Monday, January 14, 2013

Dugaan Mendidik Anak


“Kita tengok cerita Pocoyo dalam tablet makla ye?”tanyaku kepada Rafiqah setelah puas melayan kehendaknya. Badan sudah rasa letih lagi-lagi kandunganku kini sudah 30 minggu. Tapi dia perlu kulayan sebab siang kita bekerja jadi malam adalah masa untuk anak dan suami walaupun sedikit.Sambil itu aku ajak dia baring dengan harapan dia akan tidur.
“Iqah taknak tengok kat bablet mak.Nak tengok kat pephone mak”bagitahu Rafiqah.
“Pocoyo xde dalam telepon mak dalam tablet je ada. Jom kita tengok”pujukku lagi.
“Taknak iqah nak tengok dalam pephone mak juga”terus telefonku di baling ke arahku.
Aku sabar sambil cakap “Kenapa iqah baling mak.Tak sayang mak ye?”tanyaku sambil usap kepalanya.
Dia tidak puas hati kali ini kakinya pula hinggap di kakiku.
“Tak baik iqah guna kaki kat mak.Allah marah.Nanti Allah potong kaki camne?Iqah xleh jalan dah”bagitahuku  lagi.Kali ini kesabaranku sedikit hilang.
Dia tidak endahkan kata-kataku sambil bangun kakinya terus menala kepadaku.Kali ini aku hilang sabar.Darah sudah naik ke kepala. Tanpa aku sedari aku pukul kakinya dengan kuat menggunakan tanganku beberapa kali. Aku marah sangat bila dia tidak dengar kata-kataku.Sambil bangun aku berkata
“Emak xnak kawan dengan fiqah.Fiqah dah tak sayang emak.Emak xpernah ajar fiqah guna kaki”aku terus menuju kebilik.Dia mengikutku dari belakang sambil menangis memanggil-manggil namaku.Aku tidak endahkan marahku tidak hilang lagi ditambah dengan keletihan yang aku alami.Aku tutp pintu bilik dan biarkan dia duduk di luar.Dia menangis.
Aku terus duduk di atas katil.Meredakan kemarahanku.Diluar aku dengar dia menangis sambil memanggil namaku dan ayahnya. Tiba-tiba terasa tanganku sakit.Aku berightifar. Kuat sangatkah aku memukulnya. Tiba-tiba aku sebak.Kali ini aku turut menangis.Apa yang telah aku buat. Aku tak sepatutnya memukulnya dalam keadaan marah.Di luar terdengar dia memanggil namaku sambil berkata
“Emak nanti lipas datang camne”beritahunya sambil menangis.Memang dia takut dengan lipas. Aku yang tidak sampai hati mendengarnya terus meluru dan memeluknya sambil menciumnya beberapa kali.
“Mak minta maaf ye. Lain kali fiqah jangan buat lagi ye” kami berdua berpelukan dan menangis bersama-sama.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu. Suami ku baru pulang dari menyelesaikan masalah keretaku. Apabila dia membuka pintu dia tergamam bila melihat kami berdua menangis. Aku ceritakan apa yang berlaku lalu dia terus memelukku dan mencium dahiku menenangkan aku. Terima kasih abang.
Malam itu aku muhasabah diri. Bukan mudah untuk menjaga anak . Didikan perlu sesuai dengan keadaan. Pukulanku ketika marah adalah satu kesalahan yang tidak sepatutnya aku lakukan. Jika aku hendak pukul sekalipun biarlah di dalam keadaan tenang dengan niat untuk mendidik bukan untuk melepaskan amarahku. Sesungguhya banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari untuk menjadi emak yang berjaya mendidik anak di dunia dan juga akhirat.
“ Ya Allah jadikan aku emak yang boleh mendidik anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah. Berikan kesabaran dan ketabahan dalam memikul tanggungjawab dan amanah yang Engkau telah berikan ini.Sesungguhnya mereka semua adalah permata yang amat berharga”
Buat anak-anakku sesungguhnya emak amat menyayangi anak-anak emak.

Tuesday, September 18, 2012

Rafiqah Nurul 'Aisy :2 tahun.......




“Mak fiqah nak ni boleh?”…Mak ini fiqah punya kan?” antara ayat-ayat yang selalu keluar dari mulut puteri kesayanganku. Sudah menjangkau usia 2 tahun 4 bulan. Sudah lama tidak ceritakan tentang anakku ini.Makin petah berkata-kata.  Kadang-kadang ayat yang tidak disangka-sangka akan keluar. Semua benda hendak di ketahui sampai kadang-kadang penat hendak menjawabnya.

