“ JIKA SESEORANG ITU MELETAKKAN ALLAH SEGALA-GALANYA, NESCAYA KERESAHAN MENJADI KETENANGAN, KESIBUKAN MENJADI KELAPANGAN, KEMARAHAN MENJADI KESABARAN, KEMALASAN MENJADI KERAJINAN, SEGALA YANG NEGATIF AKAN JADI POSITIF”
Tuesday, September 10, 2013
Apa yang ada pada Ikan Bilis
Pagi-pagi buka facebook dapat ilmu pengetahuan tentang khasiat ikan bilis. Jom baca. Sumber dari Facebook Bernama Radio24.
INFO SIHAT
Ikan Bilis (Anchovies)
Mempunyai lemak omega-3, protin dan kaya dengan vitamin E, D, mineral, kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik daripada ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik yang disebabkan oleh pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan kurang risiko pencemaran.
Vitamin A.
Satu hidangan ikan bilis, 100 g, memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. MenurutNational Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.
Kalsium.
Ikan bilis menyediakan sumber yang kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147 mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk tulang dan gigi yang sihat.
Kalium.
Jika anda ingin menambah lebih banyak Kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383mg kalium setiap hidangan. Kalium adalah penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan menjadikan ia penting bagi aktiviti pencernaan serta dan baik untuk fungsi otot.
Selenium.
Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36mcg setiap hidangan. Baik untuk jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan juga membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit.
p/s : Ikan bilis baik untuk mereka yang sedang berdiet, ibu mengandung dan juga baik untuk pemakanan bayi sebagai perasa dan pengganti garam.
"Sambal ikan bilis la paling digemari."
Tutup Wayar
Sebenarnya entry kali ini hendak cerita tentang bagaimana suami aku tutup atau sembunyikan wayar yang terjuntai keluar.Untuk keselamatan dan kekemasan. Aku amat beruntung punyai suami yang rajin singgah kedai DIY. Jadi kadang2 ada benda yang dalam kepala aku tidak boleh di buat sendiri akan di pangkah oleh suamiku yang katanya boleh DIY.Jom tengok.
![]() |
| Sebelum ,,, ,,, ,,,, ,,, ,,,
Selepas
Kemas kan....Tapi aku tak tahu la pula apa nama alat tu.Mungkin ada yang tahu bolehla share.
|
Muhammad Rifqi Muhamad Redzuan
Assalamualaikum semua,
Aku tidak perkenalkan lagi buah
hati ke 2 aku dalam blog kesayangan aku ini. Di lahirkan pada 09-04-2013 pada
pukul 3.34 pagi. Anak ke 2 ini juga keluar melalui tingkap dengan erti kata
lain melalui pembedahan. Namun begitu kali ini Allah memberikan aku peluang
untuk merasa kesakitan untuk bersalin. Sakitnya hanya Allah yang tahu. 18 jam
menanggung sakit dengan bantuan ubat untuk memaksanya keluar namun kuasa Allah
mengatasi segala-galanya. Doktor pakar membuat keputusan untuk membuat
operation kerana ia sudah lama takut risiko pada anak aku.Aku terima dan kali
ini aku jadi lebih kuat kerana sudah ada pengalaman anak yang pertama. Allhamdulillah
anak ke 2 aku seorang putera. Nama yang kami beri ialah Muhammad Rifqi b.
Muhamad Redzuan. Sekarang sudah 5 bulan sudah boleh meniarap tetapi masih belum
laju hanya pusing-pusing.
![]() |
Di doakan semoga Muhammad Rifqi sentiasa sihat dan menjadi anak soleh untuk mak dan ayah.Amin.
Friday, July 19, 2013
Cubaan menulis menggunakan tablet
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sudah lama tidak menitipkan sesuatu dalam blogku ini. Kekangan masa menyebabkan blogku ini ku biarkan sepi tapi allhamdulillah aku masih di beri keizinan untuk bernafas di muka bumi ini.Banyak perkara yang belaku dan semua itu asam garam kehidupan.Ujian Allah kepada hambanya.Aku terima dengan reda kerana aku tahu Allah itu amat penyayang pada hambanya.Apa yang berlaku adalah peringatan dan balasan dariNya atas segala perbuatan hambanya ini.
Sekarang pun masih tidak tahu hendak menitipkan apa di dalam blog ini.Dan sebenarnya ketika aku dalam percubaan menggunakan tablet untuk menulis blog ini.Sedikit terkial-kial.Almaklumlah kecil dari laptop kan tapi akan diusahakan.-)))
Apa yang baru dalam hidupku.Allhamdulillah aku telah dikurniakan seorang lagi permata hati pada 9-4 dan dia adalah lelaki yang kami berikan nama Muhammad Rifqi.Pengalaman bersalin Rifqi akan aku titipkan di lain bicara jika berkesempatan.
