Wednesday, January 5, 2011

Rafiqah : 6 Bulan

27 Nov 2010 genap rafiqah 6 bulan.Rafiqah di 6 bulan sudah mempunyai gigi 4 batang 2 di atas dan 2 di bawah.Makin mengenali suara mak dan ayahnya.Sudah pandai berborak dan mengikut kita berzikir atau menyanyi dalam bentuk intonasinya.Masih lagi meniarap dan bergolek-golek dan menunjukkan tanda untuk laju ke depan.Allahamdulillah rezeki untuk minum susu ibunya masih ada.Dan kini Rafiqah sudah di beri makanan pejal oleh emaknya.Rambutnya juga sudah banyak .


Makanan Pejal Pertama Rafiqah Nasi Kosong Yang Diblend

Thursday, December 9, 2010

UlangTahun Kami Yang ke 2

"Hari anniversary perkahwinan kami tidak pergi mana-mana pun Huda.Duduk rumah aje,"beritahu rakan sepejabatku.
"Takpela kita sambut ikut kemampuan kita.Duduk rumah pun bagus juga boleh melakukan aktiviti di rumah bersama-sama,"jawabku.
Dan perkara ini sudah dua tahun kami lalui.Kami hanya sekadar menyambut bersama-sama dirumah.22-11 adalah tarikh di mana kami disatukan dengan Izin Allah S.W.T dan restu daripada ibubapa kami.Dan tahun ke 2 kali ini lebih bermakna apabila Allah kurniakan rezeki yang tidak terhingga iaitu anak kami Rafiqah Nurul 'Aisy.Usia perkahwinan yang masih muda memberi banyak cabaran kepada kami kerana masih belajar dan mendalami hati masing-masing.Dan bagi aku setiap saat dan detik sayang aku kepada suami semakin bertambah-tambah.Syukur di atas kurniaan daripada Allah ini.Moga Allah melindungi dan merahmati hubungan kami ini.
Suamiku Imamku
Ketahuila Aku Hanya Ingin Menjadi Seperti Bidadari Syurga.Pendampingmu Di Duniamu,Juga Di Akhirat Sana.


Sunday, November 14, 2010

Rafiqah: 5 bulan

Senyuman memikat Rafiqah
Sedar tak sedar anak aku Rafiqah Nurul 'Aisy sudah berumur 5bulan.Cepat betul masa berlalu rasanya baru sahaja aku keluarkan dia dari rahim aku.Mengikuti perkembangan dari bulan ke bulan amat menyeronokkan.Daripada dia kecil hingga sekarang sudah seberat 7 kilogram.Rafiqah kini sudah boleh meniarapkan dirinya.Dan dia akan berpusing-pusing serta mengundur ke belakang masih belum boleh laju ke hadapan tapi usahanya ada apabila dia mengangkat buntutnya untuk bergerak.


Giginya Sudah Dua...)))




Semua benda hendak rasa dan gigit.)))

Tudung Mak Selalu Jadi Mangsa...)))





Majalah Pertama Mak Yang Menjadi Mangsa Rafiqah...
Dia juga sudah pandai memaling apabila namanya dipanggil.Sudah mula kenal ayah dan emaknya.Sudah pandai mengigit kerana sekarang giginya sudah ada dua dibahagian bawah.Semua barang yang dia capai akan dia masukkan ke dalam mulut. Sudah pandai mengolek-golekkan dirinya.Jika tidur satu toto dia akan jelajahi semuanya hingga mak dan ayah terpaksa tidur dihujung-hujung toto.
Suka Tidur Meniarap...)))
Rafiqah juga sudah pandai mengamuk bila barang yang dia sedang main diambil.Dia akan menangis selagi tidak memperolehi semula barang tersebut.Rafiqah amat suka bila di bawa berjalan dan yang paling aku suka dia tidak meragam bila dibawa membeli belah, dia akan berbunyi bila mak dan ayah dia selesai membuat urusan membeli belah.Allhamdulillah Rafiqah anak yang senang dijaga.Rafiqah amat pemerhati orangnya, dia akan memerhatikan apa yang kita lakukan di depan matanya sehinggala kita tiada didepan mata.Seolah-olah dia belajar dan mungkin dalam hatinya satu hari nanti akan aku buat apa yang mak aku buat itu.Mudah sangat tersenyum dan suka sangat senyum lebih-lebih lagi kalau nama dia kita panggil.Alahai Rafiqah sedang aku mengarang ini terbayang mukanya yang mudah tersenyum itu.Sayang Rafiqah.Tidak sabar hendak tunggu dia capai umur 6 bulan.Nak bagi makan pejal untuknya.Sayang anak emak.Moga berada di dalam lindungan Allah selalu dan sihat hingga akhir hayat dan jadi anak yang solehah.Syukur kerana Allah kurniakan Rafiqah Nurul 'Aisy pada mak dan ayah.