Semua benda hendak dibuat sendiri sampaikan berebut-rebut dengan mak. Kalau dilihat anakku ini seperti tidak mahu mengalah orangnya. Kalau apa yang dia hendak dia akan minta sampai dapat. Hanya ayahnya saja yang pandai memujuknya tetapi dengan aku memang susah hendak selesaikan mungkin sebab aku ini tidak sabar orangnya dan kadang-kadang tidak sedar tangan ini cepat sangat hinggap di kakinya. Sebab itu dia susah hendak dipujuk oleh maknya. Semua perkara yang kita buat hendak dibuat terutama apa yang ayah dia buat. Sungguh pandai belakon dan mengambil hati ayah dan mak.


Amat suka berjalan. Kalau ajak berjalan diala nombor 1. Pantang ayahnya hendak kemana-mana semua hendak ikut kadang-kadang dia dapat membaca bila ayahnya hendak keluar. Sangat aktif kadang-kadang tidak berdaya hendak mengejarnya. Dan Rafiqah ini amat mudah mesra dengan orang. Dia tidak kisah kalau mak dan ayah dia tiada asalkan dia dapat berjalan. Sesuatu perkara yang kadang-kadang merisaukan aku juga sebab dia amat mudah didekati walaupun baru mengenali orang itu.Teringat semasa membawanya ke kedai kain di Nilai dia boleh main kejar-kejar dengan seorang pekerja Bangladesh di situ. Memang dia perlu diperhatikan dan tidak boleh lepas dari mata kita.

Amat suka makan. Allhamdulillah dia memang mudah makan. Kadang-kadang sampai kita kena suruh dia berhenti makan. Makanan kegemaran dia adalah ayam goreng.Mungkin sebab dia kurang minum susu jadi amat mudah makan. Selagi makanan itu ada di depan mata dia akan makan. Sudah pandai melihat dan mengikuti cerita-cerita di TV. Dan cerita kegemarannya ialah Upin dan Ipin la. Sampai semua character di dalam cerita dia sudah kenal. Tajuk cerita dan dialog di dalam cerita pun dia sudah hafal. Mana tidak sebelum tidur pasang cerita upin ipin. Maka mudahla di ingat.


Allhamdulillah Rafiqah Nurul ‘Aisy membesar dengan baik. Dan ketika ini aku perlu kesabaran yang kuat kerana dia semakin aktif dan semua perkara hendak dilakukan. Dan pada saat dan ketika ini aku sentiasa akan rindukan anak ku ini. Kalau di opis sentiasa terngiang-ngiang ayat-ayat yang keluar dari mulutnya. Semoga Rafiqah Nurul ‘Aisy akan terus membesar dengan sihat dan baik dengan IzinNya. 

Friday, May 18, 2012

PENANG-KOTA BHARU-KUALA TERENGGANU-KUMAI-BAHAGIAN 2


Selesai makan dan solat tepat pukul 4.30 pm kami menyambungkan perjalanan kami ke negeri Kelantan. Abah telah memberi pandangan untuk singgah bermalam dahulu dimana-mana resort  dan meneruskan perjalanan ke Kelantan pada pagi esoknya.Cadangan abah memang ada asasnya sebab jalan dari Grik sedikit berbahaya seperti jalan ke Cameron Highlands.Jalan di waktu malam menambahkan keresahan di hatiku lebih-lebih lagi terdapat papan tanda yang memberi amaran bahawa terdapat Gajah yang biasa keluar dari hutan.Tetapi amat bersyukur kerana sepanjang jalan kami, kereta tidak pernah putus-putus menemani kami. Melihat suami yang semakin letih mana tidak memandu sejak pagi dari Kuala Lumpur-Penang dan kini ke Kelantan.Cadangan abah kami terima kami singgah di satu Resort tetapi aku tidak ingat namanya.Harga yang tinggi menyebabkan kami membatalkan niat dan meneruskan perjalanan mencari juga jika ada resort lain yang lebih murah namun perjalanan di waktu malam ini menyukarkan kami untuk mencari maka suami nekad untuk meneruskan perjalanan terus ke Kota Bharu. Allhamdulillah kami sampai ke Kota Bahru tepat pukul 1.30 pagi ke Kota Bahru setelah mengharungi perjalanan yang sedikit mendebarkan.Dalam keadaan mendebarkan aku sesekali boleh juga tersengguk tidur.Kasihan suamiku.
Sampai di Kota Bahru kami terus mencari Hotel. Matlamat pencarian hotel tersebut mestila murah, ada water heater dan juga aircond. Allhamdulillah setelah 3 hotel ditanya tidak memenuhi matlamat kami capai matlamat di hotel ke 4.Hotel ………(x ingat nama pula,lain kali aku update).Harga RM 60 ada water heater, air cond dan juga Wifi.Allhamdulillah tidur dengan lena hingga selepas solat subuh kami tidur balik akibat keletihan semalam yang tidak hilang.Rafiqah pun sama-sama lena hingga tengah hari.Allhamdulillah Rafiqah amat senang di bawa jalan walaupun sekali sekala bising sebab bosan duduk dalam kereta terlalu lama.
Pukul 12 tengah kami checkout dari hotel tersebut dan mencari tempat makan dahulu.Nasib baik mempunyai GPS maka tidak susah hendak mencari tempat makan Cuma tidak pasti hendak makan apa menyebabkan kami tercari-cari kedai utk makan juga dan sepanjang berpusing-pusing di Kota Bahru ini aku rasa sedikit teruja bila mendapati semua sighboard yang berada di sana ada tulisan Jawi.
Bergambad Dulu Sebelum CheckOut

