling senang dan paling penting boleh habiskan apa yang ada di rumah..Apa yang tidak habis-habis tu biskut cream crakel. Masa pantang baru-baru ini biskut itula paling sedap tapi sekarang pandang aje..Jadi dah jumpa resepi tu boleh buat.Namanya puding biskut.jom tgk resepi:



Puding Biskut:

Bahan-Bahan..

10 keping biskut cream creaker (biskut jagung pun boleh atau biskut lain-lainla)
2 biji telur
½ Cawan susu pekat

Cara Penyedian
10 keping biskut tadi diremdam di dalam air supaya ia lembut
Sementara menunggu biskut itu lembut blend telur dan susu tadi bersama-sama.Bila biskut tadi sudah lembut toskan air dan blendkn bersama bahan tadi.Siap masukkan ke dalam bekas kukus dalam anggaran 30 minit. Dah masak masukkan ke dalam peti ais. Lepas itu boleh la makan.



Senang sangat yang paling penting ia berkukus sebab yang bakar-bakar belum boleh buat lagi..Tiada tempat nak bakar.-)))

Tuesday, September 10, 2013

Apa yang ada pada Ikan Bilis



Pagi-pagi buka facebook dapat ilmu pengetahuan tentang khasiat ikan bilis. Jom baca. Sumber dari Facebook Bernama Radio24.

INFO SIHAT

Ikan Bilis (Anchovies)
Mempunyai lemak omega-3, protin dan kaya dengan vitamin E, D, mineral, kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik daripada ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik yang disebabkan oleh pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan kurang risiko pencemaran.

Vitamin A.
Satu hidangan ikan bilis, 100 g, memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. MenurutNational Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.

Kalsium.
Ikan bilis menyediakan sumber yang kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147 mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk tulang dan gigi yang sihat.

Kalium.
Jika anda ingin menambah lebih banyak Kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383mg kalium setiap hidangan. Kalium adalah penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan menjadikan ia penting bagi aktiviti pencernaan serta dan baik untuk fungsi otot.

Selenium.
Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36mcg setiap hidangan. Baik untuk jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan juga membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit.

p/s : Ikan bilis baik untuk mereka yang sedang berdiet, ibu mengandung dan juga baik untuk pemakanan bayi sebagai perasa dan pengganti garam.


"Sambal ikan bilis la paling digemari."

Tutup Wayar

 Allhamdulillah aku sekeluarga sudah masuk ke rumah sendiri. Sudah lari dari masalah berebut parking-))).Apa pun aku bersyukur dengan kehidupan aku walaupun ada ranjau dan duri dan semua itu aku harungi.Terima kasih pada suami,makayah,makabah dan keluarga atas doa kalian.

  Sebenarnya entry kali ini hendak cerita tentang bagaimana suami aku tutup atau sembunyikan wayar yang terjuntai keluar.Untuk keselamatan dan kekemasan. Aku amat beruntung punyai suami yang rajin singgah kedai DIY. Jadi kadang2 ada benda yang dalam kepala aku tidak boleh di buat sendiri akan di pangkah oleh suamiku yang katanya boleh DIY.Jom tengok.

Sebelum



,,,

,,,


,,,,


,,,

,,,



Selepas

Kemas kan....Tapi aku tak tahu la pula apa nama alat tu.Mungkin ada yang tahu bolehla share. 









Muhammad Rifqi Muhamad Redzuan

Assalamualaikum semua,


Aku tidak perkenalkan lagi buah hati ke 2 aku dalam blog kesayangan aku ini. Di lahirkan pada 09-04-2013 pada pukul 3.34 pagi. Anak ke 2 ini juga keluar melalui tingkap dengan erti kata lain melalui pembedahan. Namun begitu kali ini Allah memberikan aku peluang untuk merasa kesakitan untuk bersalin. Sakitnya hanya Allah yang tahu. 18 jam menanggung sakit dengan bantuan ubat untuk memaksanya keluar namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Doktor pakar membuat keputusan untuk membuat operation kerana ia sudah lama takut risiko pada anak aku.Aku terima dan kali ini aku jadi lebih kuat kerana sudah ada pengalaman anak yang pertama. Allhamdulillah anak ke 2 aku seorang putera. Nama yang kami beri ialah Muhammad Rifqi b. Muhamad Redzuan. Sekarang sudah 5 bulan sudah boleh meniarap tetapi masih belum laju hanya pusing-pusing. 




Di doakan semoga Muhammad Rifqi sentiasa sihat dan menjadi anak soleh untuk mak dan ayah.Amin.