Sunday, November 7, 2010

Jalan-Jalan ICT Shah Alam

Aku,suami dan Rafiqah

Cuti deepavali baru ini aku dan suami membawa emak,ayah dan adik-adikku pergi berjalan-jalan ke ICT.Kebetulan mak dan ayah datang ke kuala lumpur menghadiri majlis solat hajat adikku Najhah yang bakal mengahadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.Sebenarnya ia bukanla dirancang tetapi apabila emak dan ayah tidak jadi balik ke Kumai pada hari jumaat.Itupun setelah memujuk ayah kerana adik Najhah tidak mahu ikut balik jika mak balik lambat ke kumai.Dan seperti biasa otak aku berjalan untuk membawa emak dan ayah berjalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.Aku memang suka bawa mak dan ayah berjalan,yela sekali sekala dia ke sini tidak salah rasanya untuk bawa mereka melihat tempat orang.Setelah berfikir-fikir aku teringat akan ICT Shah Alam yang sudah lama aku dan suami berhajat untuk pergi.Dan setelah mendapat persetujuaan daripada suami tersayang maka kami menyatakan hasrat tersebut kepada mak dan ayah dan mereka menyetujuinya terutama adik aku zaki.

Mak dan Ayah
Bertolak selepas maghrib kerana perjalanan kesana dari umah abang memakan masa selama sejam.Dengan berpandukan GPS suami (Nasib baik ada telepon cangih suamiku,terima kasih bang) kami sampai juga tetapi ramai sangat orang hingga jem jalan.Dengan bayaran masuk RM 10 membuatkan aku dan suami tidak puas hati kerana mengikut bacaan kami ia adalah free tapi tidak apala RM 10 utk satu kereta berbaloi juga rasanya.

Adik, Zaki dan Cicik

Dan apabila sampai aku beritahu ayahku "Inila ICT yang orang duk ura-urakan tu,katanya cantik" Tetapi memang cantik lampu-lampu yang pelbagai bentuk.Amat kreatif.Cuma kami tidak boleh menjelajahi kawasan tersebut kerana ayah aku sakit lutut.Kasihan ayah.Hanya mengambil beberapa keping gambar untuk kenangan.Dan aku nasihatkan jika hendak ke ICT bawala kamera yang baik.Dan yang paling seronok Rafiqah tidak meragam sepanjang jalan.Terima kasih buah hati mak.Ada sedikit gambar yang diambil untuk tatapan cuma ia kurang jelas.Seronok lain kali boleh pergi lagi.

Thursday, October 28, 2010

Rindu pada Abang dan Kak Dayang..

"Amy tunggu husband amik ye?" tanyaku pada officemate aku yang sedang berkemas untuk pulang.Amy menganguk.

"Akak dulu masa mula-mula kerja menunggu macam ini la.Tunggu abang akak ambil,kadang-kadang tu sampai tinggal sorang kat pejabat,"

Tiba-tiba terasa rindu sangat kat abang aku Abdul Masani Mat Yunus.Abang yang banyak membantu aku ketika aku mula-mula melanglah ke alam pekerjaan.Bayangkan tiap-tiap hari dia menghantar aku ke pejabat sehinggala aku mempunyai kenderaan sendiri.Tapi aku akan ikut time dia tapi tidak kisah sebab tanpa dia aku tidak akan ke tempat kerja dengan selamat.Dan sekarang abangku kini berada di Jerman untuk menyambung pelajarannya ke peringkat PHD.Pilu rasanya sebab sudah lama tidak jumpa dia.Hampir 2 tahun duduk dengannya membuatkan aku bertambah mesra dengannya sebab abang aku ini jenis diam.Semua adik-adik dia tidak berani bercakap dengan dia.Asyik bertolak-tolak bila hendak bercakap dengan abang dan yang jadi mangsa adalah aku.Tapi kini aku dapati semua adik-adik aku dah mula pandai bersembang dengan abang aku ini dan kami amat bangga mempunyai abang yang sentiasa sabar menghadapi dugaan.Abang adalah kebanggaan kami semua.

