Monday, October 25, 2010

Anak-Anak CWorks 2010

"Azie saya dah 8 hari tak datang period,rasa nak test ke tak ye?"tanyaku satu ketika dulu. Menanya orang yang berpengalaman dan Azie sudah 2 bulan mengandungkan anak ke dua ketika itu.
"Cubala mana tahu ada rezeki"beritahu Azie
Aku yang ketika itu masih was-was kerana aku pernah lewat haid lebih daripada 8 hari pun tetapi tidak mengandung.Bukan rezeki aku ketika itu dan apabila azie mengandung terasa seperti aku akan mengikutnya dengan izin Allah.Dan Allhamdulillah dengan Izin dari Yang Maha Esa aku disahkan mengandung. Dan yang paling mengembirakan berita kegembiraan turut dirasai oleh dua lagi rakan sepejabatku iaitu Nordinar sebulan selepas aku dan Norhidayah sebulan selepas Nordinar.Dan seorang lagi adalah anak kepada ED aku.Dan sepanjang tempoh mengandung macam-macam cerita yang kami lalui.Yang mengalami alahan yang teruk semasa tempoh mengandung ialah aku dan dinar.Azie dan Yaya tidak menghadapi sebarang masalah ketika mengandung.Dan ketika kami mengandung banyak perkara yang dikongsi antaranya pantang larang pemakanan, baju-baju mengandung, sakit-sakit ketika mengandung dan jantina anak yang dikandung.Dan rakan-rakan seperjabat yang lain suka membandingkan perut kami dan perut yang paling besar ketika mengandung adalah aku.Sungguh aku tidak sangka aku paling kecil di kalangan mereka tetapi aku yang paling besar perutnya.Kuasa Allah.
Dan Allhamdulillah kini semuanya sudah selamat melahirkan anak-anak masing dan semoga kelahiran cahaya mata masing-masing memberi kebahagian pada kita InsyaAllah

Anak Lelaki Azie : Muhamad Rusydan Sharon bin Roslee
5 April 2010

Anak Perempuan Huda : Rafiqah Nurul 'Aisy binti Muhamad Redzuan
27 Mei 2010

Anak Lelaki Dinar :Rifa'i Nidal bin Ikhwan

25 Jun 2010


Anak Perempuan Yaya: Nur Amani Syuhada binti Muhamad Yusof
25 Julai 2010

Friday, October 22, 2010

Bila Mahu Menulis Semula Blog ni....

Aduhai sudah hampir 2 bulan aku tidak mencatit sebarang cerita di dalam blog kesayanganku ini.Sebenarnya sudah 2 3 post aku buat tapi semuanya hanya aku simpan.Kenapa??? sebab tergantung setiap kali aku hendak menulis aku hilang idea ,aku tinggalkan dahulu walaupun apa yang aku hendak ceritakan itu adalah pengalamanku sendiri dan akhirnya ia tersimpan dan berkubur sahaja untuk diriku.InsyaAllah akan datang akan aku sambung,mungkin post yang ni pencetus untuk aku menulis semula.))))

Monday, July 26, 2010

Saat Kelahiran Permata Hatiku...


"Awak periksa perut di klinik, nurse atau doktor cakap kepala anak awak kat mana?"tanya doktor Jameaton sambil dia merasa perut aku.

"Bawah,kenapa doktor"Tanyaku

"Saya rasa macam kepala dia melintang,tak apa kita scan dulu"Dan setelah di scan terbukti bahawa kepala anak ku duduknya di sebelah kanan bukan di bawah.

"Awak dah 39 minggu sepatutnya kepala bayi dah duk ke bawah, kalau dibiarkan takut bayi terbelit dengan tali pusat.Saya buat surat ke Hospital ye."

Hatiku tesentap, dalam hati mendoakan yang terbaik untuk anakku.

"Kalau kes begini apa jalannya doktor?"tanyaku

"Sebab awak dah 39 minggu kemungkinan jalan yang akan dibuat adalah melalui pembedahan.Tak apa awak pergi dulu hospital mungkin mereka ada cara yang terbaik untuk awak.Aku dan suami hanya menganguk.Rupa-rupanya sangkaan aku selama ini bahawa bonjolan di sebelah kananku adalah kepala benar rupanya.

