Wednesday, March 30, 2011

Masakan Negeri Sembilan:Restoran Warisan

"Abang ada berapa banyak duit dalam tangan?”tanyaku pada suamiku.Setelah dia menjawab dia pula tanya soalan yang sama pada aku.Bila ingat balik ketawa sendiri juga.Mana tidaknya ketika kami masuk ke kawasan tersebut hanya terlihat kereta-kereta mewah yang ada.Dalam hati macam tidak mampu hendak masuk.
“Tak apala masuk je dulu.InsyaAllah ada rezeki”beritahu suamiku
Tempat yang aku maksudkan adalah Restoran Warisan yang terletak di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Setiap kali kami lalui jalan kuala pilah untuk pulang ke Kuala Lumpur Restoran ini seakan-akan memanggil kami untuk mencuba makanannya. Dan akhirnya keputusan di buat bersama untuk mencubanya pada hari Ahad baru ini setelah kami pulang menjenguk ayah dan mak di kampuang.
Masuk kami disambut mesra oleh kakitangan restoran dengan senyuman yang baik.Hati berbunga kemudian di bawa ke meja dan diberikan menu dan juadah pembukaan iaitu air sirap dan semangkuk kecil maruku. Layanan yang amat bagus.
Permulaanya kami mahu memesan daging salai masak cili api tetapi malangnya sudah habis dan yang lebih malang lagi semua masakan Negeri habis kecuali Ikan Keli Goreng Masak Berlado.
“Ala tidak ada rezeki kita.Itu yang hendak kita rasa kan. Masakan Negeri Sembilan” beritahu suamiku.
Akhirnya kami memesan juga Ikan Keli Goreng Masak Berlada juga makanan tambahan Sup Ekor dan Sayur Campur dan kami memesan juga nasi bubur untuk Rafiqah. Dan kami tidak menunggu lama,makan yang dipesan sampai dan yang paling teruja makanan dia amat banyak untuk kami berdua makan.Nasi bubur Rafiqah pun banyak.
Masakannya sedap dan berbaloi untuk dicuba lebih-lebih lagi jika hendak merasa masakan orang negeri Sembilan.Ikan Keli Goreng Berladonya amat sedap dengan ikan yang digoreng garing dan dicampur dengan bahan berlada amat padan.Sup ekor yang pedas dan terasa bahan supnya serta sayur campur yang banyak dan segar.Dan penambah selera ditambah dengan ikan masin,ulam-ulaman dan sambal belacan.Cukup menyelerakan. Allhamdulillah rezeki kami pada hari itu. Harganya amat berpatutan dengan standard restorannya.Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang restoran ini boleh lawati: http://restoranwarisan.com/.


Makanan Ketika Menunggu

Antara Menu Yang Dipilih.Maaf Gambar Tidak Fokus

Nasi Bubur Untuk Rafiqah tapi Mak dia yang tolong habiskan

Rafiqah yang berselera makan

No comments:

Post a Comment