Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Resepi Puding Biskut

Bismillahirahmanirahim,
Bila dah sampai waktu aaaaaaaaaaaaaahhhhh..boringnya buat kerja, maka mrgoogle jadi tempat penghilang boring. Biasala kaum wanita apa yang dicari fesyen..tapi itu bukan minat aku sebab bila aku ikut fesyen baru ini alih-alih aku akan berfesyen lama juga. Lagi selesa. Sekarang aku lebih berminat dengan hiasan rumah dan satu lagi resepi..resepi…makan. Suka tengok je tapi tidak pandai menghias dan tidak juga pandai2 masak. Tapi ada satu resepi yang paling senang dan paling penting boleh habiskan apa yang ada di rumah..Apa yang tidak habis-habis tu biskut cream crakel. Masa pantang baru-baru ini biskut itula paling sedap tapi sekarang pandang aje..Jadi dah jumpa resepi tu boleh buat.Namanya puding biskut.jom tgk resepi:



Puding Biskut:

Bahan-Bahan..

10 keping biskut cream creaker (biskut jagung pun boleh atau biskut lain-lainla)
2 biji telur
½ Cawan susu pekat

Cara Penyedian
10 keping biskut tadi diremdam di dalam air supaya ia lembut
Sementara menunggu biskut itu lembut blend telur dan susu tadi bersama-sama.Bila biskut tadi sudah lembut toskan air dan blendkn bersama bahan tadi.Siap masukkan ke dalam bekas kukus dalam anggaran 30 minit. Dah masak masukkan ke dalam peti ais. Lepas itu boleh la makan.



Senang sangat yang paling penting ia berkukus sebab yang bakar-bakar belum boleh buat lagi..Tiada tempat nak bakar.-)))

Thursday, April 5, 2012

Resepi:Ikan Patin Masak Kukus

Assalamualaikum semua,
Allhamdulillah masih diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk berada di muka bumi ini.Sudah lama tidak update blog ini.Rindu pula hendak menulis.Ok kali ini hendak kongsi satu resepi.Anda mesti tahu ikan patin yang amat popular di Temerloh Pahang dan yang paling diminati ada ikan patin masak tempoyak.Ramai yang tanya ikan patin ini hanya sedap dengan masakan itu sahaja ke?Tentula tidak bagi mereka yang tidak mengemari tempoyak ikan ini boleh di goreng, masak lemak cili api  atau di bakar juga amat sedap sebab isinya manis dan berlemak.Dan satu lagi menu ialah ikan patin kukus.Jadi inilah resepinya. Resepi ini simple aje.Belajaar dari emak.-)))

Bahan-Bahan:
1.Ikan Patin.Paling sedap kalau ikan patin yg segar di beli di tepi sungai Pahang.-)))Ikan ini gaulkan sedikit dengan garam ye


2.Hiris Halia, Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Api.Banyak mana?Bergantung pada anda ye.kalau suka halia lebihkan aje.-)))

3. Bawang Merah yang di hiris tadi hendaklah di goreng.Maksudnya kita buat bawang gorengla.Pastikan tidak hangit sbb jika hangit ia akan hilangkan rasa manis ikan tu nanti.Jadi kena goreng api pelahan ye.Setelah masak bawang tadi terus masukkan ke atas ikan tadi.

4.Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan lain di atas ikan patin.Perahkan sedikit asam limau.Tapi kat sini asam jawa yg di bubuh sbb xde asam limau.(boleh juga sebagai peganti tetapi jangan banyak).Masukkan sedikit kicap masin.(kalau tidak mahu masukkan pun tidak apa tp pastikan garam yang diperap dengan ikan cukupla)-))

5.Itu sahaja dan letakkan di dalam kukus selama kira-kira 30 minit..Kalau rasa tidak masak tambahla lagi masanya ye.Sudah siap ikan patin masak kukus.