Hospital Serdang tempat kami tuju.Apabila doktor scan didapati kepala anakku ke bawah dan beberapa saat kemudian kepalanya ke kanan semula.Doktor memberikan dua pilihan kepadaku.

"Pertama kami tahan awak di wad untuk kami pantau dan tgk perkembangan,kalau masih demikian kami akan operate"

"Kedua awak terus operate tetapi kami di sini menggalakkan ibu-ibu bersalin secara normal"

Aku terkedu, sebab aku memang insan yang sukar untuk membuat pilihan dan yang pasti pendapat suamiku diperlukan.

Setelah berbincang kami membuat keputusan untuk tinggal di wad dan keputusan tersebut di terima baik oleh doktor.Aku dimasukkan di wad pada pukul 5 petang setelah lama menunggu kerana tiada katil yang kosong.

Keesokannya aku didatangi doktor pakar dan memeriksa perutku dan menyatakan perkara yang sama."Kita tunggu 3 hari kalau dia tak mahu turun juga kita terpaksa operatela khamis ini"

Dan dalam tempoh tersebut kedudukan kepala anak aku tidak menentu.Aktif sungguh dia.Aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan dan aku redha dengan pilihan yang ditentukan olehNya untuk melahirkan anak aku.

Dan keputusannya aku dioperate setelah hari ke 3 kepalanya masih melintang.Tepat pukul 2 petang aku ditolak ke bilik bedah.Di bius separuh badan membolehkan aku mendengar apa sahaja perbualan antara doktor-doktor dan jururawat.Doktor menggalakkan aku tidur tetapi aku tidak boleh tidur,hatiku berdebar-debar menantikan kelahiran anak aku.Dalam tempoh tidak sampai setengah jam anak aku selamat dilahirkan.Tepat pukul 3:33 petang seberat 3.2 kg permata hatiku keluar daripada perutku untuk menjadi hamba Allah di muka bumi ini.Allhamdulillah syukur di atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan.


Rafiqah Nurul Aisy binti Muhamad Redzuan nama yang kami berikan.Semoga menjadi anak yang solehah.

Monday, March 22, 2010

Konvokesyen:Tahniah Zaki...


"Cepatla zaki,dah lambat ni,dahla hari ini perhimpunan,"jeritku apabila melihat adikku zaki berjalan dengan perlahan di belakangku.Kami berdua terpaksa berjalan kaki apabila ayah tidak menjumpai kunci motornya untuk menghantar aku dan zaki ke sekolah.Melihat adikku yang tidak menghiraukan jeritanku aku meneruskan perjalananku meninggalkan adikku.Itu antara kenangan aku dan zaki ketika di sekolah rendah.Aku dan zaki rapat ketika di sekolah rendah kerana perbezaan umur 2 tahun yang membolehkan kami ke sekolah bersama-sama.Waktu sekolah rendah dahulu adikku zaki selalu mengalami pendarahan hidung jika cuaca terlalu panas dan setiap kali ia berlaku aku akan berlari ke kelasnya melihat keadaannya.Hanya mampu menahan darahnya dengan tisu.Kesihan pada zaki.
Namun apa yang aku kagum dengan adikku ini ketika di sekolah rendah pelajarannya tidakla boleh mengalahkan kecemerlangan adik beradik yang lain tetapi berkat kesungguhannya dia berjaya menonjolkan diri ketika di sekolah menengah.Kesungguhan ayah menghantarnya ke sekolah Agama begitu dibanggakan.Pegangannya terhadap agama amat bagus sehingga kawan-kawan dan orang kampung memanggilnya ustaz.Tetapi jangan tidak percaya zaki antara peminat setia cerita-cerita korea dan hidustan.Allhamdulillah selepas menamatkan sekolah menengah zaki berjaya menyambungkan pelajarannya ke peringkat diploma dan memperolehi keputusan yang cemerlang hingga dia antara yang layak untuk memohon menyambung pelajarannya ke peringkat Ijazah di luar negara tetapi disebabkan kesukaran untuk mendapatkan penaja untuk dia kesana zaki hanya mampu membatalkan niatnya dan akhirnya dia menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah di UPSI di bidang kaunseling.