Kami juga Allhamdulillah telah memiliki sebuah rumah.Rumah secondhand ini kami beli melalui agen dan banyak prosedur yang kami lalui apa pun itu menjadi pengajaran dan pengalaman.syukur sudah boleh duduk tetapi belum kesempatan nak pindah InsyaAllah lepas raya.
Buat masa ini, ini saja yang mampu aku titipkan.jumpa di lain kali.Selamat menjalani ibadah puasa.-)))
Sudah lama tidak menitipkan sesuatu dalam blogku ini. Kekangan masa menyebabkan blogku ini ku biarkan sepi tapi allhamdulillah aku masih di beri keizinan untuk bernafas di muka bumi ini.Banyak perkara yang belaku dan semua itu asam garam kehidupan.Ujian Allah kepada hambanya.Aku terima dengan reda kerana aku tahu Allah itu amat penyayang pada hambanya.Apa yang berlaku adalah peringatan dan balasan dariNya atas segala perbuatan hambanya ini.
Sekarang pun masih tidak tahu hendak menitipkan apa di dalam blog ini.Dan sebenarnya ketika aku dalam percubaan menggunakan tablet untuk menulis blog ini.Sedikit terkial-kial.Almaklumlah kecil dari laptop kan tapi akan diusahakan.-)))
Apa yang baru dalam hidupku.Allhamdulillah aku telah dikurniakan seorang lagi permata hati pada 9-4 dan dia adalah lelaki yang kami berikan nama Muhammad Rifqi.Pengalaman bersalin Rifqi akan aku titipkan di lain bicara jika berkesempatan.
Kami juga Allhamdulillah telah memiliki sebuah rumah.Rumah secondhand ini kami beli melalui agen dan banyak prosedur yang kami lalui apa pun itu menjadi pengajaran dan pengalaman.syukur sudah boleh duduk tetapi belum kesempatan nak pindah InsyaAllah lepas raya.
Buat masa ini, ini saja yang mampu aku titipkan.jumpa di lain kali.Selamat menjalani ibadah puasa.-)))
Monday, January 14, 2013
Dugaan Mendidik Anak
“Kita tengok cerita Pocoyo dalam
tablet makla ye?”tanyaku kepada Rafiqah setelah puas melayan kehendaknya. Badan
sudah rasa letih lagi-lagi kandunganku kini sudah 30 minggu. Tapi dia perlu
kulayan sebab siang kita bekerja jadi malam adalah masa untuk anak dan suami
walaupun sedikit.Sambil itu aku ajak dia baring dengan harapan dia akan tidur.
“Iqah taknak tengok kat bablet
mak.Nak tengok kat pephone mak”bagitahu Rafiqah.
“Pocoyo xde dalam telepon mak
dalam tablet je ada. Jom kita tengok”pujukku lagi.
“Taknak iqah nak tengok dalam
pephone mak juga”terus telefonku di baling ke arahku.
Aku sabar sambil cakap “Kenapa
iqah baling mak.Tak sayang mak ye?”tanyaku sambil usap kepalanya.
Dia tidak puas hati kali ini
kakinya pula hinggap di kakiku.
“Tak baik iqah guna kaki kat
mak.Allah marah.Nanti Allah potong kaki camne?Iqah xleh jalan dah”bagitahuku lagi.Kali ini kesabaranku sedikit hilang.
Dia tidak endahkan kata-kataku
sambil bangun kakinya terus menala kepadaku.Kali ini aku hilang sabar.Darah
sudah naik ke kepala. Tanpa aku sedari aku pukul kakinya dengan kuat
menggunakan tanganku beberapa kali. Aku marah sangat bila dia tidak dengar
kata-kataku.Sambil bangun aku berkata
“Emak xnak kawan dengan
fiqah.Fiqah dah tak sayang emak.Emak xpernah ajar fiqah guna kaki”aku terus
menuju kebilik.Dia mengikutku dari belakang sambil menangis memanggil-manggil
namaku.Aku tidak endahkan marahku tidak hilang lagi ditambah dengan keletihan
yang aku alami.Aku tutp pintu bilik dan biarkan dia duduk di luar.Dia menangis.
