Wednesday, August 26, 2009

Iftitah

"Saya ni bukannlah orang yang bercita-cita besar, tetapi cukuplah apabila semua orang dalam syarikat ni menjalankan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang terkandung dalam ayat yang kita baca ketika solat iaitu doa Iftitah". dialog yang dilafazkan oleh Azrai watak yang dimainkan oleh Rusdi Ramli dalam Drama Kasih Iftitah cukup menyentuh hati aku.
Drama Kasih Iftitah di ulang tayang oleh TV3 pada pukul 5 pagi mengisi masa bersahur.Bagi mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut bolehla menontonnya setiap isnin hingga rabu pada pukul 5 pagi.

Apa yang aku hendak ceritakan di sini apakah yang terdapat dalam maksud doa Iftitah yang kita baca setiap kali kita solat.Teringat aku pada ceramah yang disampaikan oleh seorang ustazah semasa aku belajar dahulu.Katanya apabila kita membaca doa iftitah ia menunjukkan bahawa kita telah membuat penjanjian dengan Allah.Kenapa di katakan bahawa ia adalah tanggungjawab dan penjanjian kita?Mari kita sama-sama memahami dan mengingati maksud doa iftitah ini.



"Maksudnya: Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan Petang. Aku menghadap mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan Bumi dengan keadaan tunduk dan menyerah diri dan bukanlah aku tergolong dalam golongan musyrik. Sesungguhnya solatku, dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan itu aku rela diperintah dan aku tergolong dalam golongan muslimin"


8 comments:

  1. ye.. betul tu.. matlamat dan tujuan adalah allah juga akhirnya..:)

    ReplyDelete
  2. hi kak.. i'd would love to know and get closer with you..it will be my plesure if you can visit my blog and share your idea and info with others..thanks :)salam ramadhan..

    ReplyDelete
  3. Salam Ukhwah dan ziarah buat Huda.. Kalu sudi jomlah follow dan ziarah blog K.Tie yang tak seberapa ni..

    ReplyDelete
  4. Salam ukhwah.Terima kasih kak tie melawat blog saya.InsyaAllah akan melawat blog k.tie.

    ReplyDelete
  5. hi Kami.InsyaAllah akak akan lawat blog kami.Thanks.

    ReplyDelete
  6. Adik, Nak mintak tolong sikit. Saya follow cerita Kasig iftitah tu sampai minggu lepas tapi kena pulang ke Amerika beraya dengan keluarga disini, boleh tak adik bagi tahu episode terakhir apa yang terjadi? Azrai tu pilih NorAin atau Nazirah dan apa sebab/justifications dia pilih salah satu tu?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih blog saya.Cerita tu berakhir dengan NorAin yang memutuskan tali pertunangan tersebut.Antara sebabnya adalah cinta Azrai adalah pada Nazirah dan perkara ini telah Azrai bagitahu pada NorAin semasa mula-mula mereka berkenalan.Masa itu NorAin tanya pada Azrai ada orang lain yang Azrai sayang sebelum dia.Azrai jawab ada tapi tidak diberitahu namanya sebelum itu dan apabila NorAin tanya Azrai jawab dia adalah Nazirah.NorAin tidak mahu berkongsi kasih dan akhirnya mereka memutuskan tali pertunangan.Azrai sudah memberitahu pada Nazirah yang dia Mencintai Nazirah.Dan cerita itu bersambung dan tidak tahu Nazirah terima atau tidak cinta Azrai...dan Jawapannya dia memilih Nazirah atas dasar cintanya pada Nazirah tetapi dia tidak menolak NorAin kerana sayangnya pada NorAin cuma NorAin yang tidak mahu berkongsi kasih..

    ReplyDelete
  8. salam.. saya pun suke drama ni.. pas tu ending dia tu ada lagu mcm lagu nasyid.. tau tak siapa nyanyi?

    ReplyDelete