Wednesday, July 8, 2009

Kejayaan Atas Usaha


ADIK ILA MASUK UKM

"Adik Ila dapat masuk UKM",beritahu suamiku."Allhamdulillah",jawabku."Pilihan pertama",beritahu suamiku lagi.Memang patut dia dapat.Getusku di dalam hati.Adik Ila adalah adik bongsu suamiku.Baru sahaja memperolehi keputusan kemasukan Ijazah ke UKM selepas menamatkan matrikulasi.Kenapa aku cakap dia patut dapat.Sebab keputusan yang diperolehi semasa matrikulasi amat bagus.Setiap semester memperolehi mata penuh semasa matrikulasi dan pilihan pertama dia ke UKM memang harus diberi.Allhamdulillah dia perolehi apa yang dia impikan.Dia perolehi kejayaan atas hasil usaha dia.Tahniah buat Adik Ila.
Dan kami mengiringi kejayaan dia dengan menghantar dia membuat pendaftaran di UKM.Berbunga hati mak bila anaknya memperolehi kejayaan.Tahniah buat mak juga.Dan senang hati kami apabila melihat kemudahan di tempat belajar sekarang amat menyenangkan.Kenapa aku berkata demikian sebab terkeluar ayat dari mulut suamiku"Wah ini macam tempat orang-orang kaya duduk je",katanya apabila melihat almari adik Ila besar.Memang selesa dengan segala kemudahan yang ada.Tahniah sekali lagi buat adik Ila.Doa kami semoga dia teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang seterusnya.



ABANG SAMBUNG PHD@GERMAN
Abang akan sambung PHD di Jerman.Beritahu kakak iparku suatu ketika dahulu.Berita ini aku terima sebelum aku mendirikan rumah tangga lagi.Kata kakak iparku lagi abang dihantar atas pilihan pihak pengurusan tempat kerjanya.Sungguh aku kagum dengan abang aku ini.Selepas tamat SPM dia menyambung pelajaran ke UM untuk mengambil kursus bahasa jepun dan menyambung pelajaran peringkat Ijazah di Jepun.Setelah balik dan memperolehi kerja dia menyambung balik pembelajaran dia ke peringkat Master di UPM dan kini dia teruskan usaha pembelajarannya ke peringkat PHD di Jerman.Dan aku tahu semua yang diperolehi adalah atas hasil usahanya.Aku pernah duduk dengan abangku ini selama 2 tahun dan aku tahu macam mana dia melakukan sesuatu kerja sehingga pihak pengurusan memilihnya untuk menyambung pembelajaran PHD di Jerman.
Abang ke Jerman pada bulan Mac baru-baru ini dan kami sebagai adik-adik cukup berbangga dengan kejayaannya.Dan yang aku pasti mak dan ayah aku semestinya lagi berbangga dengannya.Berkat doa mereka juga anak mereka berjaya juga kejayaan abang aku sudah tentu atas sokongan isterinya juga Kak Dayang.Tahniah buat abang.Semoga berada di dalam lindungan Ilahi di sana dan memperolehi kejayaan yang seterusnya.

LIJA DAPAT KERJA
Lija adik aku yang kedua baru menamatkan Ijazahnya dalam bidang bahasa Arab.Dan selepas menamatkan pembelajaran dia berusaha untuk mencari kerja.Adik aku lija memang pandai budaknya dari sekolah lagi.Tetapi tidak jadi pandai kalau tidak usaha kan.Dan kerana usaha dia memperolehi kelas pertama dalam Ijazahnya.Kejayaan yang diperolehi atas usaha dia.Dan hasil usaha mencari kerja,baru-baru ini dia dipanggil di dua tempat temuduga dan keputusannya kedua-dua tempat dia dapat.Kejayaan bagi aku membanggakan sebab sekarang amat susah untuk memperolehi kerja.Dan yang paling membanggakan sekali di temuramah terus dia dapat kerja kerana komunikasi inggerisnya bagus.Tahniah buat lija.
Walaupun kerja yang diperolehi bukan minat dan bidangnya tetapi itu adalah pilihan yang di buat olehnya.Dan Lija kak da harap lija akan harungi cabaran dan ambil pengalaman dan peluang yang diberikan.Ingat Allah sentiasa menguji ketabahan dan kesabaran umatnya.Kenapa?Sebab Allah tidak mahu kita lalai dan jauh daripadanya.Dia mahukan kita selalu mengadu padaNya.Sebab Allah sayangkan kita.Apa pun kejayaan memperolehi kerja adalah atas hasil usaha lija.Selamat berusaha.

*Itu adalah antara kejayaan-kejayaan mereka yang ada di sampingku.Dan kesemua kejayaan yang mereka perolehi adalah atas usaha mereka.
Kita tidak akan dapat merasa ikan patin masak tempoyak jika kita tidak usaha untuk mencari ikan patin dan tempoyak sebagai bahan untuk memasak.Kita tidak akan dapat hasilkan ikan masak tempoyak jika kita tidak ada usaha untuk memasaknya dan jika tidak memasak sekalipun kita tidak akan dapat merasa ikan patin masak tempoyak jika tidak usaha untuk mencari kedai yang menyediakan masakan ini dan kita tidak akan merasanya jika kita tidak usaha untuk mencedoknya masuk ke dalam pinggan kita.Segala-galanya adalah atas hasil usaha kita barula kita akan dapat makan makanan kegemaran kita.
Seperti kata pepatah "Kejayaan tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha".
Dan Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”

1 comment:

  1. psssst... huda ko tingin mkn ikan ptn msk tmpoyak ke???? sedapnye....

    ReplyDelete