Wednesday, July 29, 2009

Udang Lipan Masak Lemak Cili Api

Aku sudah beberapa kali mendengar nama haiwan ini.Suamiku selalu menyebutnya.Katanya sedap.Aku terfikir macam manala bentuk tubuh haiwan ini.Dan akhirnya persoalan aku terjawab ketika kami ke pasar malam serdang hari isnin.Suami aku sungguh teruja bila menemui udang lipan tersebut.Aku yang mula-mula melihat udang tersebut rasa macam tidak percaya kerana memang tidak nampak macam spesis udang."Pandai tak masak udang ni?"tanya suamiku.Aku mengelengkan kepala.Memang aku tidak tahu.Macam mana hendak masak kalau ini baru pertama kali melihatnya."Masak macam mana yang sedap?"tanyaku pula."Biasanya mak abang masak lemak cili api.Tapi rebus pun sedap juga,"beritahunya sambil matanya tertumpu pada udang tersebut mungkin berfikir untuk membelinya atau tidak."Tak apala,"bagitahunya sambil menarik tanganku.

Kami pusing lagi sekeliling pasar mencari bahan mentah yang lain dan udang lipan kami temui lagi.Kali ini lebih banyak daripada kedai sebelumnya."Berapa?"tanya suamiku."5 ringgit sekilo,"jawab tukang kedai."Nak beli ke tak?"tanya suamiku."Belila kalau abang nak,"jawabku.Suamiku tersenyum lalu terus membelinya sekilo.Aku pula berfikir macam mana pula aku hendak masak udang ini."Ala masak ajela,"getusku dalam hati.

Dan semalam aku sudah pesan awal-awal kepada adik aku yang aku hendak masak udang lipan itu.Minta tolong dia belikan kelapa mesin,cili api dan daun kesum.Sambil itu aku google cari macam mana cara hendak menyiang udang lipan tapi tidak banyak maklumat yang aku dapat.Balik daripada kerja aku terus ke dapur menyiang udang tersebut."Kak Da,takut lija tengok udang tu,"beritahu adik aku lija yang tengah mengoreng ayam.Aku hanya tersenyum."Kita cuba,abang wan kata sedap,".Dalam hati aku,aku hendak masakan percubaan aku ini diterima dan memenuhi selera suamiku.

Aku potong kaki udang dengan gunting.Aku pun tidak tahu cara aku siang udang tu betul atau tidak.Itu yang aku dapat dari google.Aku basuh dan aku memulakan langkah silat aku di dapur.

Berikut adalah bahan-bahan yang aku guna untuk masak Udang Lipan Masak Lemak Cili Api:
Sekilo Udang Lipan
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit serbuk kunyit
Sebatang Serai
Asam Keping
Daun Kesum
Separuh kelapa yang sudah dimesin.Aku perah dan asingkan yang pekat dan yang cair.

Cara-Caranya:
Tumbuk bawang dengan cili api.Kemudian masukkan udang ke dalam periuk dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.Masukkan serai yang dititik,sedikit serbuk kunyit,dan daun kesum.Daun kesum bahan tambahan untuk mewangikan lagi masakan ini.Kalau tidak mahu masukkan tidak apa.Hidupkan api dan gaulkan semua bahan-bahan yang dimasukkan tadi.(Masa aku sibuk mengaul bahan-bahan tadi aku dapati udang tersebut cepat hancur isinya.Jadi aku biarkan sahaja)
Bila aku lihat airnya sedikit kering aku masukkan dahulu santan cair kemudian masukkan sekeping asam keping.Setelah ia mengelegak aku masukkan santan pekat dan sedikit garam kasar.Kemudian biarkan ia masak.

Hasilnya:
"Sedap,"kata suamiku."Percubaan pertama yang berjaya,"sambungnya lagi.Bila aku tanya adik aku dia hanya menganguk.Dan apabila aku rasa ia boleh dibanggakan.(Angkat bakul sendiri).Dan rasa udang itu adalah seperti rasa ketam.Sedap dan manis.Tapi aku rasa sangat suka bila suami aku makan dengan bersungguh-sungguh.Bangga rasanya.Allhamdulillah aku berjaya masak Udang Lipan masak lemak cili api.Lain kali boleh masak lagi.

