Thursday, August 18, 2011

Hikmah di sebalik wuduk

Pagi-pagi sesampainya di ofis seperti biasa buka email kerja, email peribadi dan seperti biasa buka fb. Menatap status kawan-kawan dan cerita-serita mereka di wall masing-masing dan tiba-tiba sesuatu yang aku rasakan dan mimpikan terjadi juga. Aku jadi sebak dan seperti yang aku beritahu suamiku aku tidak boleh hendak terima jika perkara ini terjadi. Aku bingkas bangun untuk menyatakan perasaanku tetapi hatiku terbantut bila melihat suamiku sibuk membuat kerja. Seperti biasa suamiku insan partama yang aku cari untuk mengadu masalah walaupun masalah itu kecil. Air mata tidak dapat dibendung lagi.Keluar juga akhirnya.Aku segera ke tandas terus mengambil air wuduk. Dalam hati beristgfar banyak-banyak semoga Allah membantuku dan menenangkan hatiku. Aku lantas ke surau menunaikan solat sunat dhuha dan memohon keampunan di atas apa yang aku lakukan dan Allhamduillah aku kembali tenang. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar segala masalah dan aduan kita. Beritahula segala-gala yang kita rasa kepadaNya insyaAllah hati kembali tenang. Dan sesungguhnya wuduk yang di ambil ketika marah adalah ubat yang paling mujarab.
Mari kita kongsi bersama apa itu Hikmah di sebalik wuduk ini:

SOLAT adalah tiang agama dan menjadi 'penangkis segala maksiat'. Solat wajib dilaksanakan sebagai usaha membentuk kebahagiaan jasmani dan rohani. Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam perlu berwuduk sebagai lambang penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihan dan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia mengandungi hikmah lain yang memberi makna mendalam.

Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata: "Mandi dan wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh, antaranya yang disebabkan jimak." Justeru, wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia. Memetik kata pakar kesihatan dari Akademi Perubatan Daghestan, Dr Magomed Magomedov, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentu yang dikenali sebagai 'Kawasan Aktif Biologi'.

Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan seseorang. Dr Magomed melaporkan, apabila seseorang menyentuh muka ketika berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang.

Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui ia menyihatkan kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Maha Suci Allah! Ibadah yang selalu kita laksanakan selama ini sebenarnya terangkum 1001 macam manfaat. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.

Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika hendak menunaikan solat atau ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk membina jiwa yang suci.

Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan marah seseorang pasti menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun, apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram. Pada suatu hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan berwuduk mesti membasahi muka.

Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: "Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka berubatlah." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya sembuh.

Tabib yang memberi petua penyembuhan pada Junaid menjadi sangat hairan apabila melihat mata Junaid kembali sembuh. Yang dia hairankan ialah mengapakah begitu cepatnya mata Junaid sembuh. Kata tabib itu, "Mengapakah tiba-tiba sahaja matamu menjadi baik? Jawab Junaid: "Aku hanya berwuduk, aku membasuh muka dan mataku.' Kesan peristiwa itu tabib yang beragama Nasrani itu akhirnya memeluk Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah lalu berkata: "Itu adalah ubat dari Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Dia yang memberikan penyakit dan Dia jugalah yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita penyakit, iaitu penyakit hati (rohani), dan Junaidlah yang menjadi tabibnya." Dengan berkat berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit. Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada manusia." "Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rujukan: http://nuursyifa.blogspot.com/2010/06/hikmah-di-sebalik-wuduk.html