Antara Papan Tanda Yang Sempat Di Ambil.Semua ada Tulisan Jawi 

Ambil Peta dari Pusat Penerangan Kelantan tetapi GPS juga kami guna

Setelah berpusing-pusing kami temui satu warung iaitu Warung Nasi Ulam Kak Long.Nasi Ulam adalah antara menu orang Kelantan jadi aku pun minta dia sediakan nasi ulam maka aku dapat nasi dan ulam beserta budu.Dalam hati betul ke ini nasi ulam apa pun Allhamdulillah kenyang juga makan.Kami tambah dengan sup tulang dan ikan percik.Ikan percik juga antara lauk terkenal di kelantan.
Sesiapa ke Kota Bharu bolehla cuba.Banyak Lauk juga terdapat di Warung ini.Kat mana warung ini kat Bandar Kota Bharu La.Nak cerita specefic x berapa perasan main terjah je.-)))


Berselera sungguh makan sebab lapar

Rafiqah pun makan dengan penuh selera.-)))
Okla ini sahaja untuk entry kali ini.Akan aku sambung lagi perjalanan kami seterusnya.Kita sambung di bahagian 3 pula ye.-))))


Wednesday, May 9, 2012

PENANG-KOTA BHARU-KUALA TERENGGANU-KUMAI-BAHAGIAN 1

Cuti 1 May yang berada di tengah-tengah minggu membuatkan kami membuat keputusan untuk memenuhi keinginan untuk ke negeri pantai timur.Keinginan yang sudah lama di idamkan terutama suamiku.Setelah memperolehi keizinan dari bos,setiap hari membuat rancangan namun semuanya hanya di mulut kerana masing-masing sibuk dengan kerja.Maka tiadala perancangan yang sempurna.


Perancangan kami yang pertama adalah untuk ke Kelantan melalui Cameron Highlands bermalam di sana dahulu sambil berjalan-jalan di sana.Tetapi kita hanya merancang tetapi Allah menentukan segala-galanya.Panggilan dari mak mertuaku yang menyatakan adik abah sakit membuatkan kami membatalkan perancangan pertama.

1 May 2012 pada pukul 7.30 pagi maka bertolakla kami 3 beranak ke Pulau Pinang untuk melawat Pak Ngah di Hospital Seberang Jaya.Sebenarnya ini adalah kali pertama aku menemui Pak Ngah suami ku ini.Sampai ke Hospital sekitar pukul 12:30 tengah hari betul-betul masa untuk melawat.Allhamdulillah Pak Ngah sudah sedar dan sudah boleh bercakap dan masih kenal saudara-maranya. Melihat keadaan Pak Ngah membuatkan suamiku membuat keputusan untuk meneruskan hajat kami ke Kelantan pada petang itu juga.Tetapi sebelum ke Kelantan Abah membawa kami untuk ke satu kedai makan daging bakar yang di katakan sedap di Pulau Pinang.

Sungguh ramai orang di kedai tersebut membuatkan aku amat teruja untuk makan.Apakah yang membuatkan orang terlalu ramai di situ. Sampai ada yang kena menunggu meja kosong.Allhamdulillah apabila kami masuk ramai yang hampir siap makan maka tidak lama menunggu meja kosong.Kat kedai ini semua ada ikan bakar, daging bakar, sotong, udang,ulam-ulaman yang banyak, sambal2 yang pelbagai pilihan.Memang menarik.Jadi kami hanya pilih ikan siakap bakar, daging bakar, udang masak sambal,ulam-ulaman.Rasanya memang sedap daging yang manis juga ikan yang segar.Patutla ramai yang makan.Jadi sesiapa yang datang ke Penang bolehla singgah ke Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas Penang.

MENU PILAHAN


KENA MAKAN BANYAK SEBAB NAK JALAN JAUH



RAFIQAH YANG SELERA MAKAN

SEMUA SENYUM KEKENYANGAN

KAMI BERTIGA PUN KENYANG NAK JALAN JAUH LAGI LEPAS INI

Setelah siap makan kami bertiga meneruskan perjalanan kami ke Kelantan Darul Naim.Kita sambung di bahagian 2 pula.-))))

Thursday, April 5, 2012

Resepi:Ikan Patin Masak Kukus

Assalamualaikum semua,
Allhamdulillah masih diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk berada di muka bumi ini.Sudah lama tidak update blog ini.Rindu pula hendak menulis.Ok kali ini hendak kongsi satu resepi.Anda mesti tahu ikan patin yang amat popular di Temerloh Pahang dan yang paling diminati ada ikan patin masak tempoyak.Ramai yang tanya ikan patin ini hanya sedap dengan masakan itu sahaja ke?Tentula tidak bagi mereka yang tidak mengemari tempoyak ikan ini boleh di goreng, masak lemak cili api  atau di bakar juga amat sedap sebab isinya manis dan berlemak.Dan satu lagi menu ialah ikan patin kukus.Jadi inilah resepinya. Resepi ini simple aje.Belajaar dari emak.-)))

Bahan-Bahan:
1.Ikan Patin.Paling sedap kalau ikan patin yg segar di beli di tepi sungai Pahang.-)))Ikan ini gaulkan sedikit dengan garam ye


2.Hiris Halia, Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Api.Banyak mana?Bergantung pada anda ye.kalau suka halia lebihkan aje.-)))

3. Bawang Merah yang di hiris tadi hendaklah di goreng.Maksudnya kita buat bawang gorengla.Pastikan tidak hangit sbb jika hangit ia akan hilangkan rasa manis ikan tu nanti.Jadi kena goreng api pelahan ye.Setelah masak bawang tadi terus masukkan ke atas ikan tadi.

4.Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan lain di atas ikan patin.Perahkan sedikit asam limau.Tapi kat sini asam jawa yg di bubuh sbb xde asam limau.(boleh juga sebagai peganti tetapi jangan banyak).Masukkan sedikit kicap masin.(kalau tidak mahu masukkan pun tidak apa tp pastikan garam yang diperap dengan ikan cukupla)-))

5.Itu sahaja dan letakkan di dalam kukus selama kira-kira 30 minit..Kalau rasa tidak masak tambahla lagi masanya ye.Sudah siap ikan patin masak kukus.

Selamat Mencuba.Kalau hendak cuba resepi ini pada ikan lain boleh juga.-))))




Wednesday, February 15, 2012

Rafiqah:1 Tahun 8 Bulan


Assalamualaikum semua,

Sudah lama tidak menceritakan tentang perihal anak gadisku Rafiqah Nurul 'Aisy.Sedar tak sedar dia kini sudah berumur 1 thn 8 bulan.Sudah besar anak emak ini.Allhamdulillah makin sihat dan semakin banyak ragamnya.Lebih-lebih lagi sekarang semakin petah berkata-kata.Apa jua yang kita sebut dia akan ikut.Sudah pandai memanggil mengikut pangilan masing-masing Ayah, Tok, Ki, Wan dan semua mak2 dan bapak2 saudaranya.Semakin pandai meminta dan menolak sesuatu perkara.Amat aktif dia hanya berhenti untuk duduk diam bila minum susu atau tidur.Bila di pasaraya kalau di biarkan dia berjalan puasla untuk kita mengejarnya.Tapi itu semua adalah peringkat diusianya untuk lebih meneroka alam.Dan yang paling aku suka perhatikan dia memang amat suka menulis.Pantang jumpa pen atau pensel dan kertas mesti hendak menulis.Semoga minat dia ini berterusan.Semoga Rafiqah terus sihat dan menjadi anak yang baik.Amin.Sayang anak emak.-))))


Friday, February 3, 2012

Kekasih Allah

Wahai seorang kekasih,

Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya