Showing posts with label Ilmu dan Info. Show all posts
Showing posts with label Ilmu dan Info. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Apa yang ada pada Ikan Bilis



Pagi-pagi buka facebook dapat ilmu pengetahuan tentang khasiat ikan bilis. Jom baca. Sumber dari Facebook Bernama Radio24.

INFO SIHAT

Ikan Bilis (Anchovies)
Mempunyai lemak omega-3, protin dan kaya dengan vitamin E, D, mineral, kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik daripada ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik yang disebabkan oleh pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan kurang risiko pencemaran.

Vitamin A.
Satu hidangan ikan bilis, 100 g, memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. MenurutNational Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.

Kalsium.
Ikan bilis menyediakan sumber yang kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147 mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk tulang dan gigi yang sihat.

Kalium.
Jika anda ingin menambah lebih banyak Kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383mg kalium setiap hidangan. Kalium adalah penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan menjadikan ia penting bagi aktiviti pencernaan serta dan baik untuk fungsi otot.

Selenium.
Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36mcg setiap hidangan. Baik untuk jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan juga membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit.

p/s : Ikan bilis baik untuk mereka yang sedang berdiet, ibu mengandung dan juga baik untuk pemakanan bayi sebagai perasa dan pengganti garam.


"Sambal ikan bilis la paling digemari."

Friday, February 3, 2012

Kekasih Allah

Wahai seorang kekasih,

Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya


Thursday, August 18, 2011

Hikmah di sebalik wuduk

Pagi-pagi sesampainya di ofis seperti biasa buka email kerja, email peribadi dan seperti biasa buka fb. Menatap status kawan-kawan dan cerita-serita mereka di wall masing-masing dan tiba-tiba sesuatu yang aku rasakan dan mimpikan terjadi juga. Aku jadi sebak dan seperti yang aku beritahu suamiku aku tidak boleh hendak terima jika perkara ini terjadi. Aku bingkas bangun untuk menyatakan perasaanku tetapi hatiku terbantut bila melihat suamiku sibuk membuat kerja. Seperti biasa suamiku insan partama yang aku cari untuk mengadu masalah walaupun masalah itu kecil. Air mata tidak dapat dibendung lagi.Keluar juga akhirnya.Aku segera ke tandas terus mengambil air wuduk. Dalam hati beristgfar banyak-banyak semoga Allah membantuku dan menenangkan hatiku. Aku lantas ke surau menunaikan solat sunat dhuha dan memohon keampunan di atas apa yang aku lakukan dan Allhamduillah aku kembali tenang. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar segala masalah dan aduan kita. Beritahula segala-gala yang kita rasa kepadaNya insyaAllah hati kembali tenang. Dan sesungguhnya wuduk yang di ambil ketika marah adalah ubat yang paling mujarab.
Mari kita kongsi bersama apa itu Hikmah di sebalik wuduk ini:

SOLAT adalah tiang agama dan menjadi 'penangkis segala maksiat'. Solat wajib dilaksanakan sebagai usaha membentuk kebahagiaan jasmani dan rohani. Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam perlu berwuduk sebagai lambang penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihan dan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia mengandungi hikmah lain yang memberi makna mendalam.

Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata: "Mandi dan wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh, antaranya yang disebabkan jimak." Justeru, wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia. Memetik kata pakar kesihatan dari Akademi Perubatan Daghestan, Dr Magomed Magomedov, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentu yang dikenali sebagai 'Kawasan Aktif Biologi'.

Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan seseorang. Dr Magomed melaporkan, apabila seseorang menyentuh muka ketika berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang.

Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui ia menyihatkan kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Maha Suci Allah! Ibadah yang selalu kita laksanakan selama ini sebenarnya terangkum 1001 macam manfaat. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.

Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika hendak menunaikan solat atau ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk membina jiwa yang suci.

Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan marah seseorang pasti menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun, apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram. Pada suatu hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan berwuduk mesti membasahi muka.

Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: "Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka berubatlah." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya sembuh.