Selamat Mencuba.Kalau hendak cuba resepi ini pada ikan lain boleh juga.-))))




Friday, April 15, 2011

Kek Coklat Kukus



“Alamak satu lagi bahan la bang. Soda bikabornat” beritahuku dalam hati terus menyatakan bahawa niat untuk membuat kek akan ditangguhkan sekali lagi. Suamiku dengan pantas mengambil duit untuk ke kedai runcit kedua kalinya.Nasib baik kedai runcit dekat dengan rumah. “Wah kena tunaikan hasrat ni sebab suamiku sudah berusaha” Maka bermulalah acara menyepahkan dapur. Berikut adalah resepi yang aku ikuti untuk menghasilkan kek coklat kukus ini.Resepi ini aku ambil daripada internet tetapi aku sudah lupa di mana sumbernya (mohon maaf kepada empunya resepi):


Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara-cara :
1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun.
2. Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.
4. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
5. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan
biarkan sejuk

Setelah semua bahan-bahan dicampur Tiba-tiba…. “Abang acuan ini tidak cukup nak masuk dalam kukusla” Rasanya sudah betul ku imaginekan kukusku dengan acuan yang ku beli baru-baru ini. Sudah puas suamiku memberi cadangan bekas yang boleh digunakan dan akhirnya periuk nasi kecilku dijadiakan acuan untuk kekku.Dan kerana periuk nasi itu tebal maka aku panjangkan lagi setengah jam untuk memastikan ia masak.Dan Allhamdulillah kek kukusku Berjaya dihasilkan dan yang paling membanggakan pujian suamiku. “Sedap,boleh buat jual”katanya. Allhamdulillah rezeki kami anak beranak untuk makan kek kukus coklat hasil tangan ku berjaya.Rafiqah pun suka tetapi dia hanyaku berikan sedikit untuk dia rasa walaupun dia amat teruja dengan kek tersebut.Maaf Rafiqah sampai waktu nanti Mak bagi banyak sikit ye.-)))





Wednesday, March 30, 2011

Masakan Negeri Sembilan:Restoran Warisan

"Abang ada berapa banyak duit dalam tangan?”tanyaku pada suamiku.Setelah dia menjawab dia pula tanya soalan yang sama pada aku.Bila ingat balik ketawa sendiri juga.Mana tidaknya ketika kami masuk ke kawasan tersebut hanya terlihat kereta-kereta mewah yang ada.Dalam hati macam tidak mampu hendak masuk.
“Tak apala masuk je dulu.InsyaAllah ada rezeki”beritahu suamiku
Tempat yang aku maksudkan adalah Restoran Warisan yang terletak di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Setiap kali kami lalui jalan kuala pilah untuk pulang ke Kuala Lumpur Restoran ini seakan-akan memanggil kami untuk mencuba makanannya. Dan akhirnya keputusan di buat bersama untuk mencubanya pada hari Ahad baru ini setelah kami pulang menjenguk ayah dan mak di kampuang.
Masuk kami disambut mesra oleh kakitangan restoran dengan senyuman yang baik.Hati berbunga kemudian di bawa ke meja dan diberikan menu dan juadah pembukaan iaitu air sirap dan semangkuk kecil maruku. Layanan yang amat bagus.
Permulaanya kami mahu memesan daging salai masak cili api tetapi malangnya sudah habis dan yang lebih malang lagi semua masakan Negeri habis kecuali Ikan Keli Goreng Masak Berlado.
“Ala tidak ada rezeki kita.Itu yang hendak kita rasa kan. Masakan Negeri Sembilan” beritahu suamiku.
Akhirnya kami memesan juga Ikan Keli Goreng Masak Berlada juga makanan tambahan Sup Ekor dan Sayur Campur dan kami memesan juga nasi bubur untuk Rafiqah. Dan kami tidak menunggu lama,makan yang dipesan sampai dan yang paling teruja makanan dia amat banyak untuk kami berdua makan.Nasi bubur Rafiqah pun banyak.
Masakannya sedap dan berbaloi untuk dicuba lebih-lebih lagi jika hendak merasa masakan orang negeri Sembilan.Ikan Keli Goreng Berladonya amat sedap dengan ikan yang digoreng garing dan dicampur dengan bahan berlada amat padan.Sup ekor yang pedas dan terasa bahan supnya serta sayur campur yang banyak dan segar.Dan penambah selera ditambah dengan ikan masin,ulam-ulaman dan sambal belacan.Cukup menyelerakan. Allhamdulillah rezeki kami pada hari itu. Harganya amat berpatutan dengan standard restorannya.Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang restoran ini boleh lawati: http://restoranwarisan.com/.


