Ketika aku menitipkan bicaraku kali ini,terasa anakku bergerak-gerak di dalam perutku.Sungguh dia amat aktif.Allhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk aku menikmati keindahan menjadi seorang ibu.Kini kandunganku sudah mengjangkau 6 bulan setengah.Dari hari ke hari kurasakan anak ku semakin dekat denganku dengan sentuhan yang dia berikan kepadaku setiap masa.Sesungguhnya aku bersyukur kerana merasai pengalaman suka duka ketika mengandungkan anak ku.Kekuatan dan kelemahan amat teruji ketika itu. Pengalaman pertama ini cukup memberikan aku pengajaran dan pengalaman.
Di awal aku mengandung aku tidak mengalami sebarang masalah dan aku bersyukur kerana aku tidak mengikut jejak mak dan akak aku yang begitu mabuk ketika mengandung.Tetapi sangkaan aku betul-betul meleset, ketika masuk 2 bulan aku mula mabuk dan muntah-muntah. Bagi aku itu perkara biasa bagi orang yang mengandung tetapi mabuk ku makin menjadi hinggakan aku tidak lalu langsung untuk makan dan minum.Tetapi aku amat bersyukur kerana mempunyai suami yang begitu memahami dan mengambil berat akan diriku.Tiap-tiap hari dia akan menyenaraikan semua makanan yang terlintas difikirannya untuk aku pilih.Dia tidak kisah jika menu yang aku pilih itu memerlukan dia merantau jauh dan kesabarannya cukup mengharukan aku apabila makanan yang dia beli aku makan dan aku muntah semula.Dan setiap kali itulah aku menangis kerana aku membazirkan makanan dan merasakan diriku menyusahkan suamiku. Tetapi suamiku sentiasa memujukku dan menyatakan inila ujian daripada Allah S.W.T.Aku tabah.
Masuk bulan ke 3 aku masih mengalami kedaan seperti ini hingga sampai tahap aku dimasukkan air sebanyak 2 botol walaupun aku cuba untuk elakkan keadaan seperti ini tetapi kerana bimbang akan keselamatan anak aku redha.Selepas dimasukkan air aku semakin segar dan bertenaga dan selera aku makin bertambah.Allhamdulillah, aku sudah lepasi tahap mabuk yang teruk tapi sangkaan aku sekali lagi meleset, 2 minggu selepas itu aku mengalami muntah yang teruk dan kali ini semakin teruk hinggakan aku muntah sekali dengan darah. Kali ini aku dimasukkan ke dalam wad kerana aku demam dan muntah darah yang memerlukan pemantauan pihak hospital.Ketika di wad di jaga dengan baik oleh jururawat dan doktor hospital Temerloh.Allhamdulillah demamku kebah dan aku tidak mengalami muntah darah lagi dan yang paling aku seronok dan bersyukur yang anakku berada di dalam keadaan sihat.Dan dalam fikiran aku hanya untuk keluar daripada wad tersebut sesungguhnya jujur aku katakan yang pada ketika itu aku cukup tertekan kerana aku dikelilingi oleh pesakit-pesakit wanita yang gugur dan kematian anak.Dan ketika keadaan tersebut aku sekali diuji olehNya apabila doktor pakar disitu tidak membenakan aku keluar kerana ujian air kencing menunjukkan aku di tahap yang lemah dan kering dan perlu dimasukkan air. Aku menangis ketika memberitahu suamiku dan sekali lagi suamiku menenangkan aku dan memberikan kata-kata semangat."Sayang kena kuat,demi anak kita"beritahunya.Kali ini aku beristifar, sesungguhnya aku perlu tabah dan kuat demi anak didalam kandunganku.Sesungguhnya Allah sedang mengujiku.Suamiku memberikan aku senaskah tafsir untuk menemankan aku dan menguatkan lagi kesabaranku.Aku semakin kuat dan aku menguatkan semangat dengan makan dan minum walaupun sukar untuk aku telan kerana hanya dengan itu sahaja badanku akan kembali baik.4 hari aku duduk di hospital dan 16 botol air aku dimasukkan ke badan.Dan aku amat bersyukur kerana mempunyai mak ayah dan keluarga yang begitu mengambil berat akan aku dengan tidak putus-putus memberikan kata semangat.Terima kasih semua.Terima kasih pada suamiku yang amat ku sayang kerana tanpa dia aku tidak mungkin kuat dan terima kasih pada Allah kerana memberikan kekuatan ini.
Masuk 4 bulan aku semakin selera makan,apa sahaja yang ingin aku makan semua dipenuhi oleh suamiku.Allhamdulillah makanan yang aku minta tidakla susah untuk dicari.Perutku semakin membesar dan aku sudah mula rasa sakit belakang dan sukar untuk tidur.Tetapi aku tahu itu adalah perkara yang semua ibu mengandung akan laluinya.Masuk 5 bulan aku sudah merasakan pergerakan anak di dalam kandunganku,dan aku dan suami amat gemar bercakap dengannya.Sungguh teruja melihat dia bergerak.Sungguh kagum dengan kejadian Allah.Subhanallah.Namun aku diuji olehNya sekali lagi,kali ini aku tumpah darah yang banyak kerana telampau aktif bergerak dan berjalan jauh untuk menghantar adikku ke Penang. Allhamdulillah tidak ada apa-apa berlaku pada kandunganku cuma aku dimasukkan ke wad selama satu hari untuk memantau keadaanku.
Kini anakku semakin aktif dan aku semakin tidak daya untuk membawanya.Kakiku sudah mula membengkak dan seleraku semakin menjadi-jadi.Bila diingatkan semula kenangan dan pengalaman ini sesungguhnya aku amat insaf dan seronok mengalaminya.Syukur kehadratNya kerana menitipkan pengalaman seorang ibu kepada diriku.Buat suami yang tercinta sesungguhnya aku amat berterima kasih dengan kesabarannya kerana aku sangat beremosi ketika mengandung dan aku paling mudah mengeluarkan air mata walaupun sesuatu perkara itu amat kecil untuk aku tangiskan.Tanpa ketabahan dan kesabarannya aku tidak mungkin dapat lalui semua ini."Luv u Bang".Harapan aku kini,agar anak di dalam kandunganku sihat hingga ia selamat dilahirkan.Sesungguhnya itu sahaja yang aku pohon dariMu Ya Allah agar anakku dilahikan dengan selamat dan sempurna agar dapat menjadi khalfah yang baik di muka bumimu ini.Pengalaman pertamaku ini amat aku jadikan pengajaran untuk masa depan.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment