Friday, May 18, 2012

PENANG-KOTA BHARU-KUALA TERENGGANU-KUMAI-BAHAGIAN 2


Selesai makan dan solat tepat pukul 4.30 pm kami menyambungkan perjalanan kami ke negeri Kelantan. Abah telah memberi pandangan untuk singgah bermalam dahulu dimana-mana resort  dan meneruskan perjalanan ke Kelantan pada pagi esoknya.Cadangan abah memang ada asasnya sebab jalan dari Grik sedikit berbahaya seperti jalan ke Cameron Highlands.Jalan di waktu malam menambahkan keresahan di hatiku lebih-lebih lagi terdapat papan tanda yang memberi amaran bahawa terdapat Gajah yang biasa keluar dari hutan.Tetapi amat bersyukur kerana sepanjang jalan kami, kereta tidak pernah putus-putus menemani kami. Melihat suami yang semakin letih mana tidak memandu sejak pagi dari Kuala Lumpur-Penang dan kini ke Kelantan.Cadangan abah kami terima kami singgah di satu Resort tetapi aku tidak ingat namanya.Harga yang tinggi menyebabkan kami membatalkan niat dan meneruskan perjalanan mencari juga jika ada resort lain yang lebih murah namun perjalanan di waktu malam ini menyukarkan kami untuk mencari maka suami nekad untuk meneruskan perjalanan terus ke Kota Bharu. Allhamdulillah kami sampai ke Kota Bahru tepat pukul 1.30 pagi ke Kota Bahru setelah mengharungi perjalanan yang sedikit mendebarkan.Dalam keadaan mendebarkan aku sesekali boleh juga tersengguk tidur.Kasihan suamiku.
Sampai di Kota Bahru kami terus mencari Hotel. Matlamat pencarian hotel tersebut mestila murah, ada water heater dan juga aircond. Allhamdulillah setelah 3 hotel ditanya tidak memenuhi matlamat kami capai matlamat di hotel ke 4.Hotel ………(x ingat nama pula,lain kali aku update).Harga RM 60 ada water heater, air cond dan juga Wifi.Allhamdulillah tidur dengan lena hingga selepas solat subuh kami tidur balik akibat keletihan semalam yang tidak hilang.Rafiqah pun sama-sama lena hingga tengah hari.Allhamdulillah Rafiqah amat senang di bawa jalan walaupun sekali sekala bising sebab bosan duduk dalam kereta terlalu lama.
Pukul 12 tengah kami checkout dari hotel tersebut dan mencari tempat makan dahulu.Nasib baik mempunyai GPS maka tidak susah hendak mencari tempat makan Cuma tidak pasti hendak makan apa menyebabkan kami tercari-cari kedai utk makan juga dan sepanjang berpusing-pusing di Kota Bahru ini aku rasa sedikit teruja bila mendapati semua sighboard yang berada di sana ada tulisan Jawi.
Bergambad Dulu Sebelum CheckOut

Antara Papan Tanda Yang Sempat Di Ambil.Semua ada Tulisan Jawi 

Ambil Peta dari Pusat Penerangan Kelantan tetapi GPS juga kami guna

Setelah berpusing-pusing kami temui satu warung iaitu Warung Nasi Ulam Kak Long.Nasi Ulam adalah antara menu orang Kelantan jadi aku pun minta dia sediakan nasi ulam maka aku dapat nasi dan ulam beserta budu.Dalam hati betul ke ini nasi ulam apa pun Allhamdulillah kenyang juga makan.Kami tambah dengan sup tulang dan ikan percik.Ikan percik juga antara lauk terkenal di kelantan.
Sesiapa ke Kota Bharu bolehla cuba.Banyak Lauk juga terdapat di Warung ini.Kat mana warung ini kat Bandar Kota Bharu La.Nak cerita specefic x berapa perasan main terjah je.-)))


Berselera sungguh makan sebab lapar

Rafiqah pun makan dengan penuh selera.-)))
Okla ini sahaja untuk entry kali ini.Akan aku sambung lagi perjalanan kami seterusnya.Kita sambung di bahagian 3 pula ye.-))))


No comments:

Post a Comment