Friday, March 25, 2011

Cerita Apakah Ini???

Alahai ngantuknya mata.Rasa hendak sahaja aku letakkan sebatang mancis menahan kelopak mataku daripada tertutup.”Huissss..itula akibat makan berlebihan” getus hatiku. Memang berlebih setelah menghabiskan sebungkus nasi beriyani aku makan pula sekeping roti dan 3 ketul goreng pisang.Makan ikut nafsu tapi aku sekadar memenuhi ajakan kawan sepejabatku.Nanti dikatakan aku menolak rezeki dan sombong pula.Lagipun aku baru sahaja memulakan kerja aku di syarikat ini.Jadi sudah semestinya mahu bemesra dengan mereka semua.
“Aduh tidak boleh jadi ini.Tak pasal-pasal nanti meja ini jadi bantal aku”Aku melihat jam di laptopku. Sudah menunjukkan pukul 2 petang. Sudah masa untuk aku bertemu denganNya. Aku menyarung selipar hijauku menyusun langkah ke tandas.
“Cantik selipar” tegur seseorang dari belakang.
“Terima kasih.Nak pinjam ke?”tanyaku kepada Nora eksekutif pentadbiran di syarikat ini. Lebih muda padaku dan sudah tentu perangainya masih lagi seperti budak-budak remaja.Amat senang di bawa bergurau tetapi baru-baru ini aku dapat lihat dia sentiasa menangis di mejanya.Hendak aku bertanya apa masalahnya, rasanya aku masih belum lagi serapat itu untuk bertanya masalah peribadinya kerana aku amat baru mengenalinya.Mungkin ada masalah percintaan, itu yang sering aku fikirkan.
“Boleh juga kak,nanti Nora pinjam ye”beritahunya
Aku hanya mengangkat ibu jariku sambil meneruskan langkahku yang terhenti tadi. Mataku memandang ke bawah melihat selipar hijauku.
“Cantik ke?”sambil tanganku membuka pintu.
“Aduh sakitnya,”tiba-tiba aku terdengar suara orang mengadu kesakitan.
Alamak apa yang berlaku.Aku terus mengangkat kepalaku. Aku dapat melihat kelibat seseorang di balik cermin pintu.Aku terus menjengukkan kepalaku ke luar pintu dan terlihat seseorang yang sedang membelakangku dan seperti tanganya mengosok sesuatu di mukanya. Aku memberanikan diriku mendekati dia.Dalam hati berdoa semoga tidak ada benda yang buruk berlaku.
“Encik tidak apa-apa”tanyaku memulakan berbicara
Dia hanya mendiamkan diri masih lagi tidak memalingkan mukanya kepada ku. Aku semakin risau dan gelisah.
“Encik..encik tidak apa-apa?”tanyaku sekali lagi dengan harapan dia akan memalingkan mukanya kepadaku........................

Cerita apakah ini dan tolong sambungkan boleh????-))))(Menulis untuk menghilangkan ngantuk)




2 comments:

  1. ai uda..lama tak hapdate heheh..
    neway, post ko kali ni mcm novel la..tak saba lak nk tgu kesudahan cite ni hehehhehe

    ReplyDelete
  2. hehehe ni cite aku karang masa aku duk ngantuk..apa kesudahannya tolongla sambungkan leh tak??

    ReplyDelete