Allhamdulillah dia berjaya menamatkan Ijazahnya dan pada 17 Mac 2010 zaki telah dianugerahkan sekeping Ijazah Perguruan Kaunseling.Dan istimewanya konvokesyen zaki ialah kehadiran kesemua adik-beradikku sekeluarga untuk meraikkan kejayaanya.

Tahniah buat adik kesayanganku Mohd Zaki Al-Jihadi.Semoga kejayaan ini akan berterusan dan ingat bahawa kejayaan yang zaki perolehi ini datangnya daripada Allah SWT dan usaha zaki.Satu lagi pesanan kak da jangan lupakan jasa mak dan ayah walaupun kita sudah berjaya kelak.Semoga berjaya menjadi pendidik untuk anak-anak bangsa kita,peliharala mereka dengan ilmu dunia dan akhirat.

Wednesday, February 24, 2010

Solat Ketika Uzur atau Sakit

"Rajin hang,tak tinggal sembayang pun,"beritahu makcik disebelah katilku ketika aku dimasukkan di wad Hospital Parit Buntar baru-baru ini.Aku hanya mengucapkan syukur dan mendiamkan diriku.Dalam hati mendoakan agar aku dikuatkan iman untuk menunaikan kewajipan ini."Makcik dah 5 hari duduk di wad ini tapi tak pernah solat.Makcik tak larat nak bangun solat,"sambungnya lagi.Memang keadaanya yang uzur membenarkan kata-katanya."Makcik solat dudukla,"aku memberi cadangan."Tak leh makcik pening,"beritahunya dalam dialek utara."Kalau macam tu makcik solat baringla,"beritahuku lagi."Makcik tak pandai,"beritahunya.Aku hanya mendiamkan diri mendengar jawapan makcik tersebut.Untuk aku mengajar makcik untuk solat baring,aku kurang ingat caranya walaupun satu ketika dahulu aku pernah mempelajarinya.Dalam hati hanya dapat mendoakan agar makcik ini akan belajar cara-cara solat baring selepas ini dan keadaan ini juga menyedarkan aku yang aku juga perlu belajar cara-cara solat ketika sakit atau uzur.Bagaimana kiranya aku berkeadaan seperti makcik tersebut adakah aku juga akan memberi alasan yang sama bahawa aku tidak pandai atau tidak ingat akan caranya sedangkan solat wajib ditunaikan walaupun ketika kita sakit.Nauzubillah.Allhamdulillah aku perolehi maklumat yang lengkap beserta gambar cara-cara untuk menunaikan solat ketika uzur.Panduan yang bertajuk Panduan Tayammun,Wudu' dan Solat bagi Pesakit daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Sesungguhnya Solat itu adalah Tiang Agama Kita.Moga aku akan menjadi umat yang sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan kerana Allah Taala.