Tuesday, July 28, 2009

Dugaan Datang

Sudah 4 hari aku menunggu.Dalam hati aku berdoa moga apa yang aku inginkan dan doa selama ini dimakbulkan oleh Allah s.w.t.Tetapi Allah yang menentukan segalanya.Permintaan aku untuk mengecapi alam baru belum dimakbulkan olehNya.Aku pasrah dan redha kerana aku tahu Allah mengetahui segala-galanya.Walaupun demikian aku tetap kalah.Naluri aku tersentuh, dan pada hari itu aku mengawal diri dan aku pastikan yang aku kuat untuk melawan dugaan ini.Namun Allah masih menguji ketabahan aku dan pada hari yang sama aku perolehi panggilan dari adikku yang dia kemalangan dan menyebabkan cermin kereta belakang aku pecah dan bahagian belakangnya kemek.Kejadian berlaku semasa dia mengundur kereta.Allhamdulillah adik aku tidak apa-apa.Tetapi hati aku tidak cukup kuat.Aku rasa Allah menduga aku dengan begitu kuat."Kenapa Allah menguji sayang bang,"tanyaku pada suami sambil aku menangis teresak-esak.Suami aku memeluk aku dan berkata."Sayang.Ini semua dugaan Allah.Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.Sayang kene kuat,"Setelah aku mendengar kata-kata suamiku aku beristhigfar panjang.Ya Allah ampun kan aku.Sesungguhnya aku amat berdosa kerana mempersoalkan ketentuan yang Allah jadikan.Sesungguhnya perancangan Allah itu amat halus dan terlindung.Ada hikmah di sebaliknya.
Dan pada malam itu aku muhasabah diri aku.Meniti segala kesilapan dan dosa yang aku lakukan.Dan sesungguhnya aku yang tidak adil dengan Ya Rabbi.Aku banyak melakukan kesilapan dan melanggar segala larangan yang Dia tentukan.Sesungguhnya Allah amat menyayangiku kerana aku berada di dalam suasana yang bahagia dan aman.Sesungguhnya banyak nikmat yang Allah berikan.Ya Allah ampunkan dosa aku.

*Buat abang terima kasih kerana memberi kekuatan pada sayang.Sayang abang sangat.
*Buat Lija,kda tak marah yang penting Lija selamat cuma lain kali harap lebih berhati2.

Monday, July 20, 2009

BALIK KUMAI



Hujung minggu lepas aku bersama suami dan adik ku pulang ke Kampung ku Felda Kumai.Kalau ikutkan dah lama juga aku tidak pulang ke Kumai,ini kerana mak dan ayah aku selalu juga ke Kuala Lumpur beberapa bulan lepas kerana beberapa urusan.Kerana kerinduan terhadap rumah di Kumai dan dengan persetujuan suami tersayang kami pulang ke Kumai pada malam jumaat tepat jam 11 malam dan sampai dalam pukul 2 pagi.

TOLONG MAK
Pagi sabtu baru jumpa mak dan ayah.Senyum mak dan ayah bila anak mereka pulang.
Pagi sabtu aku,suami,lija dan cicit menolong mak mengalihkan timbunan pasir di depan rumah ke belakang.Kata mak dia nak buat kebun sayur di depan rumah dia.Kempen felda sekarang satu rumah satu kebun sayur(perkataan satu paling popular sekarang).Apa pun memang seronok membuat kerja secara gotong royong ini.Gurau senda antara anak beranak amat menyeronokkan.Antara yang membuat kami ketawa besar apabila mak aku menyuruh adik aku basuh telefon bimbitnya dengan minyak apabila dia merungut telefonnya tercalit getak cempedak.Dan pagi itu suamikula orang yang paling kuat bekerja.Terima kasih bang.

CARI PASU
Tengah pusing-pusing keliling rumah, ternampak pasu plastik mak yang penuh dengan tanaman sayur."Menarik juga",getusku dalam hati.Almaklumla aku dan suami pun sedang mencari-cari pasu untuk menanam sayur.Baru-baru ini aku ke supermarket harganya sangatla mahal dan membuatkan kami terbantut untuk membelinya.Dan apabila diberitahu bahawa mak membelinya di kedai RM2 di Triang aku pun begitu semangat mengajak suami untuk mencarinya di Triang.Dan petang itu kami ke Triang dan hasilnya kami perolehi pasu-pasu tersebut.Tapi aku rasa di Kuala Lumpur mungkin ada yang sama harga cuma tidak tahu di mana.Bila dah ada peluang kita perlu rebutnya.