Kini isterinya kak dayang turut sama mengikutnya ke Jerman setelah diusahakan.Pemergian kak dayang pada mulanya adalah atas dasar cuti tanpa gaji kerana mengikut suami sambung belajar tetapi rezeki kak dayang dia kesana juga untuk menghadiri seminar atau latihan yang disediakan oleh pihak MPOB.Jadi gaji dia jalan juga.Allhamdulillah.Kak Dayang aku ini murah hati sangat orangnya.Aku masa duduk dengan dia memang kenyang sebab tiap-tiap hari dia masak.Dan satu yang paling aku suka tengok dia,dia akan pastikan dapur dan tempat makan kemas.Kak Dayang memang suka bercerita dan tiap-tiap malam kami akan bercerita perkara-perkara yang terjadi sepanjang hari terutama hal kawan-kawan sekerja.Dan ketika aku sampai waktu untuk mendirikan rumah tangga dia ada menyatakan rasa sunyinya kalau aku tidak ada nanti.Dan ketika aku mengandung Kak Dayangla yang banyak menyediakan barang-barang bayi untuk aku.Rasanya cukup lengkap.Terharu sangat-sangat.Alahai rindunya aku pada Kak Dayang.
Buat Abang dan Kak Dayang semoga berada di dalam keadaan sihat di negara orang.Huda sentiasa doakan abang dan kak dayang dikurniakan cahaya mata dan doakan abang dan kak dayang sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup.Rindu pada Abang dan Kak Dayang

Monday, October 25, 2010

Anak-Anak CWorks 2010

"Azie saya dah 8 hari tak datang period,rasa nak test ke tak ye?"tanyaku satu ketika dulu. Menanya orang yang berpengalaman dan Azie sudah 2 bulan mengandungkan anak ke dua ketika itu.
"Cubala mana tahu ada rezeki"beritahu Azie
Aku yang ketika itu masih was-was kerana aku pernah lewat haid lebih daripada 8 hari pun tetapi tidak mengandung.Bukan rezeki aku ketika itu dan apabila azie mengandung terasa seperti aku akan mengikutnya dengan izin Allah.Dan Allhamdulillah dengan Izin dari Yang Maha Esa aku disahkan mengandung. Dan yang paling mengembirakan berita kegembiraan turut dirasai oleh dua lagi rakan sepejabatku iaitu Nordinar sebulan selepas aku dan Norhidayah sebulan selepas Nordinar.Dan seorang lagi adalah anak kepada ED aku.Dan sepanjang tempoh mengandung macam-macam cerita yang kami lalui.Yang mengalami alahan yang teruk semasa tempoh mengandung ialah aku dan dinar.Azie dan Yaya tidak menghadapi sebarang masalah ketika mengandung.Dan ketika kami mengandung banyak perkara yang dikongsi antaranya pantang larang pemakanan, baju-baju mengandung, sakit-sakit ketika mengandung dan jantina anak yang dikandung.Dan rakan-rakan seperjabat yang lain suka membandingkan perut kami dan perut yang paling besar ketika mengandung adalah aku.Sungguh aku tidak sangka aku paling kecil di kalangan mereka tetapi aku yang paling besar perutnya.Kuasa Allah.
Dan Allhamdulillah kini semuanya sudah selamat melahirkan anak-anak masing dan semoga kelahiran cahaya mata masing-masing memberi kebahagian pada kita InsyaAllah

Anak Lelaki Azie : Muhamad Rusydan Sharon bin Roslee
5 April 2010

Anak Perempuan Huda : Rafiqah Nurul 'Aisy binti Muhamad Redzuan
27 Mei 2010

Anak Lelaki Dinar :Rifa'i Nidal bin Ikhwan

25 Jun 2010


Anak Perempuan Yaya: Nur Amani Syuhada binti Muhamad Yusof
25 Julai 2010

Friday, October 22, 2010

Bila Mahu Menulis Semula Blog ni....

Aduhai sudah hampir 2 bulan aku tidak mencatit sebarang cerita di dalam blog kesayanganku ini.Sebenarnya sudah 2 3 post aku buat tapi semuanya hanya aku simpan.Kenapa??? sebab tergantung setiap kali aku hendak menulis aku hilang idea ,aku tinggalkan dahulu walaupun apa yang aku hendak ceritakan itu adalah pengalamanku sendiri dan akhirnya ia tersimpan dan berkubur sahaja untuk diriku.InsyaAllah akan datang akan aku sambung,mungkin post yang ni pencetus untuk aku menulis semula.))))