Wednesday, February 15, 2012

Rafiqah:1 Tahun 8 Bulan


Assalamualaikum semua,

Sudah lama tidak menceritakan tentang perihal anak gadisku Rafiqah Nurul 'Aisy.Sedar tak sedar dia kini sudah berumur 1 thn 8 bulan.Sudah besar anak emak ini.Allhamdulillah makin sihat dan semakin banyak ragamnya.Lebih-lebih lagi sekarang semakin petah berkata-kata.Apa jua yang kita sebut dia akan ikut.Sudah pandai memanggil mengikut pangilan masing-masing Ayah, Tok, Ki, Wan dan semua mak2 dan bapak2 saudaranya.Semakin pandai meminta dan menolak sesuatu perkara.Amat aktif dia hanya berhenti untuk duduk diam bila minum susu atau tidur.Bila di pasaraya kalau di biarkan dia berjalan puasla untuk kita mengejarnya.Tapi itu semua adalah peringkat diusianya untuk lebih meneroka alam.Dan yang paling aku suka perhatikan dia memang amat suka menulis.Pantang jumpa pen atau pensel dan kertas mesti hendak menulis.Semoga minat dia ini berterusan.Semoga Rafiqah terus sihat dan menjadi anak yang baik.Amin.Sayang anak emak.-))))


Friday, February 3, 2012

Kekasih Allah

Wahai seorang kekasih,

Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya


Tuesday, October 11, 2011

Rafiqah:16 Bulan



Assalamualaikum,

Sudah lama tidak menceritakan perkembangan puteri kesayanganku Rafiqah Nurul 'Aisy.Sudah berusia 16 bulan Allhamdulillah dia semakin membesar dengan baik. Rafiqah kini sudah semakin laju berjalan dan sudah tentu sekarang dia asyik hendak berjalan kecuali dia penat baru dia berhenti.Sungguh seronok tengok lagak dia berjalan. Sudah pandai meminta apa yang dia mahu.Jika hendak dia kata nak dan jika tidak mahu dia kata tak nak sambil mengeleng-gelengkan kepala. Sudah pandai menerima arahan bila disuruh mengambil sesuatu barang. Bila hendak mandi hanya tanggalkan baju dan seluar akan terus dia ke bilik air untuk mandi.Dan apabila hendak dipakaikan baju akan dihulurkan tangan apabila hendak pakai baju dan hulurkan kaki bila hendak pakaikan dia seluar.Sudah pandai hendak mengikut ayahnya apabila ayah hendak kemana-mana.Anak manja Ayah.Mana tak nya kalau ayah marah cepat je menangis tapi kalau emak marah dia buat tidak tahu aje.Amat pandai merajuk apabila sesuatu perkara yang diingini tidak kita penuhi.(Ikut perangai mak dia la ni) hehehehe.Tetapi itula perkara yang paling suka aku lakukan buat dia merajuk.(semakin manjala dia kan). Dan satu lagi perkara yang paling aku suka tengok dia memang suka makan.Kalau sebut pasal makan laju aje dia.Semua yang kita makan hendak dia rasa.-))).Apa pun syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah mengurniakan Rafiqah pada mak dan ayah.Rafiqah sememangnya peneman mak dan ayah.Semoga dia membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah.



Tuesday, September 27, 2011

Khas Untuk Suami Tersayang

Tiba-tiba rasa hendak berjiwang di dalam blog kesayanganku ini.Pertama kali dengar dan hayati lagu ini aku terbayang suamiku tersayang.Lagu ini daripada kumpulan Wali Band-Doaku Untukmu Sayang.Jadi Khas untuk suami tersayang hayatinya:


kau mau aku apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang

aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia


Thursday, August 18, 2011

Hikmah di sebalik wuduk

Pagi-pagi sesampainya di ofis seperti biasa buka email kerja, email peribadi dan seperti biasa buka fb. Menatap status kawan-kawan dan cerita-serita mereka di wall masing-masing dan tiba-tiba sesuatu yang aku rasakan dan mimpikan terjadi juga. Aku jadi sebak dan seperti yang aku beritahu suamiku aku tidak boleh hendak terima jika perkara ini terjadi. Aku bingkas bangun untuk menyatakan perasaanku tetapi hatiku terbantut bila melihat suamiku sibuk membuat kerja. Seperti biasa suamiku insan partama yang aku cari untuk mengadu masalah walaupun masalah itu kecil. Air mata tidak dapat dibendung lagi.Keluar juga akhirnya.Aku segera ke tandas terus mengambil air wuduk. Dalam hati beristgfar banyak-banyak semoga Allah membantuku dan menenangkan hatiku. Aku lantas ke surau menunaikan solat sunat dhuha dan memohon keampunan di atas apa yang aku lakukan dan Allhamduillah aku kembali tenang. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar segala masalah dan aduan kita. Beritahula segala-gala yang kita rasa kepadaNya insyaAllah hati kembali tenang. Dan sesungguhnya wuduk yang di ambil ketika marah adalah ubat yang paling mujarab.
Mari kita kongsi bersama apa itu Hikmah di sebalik wuduk ini:

SOLAT adalah tiang agama dan menjadi 'penangkis segala maksiat'. Solat wajib dilaksanakan sebagai usaha membentuk kebahagiaan jasmani dan rohani. Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam perlu berwuduk sebagai lambang penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihan dan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia mengandungi hikmah lain yang memberi makna mendalam.

Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata: "Mandi dan wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh, antaranya yang disebabkan jimak." Justeru, wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia. Memetik kata pakar kesihatan dari Akademi Perubatan Daghestan, Dr Magomed Magomedov, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentu yang dikenali sebagai 'Kawasan Aktif Biologi'.

Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan seseorang. Dr Magomed melaporkan, apabila seseorang menyentuh muka ketika berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang.

Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui ia menyihatkan kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Maha Suci Allah! Ibadah yang selalu kita laksanakan selama ini sebenarnya terangkum 1001 macam manfaat. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.

Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika hendak menunaikan solat atau ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk membina jiwa yang suci.

Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan marah seseorang pasti menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun, apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram. Pada suatu hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan berwuduk mesti membasahi muka.

Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: "Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka berubatlah." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya sembuh.

Tabib yang memberi petua penyembuhan pada Junaid menjadi sangat hairan apabila melihat mata Junaid kembali sembuh. Yang dia hairankan ialah mengapakah begitu cepatnya mata Junaid sembuh. Kata tabib itu, "Mengapakah tiba-tiba sahaja matamu menjadi baik? Jawab Junaid: "Aku hanya berwuduk, aku membasuh muka dan mataku.' Kesan peristiwa itu tabib yang beragama Nasrani itu akhirnya memeluk Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah lalu berkata: "Itu adalah ubat dari Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Dia yang memberikan penyakit dan Dia jugalah yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita penyakit, iaitu penyakit hati (rohani), dan Junaidlah yang menjadi tabibnya." Dengan berkat berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit. Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada manusia." "Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rujukan: http://nuursyifa.blogspot.com/2010/06/hikmah-di-sebalik-wuduk.html

Tuesday, July 26, 2011

Rafiqah : 14 bulan



Assalamualaikum
Allhamdulillah hari ini genap Rafiqah berusia 14 bulan @ 1 tahun 2 bulan. Di usia ini dia semakin lasak dan aktif. Hendak selalu diperhatikan apa yang dia lakukan lebih-lebih lagi apabila dia senyap.Apabila dia senyap bermakna dia sedang melakukan perkara-perkara yang dilarang.Perkara yang dilarang di sini bermaksud contohnya membuka botol minyak, mengoyakkan buku, mengunyah barang-barang, membuang air di dalam botol sambil main air tersebut dan pelbagai perkara yang dilarang yang anda sendiri kenlpasti.
Sebutan dimulutnya juga sudah semakin jelas.Terutama menyebut mak tapi dengan ayah pun disebut ma dan semua orang dipanggil ma.Sudah pandai meminta barang-barang yang hendak dimain.Jika di bawa ke pasar raya dia sudah pandai menunjuk barang yang diminati terutama apabila lalu di tempat mainan sudah pandai untuk turun dari dukungan untuk bermain. Sudah pandai membuat aksi-aksi lakonan semata-mata.-))contohnya aksi hendak keluar dari rumah dengan memakai beg tangan mak sambil menghulurkan tangan kepada mak dan mencium tangan mak dan mencium pipi mak sembil merangkak ke pintu sambil melambai tangannya.Sungguh comel.Amat cepat meniru gelagat orang terutama gelagat ayahnya.
Sudah mula mengatur langkah untuk berjalan itupun jika disuruh berjalan.Masih belum pandai mengimbang badannya.Jalan 2 ke 3 langkah dia akan jatuh tapi usahanya ada apabila dia akan cuba dan mencuba hingga dia penat.Amat seronok apabila dia mengatur langkah.Teruskan usahamu nak.
Allhamdulillah di usia ini dia sihat.Syukur di atas kurnianMU.Ya Allah.Semoga Rafiqah Nurul 'Aisy sentiasa sihat, ceria dan gembira menjalani kehidupan sebagai makhluk Allah di muka bumi ini.












Wednesday, July 13, 2011

nurulaisycraft blog





Bila tgk orang kait headband rasa cam dalam hati aku rasa aku pun boleh lakukan.Menarik dan comel.Aku dulu pernah juga mengait tetapi mengait alas kaki dari perca kain yang dicamtum-camtum itu pun aku sambung dari apa yang emak aku lakukan.Dengan izin suami aku beli benang dan jarum kait yang bersaiz 5 dan 6.Aku beli buku kait dalam bahasa melayu yang aku sendiri kurang faham.Aku belajar daripada youtube.Zaman sekarang ilmu semua dihujung jari.Cari kat Mr.G akan keluar pelbagai laman yang memaparkan apa yang kita mahu. Ini adalah hasil pertamaku.Aku kait menggunakan jarum bersaiz 5 dan benang jenama Nona bewarna pink.Itula alat pertama yang aku beli untuk memulakan pembelanjaranku.Dan kini Allhamdulillah berkat kurniaan daripada Allah maka aku berjaya juga menghasilkan hasil kraft aku sendiri.Dan kini aku mahu berkongsi akan hasil tangan aku dengan semua orang yang berminat.Maka terhasil blog kraft dan aku mengajak adikku Zahidah Yunus untuk sama-sama menghasilkan barang kraft.Lagipun dia sedang tanam anggur bolehla dia mencubanya dan Allhamdulillah dia juga berminat.Inila dia blog aku http://nurulaisycraft.blogspot.com/ .Bagi sesiapa yang berminat bolehla memberi sebarang komen atau membuat tempahan.



Kepada Allah syukur di atas kurniaanmu.Buat suami terima kasih atas sokongan yang diberikan.Buat anakku Rafiqah terima ksh memberi masa pada mak.Buat keluarga juga terima kasih di atas sokongan.Buat adikku Zahidah Yunus marilah kita usahakan InsyaAllah rezeki Allah itu ada.Buat kawan-kawan terima ksh juga terutama kepada Dinar yang memberi cetusan dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.