Monday, July 26, 2010

Saat Kelahiran Permata Hatiku...


"Awak periksa perut di klinik, nurse atau doktor cakap kepala anak awak kat mana?"tanya doktor Jameaton sambil dia merasa perut aku.

"Bawah,kenapa doktor"Tanyaku

"Saya rasa macam kepala dia melintang,tak apa kita scan dulu"Dan setelah di scan terbukti bahawa kepala anak ku duduknya di sebelah kanan bukan di bawah.

"Awak dah 39 minggu sepatutnya kepala bayi dah duk ke bawah, kalau dibiarkan takut bayi terbelit dengan tali pusat.Saya buat surat ke Hospital ye."

Hatiku tesentap, dalam hati mendoakan yang terbaik untuk anakku.

"Kalau kes begini apa jalannya doktor?"tanyaku

"Sebab awak dah 39 minggu kemungkinan jalan yang akan dibuat adalah melalui pembedahan.Tak apa awak pergi dulu hospital mungkin mereka ada cara yang terbaik untuk awak.Aku dan suami hanya menganguk.Rupa-rupanya sangkaan aku selama ini bahawa bonjolan di sebelah kananku adalah kepala benar rupanya.

Hospital Serdang tempat kami tuju.Apabila doktor scan didapati kepala anakku ke bawah dan beberapa saat kemudian kepalanya ke kanan semula.Doktor memberikan dua pilihan kepadaku.

"Pertama kami tahan awak di wad untuk kami pantau dan tgk perkembangan,kalau masih demikian kami akan operate"

"Kedua awak terus operate tetapi kami di sini menggalakkan ibu-ibu bersalin secara normal"

Aku terkedu, sebab aku memang insan yang sukar untuk membuat pilihan dan yang pasti pendapat suamiku diperlukan.

Setelah berbincang kami membuat keputusan untuk tinggal di wad dan keputusan tersebut di terima baik oleh doktor.Aku dimasukkan di wad pada pukul 5 petang setelah lama menunggu kerana tiada katil yang kosong.

Keesokannya aku didatangi doktor pakar dan memeriksa perutku dan menyatakan perkara yang sama."Kita tunggu 3 hari kalau dia tak mahu turun juga kita terpaksa operatela khamis ini"

Dan dalam tempoh tersebut kedudukan kepala anak aku tidak menentu.Aktif sungguh dia.Aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan dan aku redha dengan pilihan yang ditentukan olehNya untuk melahirkan anak aku.

Dan keputusannya aku dioperate setelah hari ke 3 kepalanya masih melintang.Tepat pukul 2 petang aku ditolak ke bilik bedah.Di bius separuh badan membolehkan aku mendengar apa sahaja perbualan antara doktor-doktor dan jururawat.Doktor menggalakkan aku tidur tetapi aku tidak boleh tidur,hatiku berdebar-debar menantikan kelahiran anak aku.Dalam tempoh tidak sampai setengah jam anak aku selamat dilahirkan.Tepat pukul 3:33 petang seberat 3.2 kg permata hatiku keluar daripada perutku untuk menjadi hamba Allah di muka bumi ini.Allhamdulillah syukur di atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan.


Rafiqah Nurul Aisy binti Muhamad Redzuan nama yang kami berikan.Semoga menjadi anak yang solehah.

2 comments:

  1. takpe la huda...janji sume sihat dan slamat kan..biasala..dugaan mcm2 pada kite ni..ape pon..aku nk tgk gambo baby byk2..cepat la update bloh hang slalu deh heeee

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah.Thanks Lily.InsyaAllah aku sekarang dh kekurangan idea nak tulis pe dlm blog ni sebb dah lama x wat kan.huhuhuhu.

    ReplyDelete