Tabib yang memberi petua penyembuhan pada Junaid menjadi sangat hairan apabila melihat mata Junaid kembali sembuh. Yang dia hairankan ialah mengapakah begitu cepatnya mata Junaid sembuh. Kata tabib itu, "Mengapakah tiba-tiba sahaja matamu menjadi baik? Jawab Junaid: "Aku hanya berwuduk, aku membasuh muka dan mataku.' Kesan peristiwa itu tabib yang beragama Nasrani itu akhirnya memeluk Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah lalu berkata: "Itu adalah ubat dari Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Dia yang memberikan penyakit dan Dia jugalah yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita penyakit, iaitu penyakit hati (rohani), dan Junaidlah yang menjadi tabibnya." Dengan berkat berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit. Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada manusia." "Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rujukan: http://nuursyifa.blogspot.com/2010/06/hikmah-di-sebalik-wuduk.html

Wednesday, August 26, 2009

Iftitah

"Saya ni bukannlah orang yang bercita-cita besar, tetapi cukuplah apabila semua orang dalam syarikat ni menjalankan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang terkandung dalam ayat yang kita baca ketika solat iaitu doa Iftitah". dialog yang dilafazkan oleh Azrai watak yang dimainkan oleh Rusdi Ramli dalam Drama Kasih Iftitah cukup menyentuh hati aku.
Drama Kasih Iftitah di ulang tayang oleh TV3 pada pukul 5 pagi mengisi masa bersahur.Bagi mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut bolehla menontonnya setiap isnin hingga rabu pada pukul 5 pagi.

Apa yang aku hendak ceritakan di sini apakah yang terdapat dalam maksud doa Iftitah yang kita baca setiap kali kita solat.Teringat aku pada ceramah yang disampaikan oleh seorang ustazah semasa aku belajar dahulu.Katanya apabila kita membaca doa iftitah ia menunjukkan bahawa kita telah membuat penjanjian dengan Allah.Kenapa di katakan bahawa ia adalah tanggungjawab dan penjanjian kita?Mari kita sama-sama memahami dan mengingati maksud doa iftitah ini.



"Maksudnya: Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan Petang. Aku menghadap mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan Bumi dengan keadaan tunduk dan menyerah diri dan bukanlah aku tergolong dalam golongan musyrik. Sesungguhnya solatku, dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan itu aku rela diperintah dan aku tergolong dalam golongan muslimin"


Monday, June 29, 2009

"Huda tasbih Kafarah tu apa.Apa bacaannya?",

"Allhamdulillah,berakhir sudah majlis ilmu kita hari ini.Kita akhiri majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr",beritahu pengerusi majlis.Allhamdulillah berakhir sudah majlis ilmu.Getus aku di dalam hati."Dah lama aku tidak hadiri majlis ilmu seperti ini",bicaraku di dalam hati.
"Huda tasbih Kafarah tu apa.Apa bacaannya?",Tiba-tiba rakan sepejabatku bertanya.Aku terkedu.Kenapa aku terkedu?Sebab aku pun tidak membaca ayat tersebut.Aku hanya membaca Surah Al-Asr sahaja.Aku tidak pasti macam mana ayatnya.Aku tidak ingat.Dan persoalan rakanku itu aku biarkan tanpa berjawab.
"Kenapa tidak pasti.Sedangkan itu tasbih yang kita akan baca selepas berakhirnya majlis ilmu",getusku dalam hati.Marah pada diri sendiri.Cetek sungguh ilmu.Kadang-kadang terfikir kenapa lagu-lagu lama aku boleh ingat sedangkan ayat sepotong itu aku tidak ingat.Kenapa kalau hendak mengetahui lirik sesebuah lagu sanggup mencarinya di internet.Kenapa tidak ayat sepotong ini kita cari.Atas kesedaran itu aku meringankan tangan untuk mencari tasbih ini.Dan hasilnya aku perolehi seperti berikut:

Tasbih Kafarah ialah doa penutup bagi sesuatu majlis.Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
‘-Ayat Tasbih Kafarah-‘
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.
Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
‘-Ayat Tasbih Kafarah-‘
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
‘-Ayat Tasbih Kafarah-‘
Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.
AYATNYA:
" Subhanakallah humma wabihamdika Asyhadu an la ilaha illa anta astaghfiruka waatubu illaik" .
MAKSUDNYA:
“Maha Suci engkau Ya Allah dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkau
dan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu”


Allhamdulillah aku dapat mencarinya."Ya Allah Engkau Peliharala aku dan Teguhkanla hatiku untuk terus memperolehi Ilmu di muka bumiMU ini."