Aku terus duduk di atas
katil.Meredakan kemarahanku.Diluar aku dengar dia menangis sambil memanggil
namaku dan ayahnya. Tiba-tiba terasa tanganku sakit.Aku berightifar. Kuat
sangatkah aku memukulnya. Tiba-tiba aku sebak.Kali ini aku turut menangis.Apa
yang telah aku buat. Aku tak sepatutnya memukulnya dalam keadaan marah.Di luar
terdengar dia memanggil namaku sambil berkata
“Emak nanti lipas datang camne”beritahunya
sambil menangis.Memang dia takut dengan lipas. Aku yang tidak sampai hati
mendengarnya terus meluru dan memeluknya sambil menciumnya beberapa kali.
“Mak minta maaf ye. Lain kali
fiqah jangan buat lagi ye” kami berdua berpelukan dan menangis bersama-sama.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan
pintu. Suami ku baru pulang dari menyelesaikan masalah keretaku. Apabila dia
membuka pintu dia tergamam bila melihat kami berdua menangis. Aku ceritakan apa
yang berlaku lalu dia terus memelukku dan mencium dahiku menenangkan aku.
Terima kasih abang.
Malam itu aku muhasabah diri.
Bukan mudah untuk menjaga anak . Didikan perlu sesuai dengan keadaan. Pukulanku
ketika marah adalah satu kesalahan yang tidak sepatutnya aku lakukan. Jika aku
hendak pukul sekalipun biarlah di dalam keadaan tenang dengan niat untuk
mendidik bukan untuk melepaskan amarahku. Sesungguhya banyak lagi perkara yang
perlu aku pelajari untuk menjadi emak yang berjaya mendidik anak di dunia dan
juga akhirat.
“ Ya Allah jadikan aku emak yang
boleh mendidik anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah. Berikan
kesabaran dan ketabahan dalam memikul tanggungjawab dan amanah yang Engkau
telah berikan ini.Sesungguhnya mereka semua adalah permata yang amat berharga”
Buat anak-anakku sesungguhnya
emak amat menyayangi anak-anak emak.
Tuesday, September 18, 2012
Rafiqah Nurul 'Aisy :2 tahun.......
“Mak fiqah nak ni boleh?”…Mak ini
fiqah punya kan?” antara ayat-ayat yang selalu keluar dari mulut puteri
kesayanganku. Sudah menjangkau usia 2 tahun 4 bulan. Sudah lama tidak ceritakan
tentang anakku ini.Makin petah berkata-kata. Kadang-kadang ayat yang tidak disangka-sangka
akan keluar. Semua benda hendak di ketahui sampai kadang-kadang penat hendak
menjawabnya.
Semua benda hendak dibuat sendiri
sampaikan berebut-rebut dengan mak. Kalau dilihat anakku ini seperti tidak mahu
mengalah orangnya. Kalau apa yang dia hendak dia akan minta sampai dapat. Hanya
ayahnya saja yang pandai memujuknya tetapi dengan aku memang susah hendak
selesaikan mungkin sebab aku ini tidak sabar orangnya dan kadang-kadang tidak
sedar tangan ini cepat sangat hinggap di kakinya. Sebab itu dia susah hendak
dipujuk oleh maknya. Semua perkara yang kita buat hendak dibuat terutama apa
yang ayah dia buat. Sungguh pandai belakon dan mengambil hati ayah dan mak.
Amat suka berjalan. Kalau ajak
berjalan diala nombor 1. Pantang ayahnya hendak kemana-mana semua hendak ikut
kadang-kadang dia dapat membaca bila ayahnya hendak keluar. Sangat aktif
kadang-kadang tidak berdaya hendak mengejarnya. Dan Rafiqah ini amat mudah
mesra dengan orang. Dia tidak kisah kalau mak dan ayah dia tiada asalkan dia
dapat berjalan. Sesuatu perkara yang kadang-kadang merisaukan aku juga sebab
dia amat mudah didekati walaupun baru mengenali orang itu.Teringat semasa
membawanya ke kedai kain di Nilai dia boleh main kejar-kejar dengan seorang
pekerja Bangladesh di situ. Memang dia perlu diperhatikan dan tidak boleh lepas
dari mata kita.
Amat suka makan. Allhamdulillah
dia memang mudah makan. Kadang-kadang sampai kita kena suruh dia berhenti
makan. Makanan kegemaran dia adalah ayam goreng.Mungkin sebab dia kurang minum
susu jadi amat mudah makan. Selagi makanan itu ada di depan mata dia akan
makan. Sudah pandai melihat dan mengikuti cerita-cerita di TV. Dan cerita
kegemarannya ialah Upin dan Ipin la. Sampai semua character di dalam cerita dia
sudah kenal. Tajuk cerita dan dialog di dalam cerita pun dia sudah hafal. Mana
tidak sebelum tidur pasang cerita upin ipin. Maka mudahla di ingat.
