Tuesday, July 26, 2011

Rafiqah : 14 bulan



Assalamualaikum
Allhamdulillah hari ini genap Rafiqah berusia 14 bulan @ 1 tahun 2 bulan. Di usia ini dia semakin lasak dan aktif. Hendak selalu diperhatikan apa yang dia lakukan lebih-lebih lagi apabila dia senyap.Apabila dia senyap bermakna dia sedang melakukan perkara-perkara yang dilarang.Perkara yang dilarang di sini bermaksud contohnya membuka botol minyak, mengoyakkan buku, mengunyah barang-barang, membuang air di dalam botol sambil main air tersebut dan pelbagai perkara yang dilarang yang anda sendiri kenlpasti.
Sebutan dimulutnya juga sudah semakin jelas.Terutama menyebut mak tapi dengan ayah pun disebut ma dan semua orang dipanggil ma.Sudah pandai meminta barang-barang yang hendak dimain.Jika di bawa ke pasar raya dia sudah pandai menunjuk barang yang diminati terutama apabila lalu di tempat mainan sudah pandai untuk turun dari dukungan untuk bermain. Sudah pandai membuat aksi-aksi lakonan semata-mata.-))contohnya aksi hendak keluar dari rumah dengan memakai beg tangan mak sambil menghulurkan tangan kepada mak dan mencium tangan mak dan mencium pipi mak sembil merangkak ke pintu sambil melambai tangannya.Sungguh comel.Amat cepat meniru gelagat orang terutama gelagat ayahnya.
Sudah mula mengatur langkah untuk berjalan itupun jika disuruh berjalan.Masih belum pandai mengimbang badannya.Jalan 2 ke 3 langkah dia akan jatuh tapi usahanya ada apabila dia akan cuba dan mencuba hingga dia penat.Amat seronok apabila dia mengatur langkah.Teruskan usahamu nak.
Allhamdulillah di usia ini dia sihat.Syukur di atas kurnianMU.Ya Allah.Semoga Rafiqah Nurul 'Aisy sentiasa sihat, ceria dan gembira menjalani kehidupan sebagai makhluk Allah di muka bumi ini.








No comments:

Post a Comment