Sunday, September 29, 2013

Aku yang macam-macam

Bismillahirahmanirahim,
Hari ini macam-macam rasa. Aku tidak tahu kenapa. Aku sepatutnya bersyukur kerana aku ada suami yang amat sayang pada aku. Aku ada dua permata hati yang menjadi ubat kepada ku ketika aku berduka. Aku ada makayah,makabh dan keluarga yang juga amat menyayangi diri aku. Hidup aku cukup baik kerana masih mempunyai rezeki untuk merasai nikmat hidup di muka bumi Allah ini.Tapi hati aku kosong, sepi dan tidak tenang.
                Kadang-kadang aku rasa aku ini dah sakit jiwa agaknya sebab apa yang aku buat semua serba tidak kena. Aku banyak berfikir tentang masa lalu menyebabkan hati aku fikir macam-macam. Aku rasa apa yang aku lalui adalah sedikit sebanyak terjadi kerana masa lalu aku. Patutkah aku berfikir begitu. Ya Allah ampunkan aku atas segala dosa-dosaku. Aku juga rasa tertekan bila apa yang aku rancang tidak menjadi. Bila perancangan tidak jadi aku jadi tidak menentu. Aku salahkan diri, aku rasa aku tidak pandai mengatur diri, aku rasa aku tiada keyakinan diri dan macam-macam lagi aku rasa. Bila perkara ini terjadi aku jadi moody tempiasnya yang rasa adalah suami dan anak-anakku.Kasihan mereka..Maafkan aku wahai orang-orang kesayanganku. Dan yang paling menyedihkan aku akan sabibkan mereka atas kesalahan diriku. Aku tahu aku sepatutnya perbaiki diri aku dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
                Aku manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan. Aku tahu hanya pada Allah tempat aku mengadu dan hanya pada Dia kita minta pertolongan. Dan hanya pada Dia segala-galanya. Ya Allah ampunkan daku.
Maafkan aku nukilan ini hanya adalah untuk diriku. Dan aku rasa sedikit tenang setelah apa yang aku rasa aku luahkan dalam nukilan ini. Sudah lama pemdam akhirnya keluar juga hari ini. Buat semua maafkan segala kesalahan diriku. Buat suami maafkanla aku, terima kasih atas segala-galanya. Sokongan dan bimbingan amat aku perlukan. Sayang abang. Buat anak-anak maafkan mak. Mak sayang sangat-sangat. Buat Makayah maafkan huda, terima kasih kerana menjaga huda dari dalam perut mak sampai sekarang.Tidak terbalas jasa makayah. Buat makabah maafkan huda jika huda melukakan hati makabah. Buat semua adik beradik maafkan ku jika ada perkara yang melukakan perasaan. Buat semua kenalan maafkan daku.

Doakan aku semoga aku kembali dalam ketenangan. Semoga aku tabah menghadapi segala dugaan. Terima kasih semua. Malu sebab apa yang aku sarankan di dalam blog ini "JIKA SESEORANG ITU MELETAKKAN ALLAH SEGALA-GALANYA, NESCAYA KERESAHAN MENJADI KETENANGAN, KESIBUKAN MENJADI KELAPANGAN, KEMARAHAN MENJADI KESABARAN, KEMALASAN MENJADI KERAJINAN, SEGALA YANG NEGATIF AKAN JADI POSITIF" longgar dalam diriku. Ya Allah ampunkan daku.

No comments:

Post a Comment