Tuesday, July 26, 2011

Rafiqah : 14 bulan



Assalamualaikum
Allhamdulillah hari ini genap Rafiqah berusia 14 bulan @ 1 tahun 2 bulan. Di usia ini dia semakin lasak dan aktif. Hendak selalu diperhatikan apa yang dia lakukan lebih-lebih lagi apabila dia senyap.Apabila dia senyap bermakna dia sedang melakukan perkara-perkara yang dilarang.Perkara yang dilarang di sini bermaksud contohnya membuka botol minyak, mengoyakkan buku, mengunyah barang-barang, membuang air di dalam botol sambil main air tersebut dan pelbagai perkara yang dilarang yang anda sendiri kenlpasti.
Sebutan dimulutnya juga sudah semakin jelas.Terutama menyebut mak tapi dengan ayah pun disebut ma dan semua orang dipanggil ma.Sudah pandai meminta barang-barang yang hendak dimain.Jika di bawa ke pasar raya dia sudah pandai menunjuk barang yang diminati terutama apabila lalu di tempat mainan sudah pandai untuk turun dari dukungan untuk bermain. Sudah pandai membuat aksi-aksi lakonan semata-mata.-))contohnya aksi hendak keluar dari rumah dengan memakai beg tangan mak sambil menghulurkan tangan kepada mak dan mencium tangan mak dan mencium pipi mak sembil merangkak ke pintu sambil melambai tangannya.Sungguh comel.Amat cepat meniru gelagat orang terutama gelagat ayahnya.
Sudah mula mengatur langkah untuk berjalan itupun jika disuruh berjalan.Masih belum pandai mengimbang badannya.Jalan 2 ke 3 langkah dia akan jatuh tapi usahanya ada apabila dia akan cuba dan mencuba hingga dia penat.Amat seronok apabila dia mengatur langkah.Teruskan usahamu nak.
Allhamdulillah di usia ini dia sihat.Syukur di atas kurnianMU.Ya Allah.Semoga Rafiqah Nurul 'Aisy sentiasa sihat, ceria dan gembira menjalani kehidupan sebagai makhluk Allah di muka bumi ini.








Wednesday, July 13, 2011

nurulaisycraft blog




Bila tgk orang kait headband rasa cam dalam hati aku rasa aku pun boleh lakukan.Menarik dan comel.Aku dulu pernah juga mengait tetapi mengait alas kaki dari perca kain yang dicamtum-camtum itu pun aku sambung dari apa yang emak aku lakukan.Dengan izin suami aku beli benang dan jarum kait yang bersaiz 5 dan 6.Aku beli buku kait dalam bahasa melayu yang aku sendiri kurang faham.Aku belajar daripada youtube.Zaman sekarang ilmu semua dihujung jari.Cari kat Mr.G akan keluar pelbagai laman yang memaparkan apa yang kita mahu. Ini adalah hasil pertamaku.Aku kait menggunakan jarum bersaiz 5 dan benang jenama Nona bewarna pink.Itula alat pertama yang aku beli untuk memulakan pembelanjaranku.Dan kini Allhamdulillah berkat kurniaan daripada Allah maka aku berjaya juga menghasilkan hasil kraft aku sendiri.Dan kini aku mahu berkongsi akan hasil tangan aku dengan semua orang yang berminat.Maka terhasil blog kraft dan aku mengajak adikku Zahidah Yunus untuk sama-sama menghasilkan barang kraft.Lagipun dia sedang tanam anggur bolehla dia mencubanya dan Allhamdulillah dia juga berminat.Inila dia blog aku http://nurulaisycraft.blogspot.com/ .Bagi sesiapa yang berminat bolehla memberi sebarang komen atau membuat tempahan.



Kepada Allah syukur di atas kurniaanmu.Buat suami terima kasih atas sokongan yang diberikan.Buat anakku Rafiqah terima ksh memberi masa pada mak.Buat keluarga juga terima kasih di atas sokongan.Buat adikku Zahidah Yunus marilah kita usahakan InsyaAllah rezeki Allah itu ada.Buat kawan-kawan terima ksh juga terutama kepada Dinar yang memberi cetusan dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

Monday, July 11, 2011

Aku dah masuk 30..

Bismillahirahmanirahim,


Rasanya tarikh hari lahir ku sudah lama berlalu tetapi aku hendak juga abadikan kenanganku menyambut hari lahir yang ke 30.Sudah 30 Allhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk hidup di muka bumi ini.Syukur di usia ini aku telah menjadi seorang emak.InsyaAllah akan aku jadikan pengalaman dan peringatan buat aku segala kenangan selama 30 tahun yang lalu.Dan harapanku agar aku akan menjadi insan yang semakin baik untuk Yang Maha Esa, suami, anak, ayahemak serta keluarga, pekerja,kawan-kawan dan semuanya.InsyaAllah.