PANJAT POKOK MANGGIS
"Wan dan Huda nak makan manggis esok pergila kait kat depan",beritahu ayah malam kami tengah berehat sambil menonton televisyen.Dan pada pagi ahad setelah bersarapan pagi dan menghabiskan sisa pasir yang belum di habis angkut kami ke kebun ayah.Aku sebenarnya pernah melihat pokok manggis ini masa aku masih kanak-kanak lagi.Dan seingat aku pokok manggis arwah tok aki aku dulu tinggi tapi pokok manggis ayah aku amat rendang.Aku tercari-cari mana buahnya."Tengok balik-balik daun",beritahu ayahku mungkin faham apa yang ada di dalam fikiran aku.Dan apabila aku selak daunnya yang lebar barula aku jumpa buahnya dan apabila aku masuk di bawah rimbunan pokok barula aku nampak buahnya yang banyak.Suami aku pun memanjat untuk memetik buah-buah yang di atas.Tersenyum aku bila melihat gelagat dia."Mesti sudah biasa memanjat masa kanak-kanak",getusku di dalam hati.Aku hanya memetik yang di bawah sahaja dan ia amat menyeronokkan.Setelah beralih ke pokok ke dua aku bersuara."Abang cukupla kot ni.Dah banyak dah ni",.Ketika kaki melangkah hendak pulang tiba-tiba terdengar ayahku bersuara dari jauh."La berhenti dah.Cari lagi banyak lagi tu",sambil kakinya melangkah ke arah kami.Kami yang menurut kembali semula mencari lagi di mana-mana yang tersorok."Cari di balik-balik daun tu.Buahnya kecik tapi daunnya besar",beritahu ayah lagi."Macam gajah.Gajah tidak tahu badannya besar sebab telinganya besar.Kalau gajah tahu habisla kita",sambungnya lagi."Betul ke?",getus ku di dalam hati.Mungkin betul sebab orang lama ini lebih tahu hal-hal alam ni.Setelah kami rasakan tiada buah yang masak kami berhenti dan bagi aku memang seronok dan yang paling seronok aku pergi kutip buah manggis dengan dua lelaki yang paling ku sayang iaitu suami dan ayahku.






BUKIT TANGGA
"Jomla kita pergi bukit tangga",ajak suamiku setelah melepaskan lelah selepas bertungkus lumus memetik buah manggis.Aku terdiam.Aku bukan tidak mahu ke bukit tangga tapi sejak kejadian aku,akak dan maksu di kacau oleh mat gam aku jadi tidak berani hendak ke sana.Tapi aku sudah berapa kali mengecewakan suami aku.Teruk betul rasanya."Apa nak takut,aku kan pergi dengan pelindung aku",getusku di dalam hati.Siapa pelindung aku mestila suami aku."Okla jom kita bawa motor ayah je",.Kami terus start motor.Perjalanan ke bukit tangga tidak lama.Dalam 10 minit kami dah sampai.Seronok sangat naik motor dalam kawasan hutan dengan suamiku.Ye la sambil menghirup udara segar.Dan apabila kami sampai aku sedikit teruja kerana banyak perubahan yang dilakukan.Sudah ada kemudahan seperti surau dan bilik persalinan.Perkembangan yang bagus tapi kawasannya tidak seperti dulu.Air nya kurang jernih tetapi masih dijaga.Yang aku pergi hanya di tingkat bawah kalau hendak ke atas kena panjat bukitla.Itula yang aku beritahu pada suamiku."Lain kali kalau ada masa kita pergi lagi ye bang.Kita panjat",beritahu aku.Seperti kata orang ada 7 tingkat air terjunnya dan setahu aku,aku hanya sampai ke tingkat 4.Dan seperti yang aku jangka ramai anak-anak muda yang berkumpul disitu.Apa yang diorang dibuat aku pun tidak pasti.Setelah berpusing-pusing di kawasan tersebut kami pulang.Terima kasih banyak bang.Seronok sangat.



Begitula antara aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada di Kumai.Tapi yang penting sekali aku dapat menjenguk mak dan ayah dan allhamdulillah mereka sihat.

Wednesday, July 8, 2009

Kejayaan Atas Usaha


ADIK ILA MASUK UKM

"Adik Ila dapat masuk UKM",beritahu suamiku."Allhamdulillah",jawabku."Pilihan pertama",beritahu suamiku lagi.Memang patut dia dapat.Getusku di dalam hati.Adik Ila adalah adik bongsu suamiku.Baru sahaja memperolehi keputusan kemasukan Ijazah ke UKM selepas menamatkan matrikulasi.Kenapa aku cakap dia patut dapat.Sebab keputusan yang diperolehi semasa matrikulasi amat bagus.Setiap semester memperolehi mata penuh semasa matrikulasi dan pilihan pertama dia ke UKM memang harus diberi.Allhamdulillah dia perolehi apa yang dia impikan.Dia perolehi kejayaan atas hasil usaha dia.Tahniah buat Adik Ila.
Dan kami mengiringi kejayaan dia dengan menghantar dia membuat pendaftaran di UKM.Berbunga hati mak bila anaknya memperolehi kejayaan.Tahniah buat mak juga.Dan senang hati kami apabila melihat kemudahan di tempat belajar sekarang amat menyenangkan.Kenapa aku berkata demikian sebab terkeluar ayat dari mulut suamiku"Wah ini macam tempat orang-orang kaya duduk je",katanya apabila melihat almari adik Ila besar.Memang selesa dengan segala kemudahan yang ada.Tahniah sekali lagi buat adik Ila.Doa kami semoga dia teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang seterusnya.



ABANG SAMBUNG PHD@GERMAN
Abang akan sambung PHD di Jerman.Beritahu kakak iparku suatu ketika dahulu.Berita ini aku terima sebelum aku mendirikan rumah tangga lagi.Kata kakak iparku lagi abang dihantar atas pilihan pihak pengurusan tempat kerjanya.Sungguh aku kagum dengan abang aku ini.Selepas tamat SPM dia menyambung pelajaran ke UM untuk mengambil kursus bahasa jepun dan menyambung pelajaran peringkat Ijazah di Jepun.Setelah balik dan memperolehi kerja dia menyambung balik pembelajaran dia ke peringkat Master di UPM dan kini dia teruskan usaha pembelajarannya ke peringkat PHD di Jerman.Dan aku tahu semua yang diperolehi adalah atas hasil usahanya.Aku pernah duduk dengan abangku ini selama 2 tahun dan aku tahu macam mana dia melakukan sesuatu kerja sehingga pihak pengurusan memilihnya untuk menyambung pembelajaran PHD di Jerman.
Abang ke Jerman pada bulan Mac baru-baru ini dan kami sebagai adik-adik cukup berbangga dengan kejayaannya.Dan yang aku pasti mak dan ayah aku semestinya lagi berbangga dengannya.Berkat doa mereka juga anak mereka berjaya juga kejayaan abang aku sudah tentu atas sokongan isterinya juga Kak Dayang.Tahniah buat abang.Semoga berada di dalam lindungan Ilahi di sana dan memperolehi kejayaan yang seterusnya.

LIJA DAPAT KERJA
Lija adik aku yang kedua baru menamatkan Ijazahnya dalam bidang bahasa Arab.Dan selepas menamatkan pembelajaran dia berusaha untuk mencari kerja.Adik aku lija memang pandai budaknya dari sekolah lagi.Tetapi tidak jadi pandai kalau tidak usaha kan.Dan kerana usaha dia memperolehi kelas pertama dalam Ijazahnya.Kejayaan yang diperolehi atas usaha dia.Dan hasil usaha mencari kerja,baru-baru ini dia dipanggil di dua tempat temuduga dan keputusannya kedua-dua tempat dia dapat.Kejayaan bagi aku membanggakan sebab sekarang amat susah untuk memperolehi kerja.Dan yang paling membanggakan sekali di temuramah terus dia dapat kerja kerana komunikasi inggerisnya bagus.Tahniah buat lija.
Walaupun kerja yang diperolehi bukan minat dan bidangnya tetapi itu adalah pilihan yang di buat olehnya.Dan Lija kak da harap lija akan harungi cabaran dan ambil pengalaman dan peluang yang diberikan.Ingat Allah sentiasa menguji ketabahan dan kesabaran umatnya.Kenapa?Sebab Allah tidak mahu kita lalai dan jauh daripadanya.Dia mahukan kita selalu mengadu padaNya.Sebab Allah sayangkan kita.Apa pun kejayaan memperolehi kerja adalah atas hasil usaha lija.Selamat berusaha.

*Itu adalah antara kejayaan-kejayaan mereka yang ada di sampingku.Dan kesemua kejayaan yang mereka perolehi adalah atas usaha mereka.
Kita tidak akan dapat merasa ikan patin masak tempoyak jika kita tidak usaha untuk mencari ikan patin dan tempoyak sebagai bahan untuk memasak.Kita tidak akan dapat hasilkan ikan masak tempoyak jika kita tidak ada usaha untuk memasaknya dan jika tidak memasak sekalipun kita tidak akan dapat merasa ikan patin masak tempoyak jika tidak usaha untuk mencari kedai yang menyediakan masakan ini dan kita tidak akan merasanya jika kita tidak usaha untuk mencedoknya masuk ke dalam pinggan kita.Segala-galanya adalah atas hasil usaha kita barula kita akan dapat makan makanan kegemaran kita.
Seperti kata pepatah "Kejayaan tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha".
Dan Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”