Allhamdulillah Rafiqah Nurul ‘Aisy
membesar dengan baik. Dan ketika ini aku perlu kesabaran yang kuat kerana dia
semakin aktif dan semua perkara hendak dilakukan. Dan pada saat dan ketika ini
aku sentiasa akan rindukan anak ku ini. Kalau di opis sentiasa terngiang-ngiang
ayat-ayat yang keluar dari mulutnya. Semoga Rafiqah Nurul ‘Aisy akan terus
membesar dengan sihat dan baik dengan IzinNya.
Friday, May 18, 2012
PENANG-KOTA BHARU-KUALA TERENGGANU-KUMAI-BAHAGIAN 2
Selesai makan dan solat tepat
pukul 4.30 pm kami menyambungkan perjalanan kami ke negeri Kelantan. Abah telah
memberi pandangan untuk singgah bermalam dahulu dimana-mana resort dan meneruskan perjalanan ke Kelantan pada
pagi esoknya.Cadangan abah memang ada asasnya sebab jalan dari Grik sedikit
berbahaya seperti jalan ke Cameron Highlands.Jalan di waktu malam menambahkan
keresahan di hatiku lebih-lebih lagi terdapat papan tanda yang memberi amaran
bahawa terdapat Gajah yang biasa keluar dari hutan.Tetapi amat bersyukur kerana
sepanjang jalan kami, kereta tidak pernah putus-putus menemani kami. Melihat
suami yang semakin letih mana tidak memandu sejak pagi dari Kuala Lumpur-Penang
dan kini ke Kelantan.Cadangan abah kami terima kami singgah di satu Resort
tetapi aku tidak ingat namanya.Harga yang tinggi menyebabkan kami membatalkan
niat dan meneruskan perjalanan mencari juga jika ada resort lain yang lebih murah
namun perjalanan di waktu malam ini menyukarkan kami untuk mencari maka suami
nekad untuk meneruskan perjalanan terus ke Kota Bharu. Allhamdulillah kami
sampai ke Kota Bahru tepat pukul 1.30 pagi ke Kota Bahru setelah mengharungi
perjalanan yang sedikit mendebarkan.Dalam keadaan mendebarkan aku sesekali
boleh juga tersengguk tidur.Kasihan suamiku.
Sampai di Kota Bahru kami terus
mencari Hotel. Matlamat pencarian hotel tersebut mestila murah, ada water
heater dan juga aircond. Allhamdulillah setelah 3 hotel ditanya tidak memenuhi
matlamat kami capai matlamat di hotel ke 4.Hotel ………(x ingat nama pula,lain
kali aku update).Harga RM 60 ada water heater, air cond dan juga Wifi.Allhamdulillah
tidur dengan lena hingga selepas solat subuh kami tidur balik akibat keletihan semalam
yang tidak hilang.Rafiqah pun sama-sama lena hingga tengah hari.Allhamdulillah
Rafiqah amat senang di bawa jalan walaupun sekali sekala bising sebab bosan
duduk dalam kereta terlalu lama.
Pukul 12 tengah kami checkout
dari hotel tersebut dan mencari tempat makan dahulu.Nasib baik mempunyai GPS
maka tidak susah hendak mencari tempat makan Cuma tidak pasti hendak makan apa
menyebabkan kami tercari-cari kedai utk makan juga dan sepanjang
berpusing-pusing di Kota Bahru ini aku rasa sedikit teruja bila mendapati semua
sighboard yang berada di sana ada tulisan Jawi.
Bergambad Dulu Sebelum CheckOut
Antara Papan Tanda Yang Sempat Di Ambil.Semua ada Tulisan Jawi
Ambil Peta dari Pusat Penerangan Kelantan tetapi GPS juga kami guna
Setelah berpusing-pusing kami temui satu warung iaitu Warung Nasi Ulam Kak Long.Nasi Ulam adalah antara menu orang Kelantan jadi aku pun minta dia sediakan nasi ulam maka aku dapat nasi dan ulam beserta budu.Dalam hati betul ke ini nasi ulam apa pun Allhamdulillah kenyang juga makan.Kami tambah dengan sup tulang dan ikan percik.Ikan percik juga antara lauk terkenal di kelantan.
Sesiapa ke Kota Bharu bolehla cuba.Banyak Lauk juga terdapat di Warung ini.Kat mana warung ini kat Bandar Kota Bharu La.Nak cerita specefic x berapa perasan main terjah je.-)))
Berselera sungguh makan sebab lapar
Rafiqah pun makan dengan penuh selera.-)))
Okla ini sahaja untuk entry kali ini.Akan aku sambung lagi perjalanan kami seterusnya.Kita sambung di bahagian 3 pula ye.-))))
Subscribe to:
Posts (Atom)