Makanan Ketika Menunggu

Antara Menu Yang Dipilih.Maaf Gambar Tidak Fokus

Nasi Bubur Untuk Rafiqah tapi Mak dia yang tolong habiskan

Rafiqah yang berselera makan

Wednesday, July 29, 2009

Udang Lipan Masak Lemak Cili Api

Aku sudah beberapa kali mendengar nama haiwan ini.Suamiku selalu menyebutnya.Katanya sedap.Aku terfikir macam manala bentuk tubuh haiwan ini.Dan akhirnya persoalan aku terjawab ketika kami ke pasar malam serdang hari isnin.Suami aku sungguh teruja bila menemui udang lipan tersebut.Aku yang mula-mula melihat udang tersebut rasa macam tidak percaya kerana memang tidak nampak macam spesis udang."Pandai tak masak udang ni?"tanya suamiku.Aku mengelengkan kepala.Memang aku tidak tahu.Macam mana hendak masak kalau ini baru pertama kali melihatnya."Masak macam mana yang sedap?"tanyaku pula."Biasanya mak abang masak lemak cili api.Tapi rebus pun sedap juga,"beritahunya sambil matanya tertumpu pada udang tersebut mungkin berfikir untuk membelinya atau tidak."Tak apala,"bagitahunya sambil menarik tanganku.

Kami pusing lagi sekeliling pasar mencari bahan mentah yang lain dan udang lipan kami temui lagi.Kali ini lebih banyak daripada kedai sebelumnya."Berapa?"tanya suamiku."5 ringgit sekilo,"jawab tukang kedai."Nak beli ke tak?"tanya suamiku."Belila kalau abang nak,"jawabku.Suamiku tersenyum lalu terus membelinya sekilo.Aku pula berfikir macam mana pula aku hendak masak udang ini."Ala masak ajela,"getusku dalam hati.

Dan semalam aku sudah pesan awal-awal kepada adik aku yang aku hendak masak udang lipan itu.Minta tolong dia belikan kelapa mesin,cili api dan daun kesum.Sambil itu aku google cari macam mana cara hendak menyiang udang lipan tapi tidak banyak maklumat yang aku dapat.Balik daripada kerja aku terus ke dapur menyiang udang tersebut."Kak Da,takut lija tengok udang tu,"beritahu adik aku lija yang tengah mengoreng ayam.Aku hanya tersenyum."Kita cuba,abang wan kata sedap,".Dalam hati aku,aku hendak masakan percubaan aku ini diterima dan memenuhi selera suamiku.

Aku potong kaki udang dengan gunting.Aku pun tidak tahu cara aku siang udang tu betul atau tidak.Itu yang aku dapat dari google.Aku basuh dan aku memulakan langkah silat aku di dapur.

Berikut adalah bahan-bahan yang aku guna untuk masak Udang Lipan Masak Lemak Cili Api:
Sekilo Udang Lipan
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit serbuk kunyit
Sebatang Serai
Asam Keping
Daun Kesum
Separuh kelapa yang sudah dimesin.Aku perah dan asingkan yang pekat dan yang cair.

Cara-Caranya:
Tumbuk bawang dengan cili api.Kemudian masukkan udang ke dalam periuk dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.Masukkan serai yang dititik,sedikit serbuk kunyit,dan daun kesum.Daun kesum bahan tambahan untuk mewangikan lagi masakan ini.Kalau tidak mahu masukkan tidak apa.Hidupkan api dan gaulkan semua bahan-bahan yang dimasukkan tadi.(Masa aku sibuk mengaul bahan-bahan tadi aku dapati udang tersebut cepat hancur isinya.Jadi aku biarkan sahaja)
Bila aku lihat airnya sedikit kering aku masukkan dahulu santan cair kemudian masukkan sekeping asam keping.Setelah ia mengelegak aku masukkan santan pekat dan sedikit garam kasar.Kemudian biarkan ia masak.

Hasilnya:
"Sedap,"kata suamiku."Percubaan pertama yang berjaya,"sambungnya lagi.Bila aku tanya adik aku dia hanya menganguk.Dan apabila aku rasa ia boleh dibanggakan.(Angkat bakul sendiri).Dan rasa udang itu adalah seperti rasa ketam.Sedap dan manis.Tapi aku rasa sangat suka bila suami aku makan dengan bersungguh-sungguh.Bangga rasanya.Allhamdulillah aku berjaya masak Udang Lipan masak lemak cili api.Lain kali boleh masak lagi.