Dan sambutan kali ini aku sambut dengan suamiku saja.Terima kasih buat suami tersayang.-)))




Menyengih di hari jadi.-)))




Makanan pilihan suamiku


Makanan pilihanku


Inila kek pilihanku.Tak ingatla namanya tapi sedap.-)))


Istimewa dari suamiku.-)))

Saturday, June 18, 2011

Rafiqah:1 Tahun





Allhamdulillah pada 27 Mei baru-baru ini sudah genap setahun Rafiqah Nurul 'Aisy.Sungguh cepat masa berlalu.Rafiqah di umur setahun ini sudah banyak karenahnya.Karenah yang membuatkan mak dan ayah sentiasa tersenyum.Sungguh seronok melihat perkembangan.Amat pandai cium pipi kita apabila disuruh sayang.Sudah pandai menghulurkan tangan dan mencium tangan kita apabila disuruh salam.Sudah pandai mencari sesuatu apabila disuruh kerana sudah mengenal barang terutama barang mainannya.Masih belum pandai melangkah untuk berjalan tetapi sudah berani berdiri apabila disuruh.Allhamdulillah.



"Ya Allah bersyukur dengan kurniaan ini.Semoga Rafiqah akan sentiasa sihat dan menjadi anak solehah"Amin.










Monday, May 16, 2011

Rafiqah:11 bulan




Rafiqah dah 11 bulan??Macam tidak percaya anak emak ini nak masuk setahun.Sunguh cepat masa berlalu.Rafiqah di usia 11 bulan semakin panjang akalnya.Ada saja perkara yang hendak dicuba dan disentuh.Memang usia yang perlu diperhatikan.Jatuh bangun dan menangis adalah mainannya di usia ini.Amat mudah tersentuh bila barang yang dia pegang kita ambil.Menangis macam kena deralah gayanya.Tengok sajela gambar di atas.Tetapi amat senang dipujuk.Rafiqah juga amat pandai mengikut rentak muzik atau lagu akan di angkat tangannya dan digoyang-goyang kepalanya mengikut rentak lagu tersebut.Baru nak cuba berdiri sendiri tanpa dipegang itupun mengikut kehendak dia.Dan aku perhatikan Rafiqah semakin membesar iyela dia pun sudah besar dah nak masuk setahun.Allhamdulillah dia sihat.Semoga dia sihat sepanjang hidupnya.Buat Rafiqah Nurul 'Aisy emak dan ayah amat menyayangi peneman emak ayah ini.Semoga menjadi anak yang solehah.Semoga Allah merahmati dan melindungi kita sekeluarga.

Friday, April 15, 2011

Kek Coklat Kukus



“Alamak satu lagi bahan la bang. Soda bikabornat” beritahuku dalam hati terus menyatakan bahawa niat untuk membuat kek akan ditangguhkan sekali lagi. Suamiku dengan pantas mengambil duit untuk ke kedai runcit kedua kalinya.Nasib baik kedai runcit dekat dengan rumah. “Wah kena tunaikan hasrat ni sebab suamiku sudah berusaha” Maka bermulalah acara menyepahkan dapur. Berikut adalah resepi yang aku ikuti untuk menghasilkan kek coklat kukus ini.Resepi ini aku ambil daripada internet tetapi aku sudah lupa di mana sumbernya (mohon maaf kepada empunya resepi):


Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara-cara :
1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun.
2. Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.
4. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
5. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan
biarkan sejuk

Setelah semua bahan-bahan dicampur Tiba-tiba…. “Abang acuan ini tidak cukup nak masuk dalam kukusla” Rasanya sudah betul ku imaginekan kukusku dengan acuan yang ku beli baru-baru ini. Sudah puas suamiku memberi cadangan bekas yang boleh digunakan dan akhirnya periuk nasi kecilku dijadiakan acuan untuk kekku.Dan kerana periuk nasi itu tebal maka aku panjangkan lagi setengah jam untuk memastikan ia masak.Dan Allhamdulillah kek kukusku Berjaya dihasilkan dan yang paling membanggakan pujian suamiku. “Sedap,boleh buat jual”katanya. Allhamdulillah rezeki kami anak beranak untuk makan kek kukus coklat hasil tangan ku berjaya.Rafiqah pun suka tetapi dia hanyaku berikan sedikit untuk dia rasa walaupun dia amat teruja dengan kek tersebut.Maaf Rafiqah sampai waktu nanti Mak bagi banyak sikit ye.-)))