Friday, January 29, 2010

Pengalaman Pertamaku

Ketika aku menitipkan bicaraku kali ini,terasa anakku bergerak-gerak di dalam perutku.Sungguh dia amat aktif.Allhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk aku menikmati keindahan menjadi seorang ibu.Kini kandunganku sudah mengjangkau 6 bulan setengah.Dari hari ke hari kurasakan anak ku semakin dekat denganku dengan sentuhan yang dia berikan kepadaku setiap masa.Sesungguhnya aku bersyukur kerana merasai pengalaman suka duka ketika mengandungkan anak ku.Kekuatan dan kelemahan amat teruji ketika itu. Pengalaman pertama ini cukup memberikan aku pengajaran dan pengalaman.
Di awal aku mengandung aku tidak mengalami sebarang masalah dan aku bersyukur kerana aku tidak mengikut jejak mak dan akak aku yang begitu mabuk ketika mengandung.Tetapi sangkaan aku betul-betul meleset, ketika masuk 2 bulan aku mula mabuk dan muntah-muntah. Bagi aku itu perkara biasa bagi orang yang mengandung tetapi mabuk ku makin menjadi hinggakan aku tidak lalu langsung untuk makan dan minum.Tetapi aku amat bersyukur kerana mempunyai suami yang begitu memahami dan mengambil berat akan diriku.Tiap-tiap hari dia akan menyenaraikan semua makanan yang terlintas difikirannya untuk aku pilih.Dia tidak kisah jika menu yang aku pilih itu memerlukan dia merantau jauh dan kesabarannya cukup mengharukan aku apabila makanan yang dia beli aku makan dan aku muntah semula.Dan setiap kali itulah aku menangis kerana aku membazirkan makanan dan merasakan diriku menyusahkan suamiku. Tetapi suamiku sentiasa memujukku dan menyatakan inila ujian daripada Allah S.W.T.Aku tabah.
Masuk bulan ke 3 aku masih mengalami kedaan seperti ini hingga sampai tahap aku dimasukkan air sebanyak 2 botol walaupun aku cuba untuk elakkan keadaan seperti ini tetapi kerana bimbang akan keselamatan anak aku redha.Selepas dimasukkan air aku semakin segar dan bertenaga dan selera aku makin bertambah.Allhamdulillah, aku sudah lepasi tahap mabuk yang teruk tapi sangkaan aku sekali lagi meleset, 2 minggu selepas itu aku mengalami muntah yang teruk dan kali ini semakin teruk hinggakan aku muntah sekali dengan darah. Kali ini aku dimasukkan ke dalam wad kerana aku demam dan muntah darah yang memerlukan pemantauan pihak hospital.Ketika di wad di jaga dengan baik oleh jururawat dan doktor hospital Temerloh.Allhamdulillah demamku kebah dan aku tidak mengalami muntah darah lagi dan yang paling aku seronok dan bersyukur yang anakku berada di dalam keadaan sihat.Dan dalam fikiran aku hanya untuk keluar daripada wad tersebut sesungguhnya jujur aku katakan yang pada ketika itu aku cukup tertekan kerana aku dikelilingi oleh pesakit-pesakit wanita yang gugur dan kematian anak.Dan ketika keadaan tersebut aku sekali diuji olehNya apabila doktor pakar disitu tidak membenakan aku keluar kerana ujian air kencing menunjukkan aku di tahap yang lemah dan kering dan perlu dimasukkan air. Aku menangis ketika memberitahu suamiku dan sekali lagi suamiku menenangkan aku dan memberikan kata-kata semangat."Sayang kena kuat,demi anak kita"beritahunya.Kali ini aku beristifar, sesungguhnya aku perlu tabah dan kuat demi anak didalam kandunganku.Sesungguhnya Allah sedang mengujiku.Suamiku memberikan aku senaskah tafsir untuk menemankan aku dan menguatkan lagi kesabaranku.Aku semakin kuat dan aku menguatkan semangat dengan makan dan minum walaupun sukar untuk aku telan kerana hanya dengan itu sahaja badanku akan kembali baik.4 hari aku duduk di hospital dan 16 botol air aku dimasukkan ke badan.Dan aku amat bersyukur kerana mempunyai mak ayah dan keluarga yang begitu mengambil berat akan aku dengan tidak putus-putus memberikan kata semangat.Terima kasih semua.Terima kasih pada suamiku yang amat ku sayang kerana tanpa dia aku tidak mungkin kuat dan terima kasih pada Allah kerana memberikan kekuatan ini.
Masuk 4 bulan aku semakin selera makan,apa sahaja yang ingin aku makan semua dipenuhi oleh suamiku.Allhamdulillah makanan yang aku minta tidakla susah untuk dicari.Perutku semakin membesar dan aku sudah mula rasa sakit belakang dan sukar untuk tidur.Tetapi aku tahu itu adalah perkara yang semua ibu mengandung akan laluinya.Masuk 5 bulan aku sudah merasakan pergerakan anak di dalam kandunganku,dan aku dan suami amat gemar bercakap dengannya.Sungguh teruja melihat dia bergerak.Sungguh kagum dengan kejadian Allah.Subhanallah.Namun aku diuji olehNya sekali lagi,kali ini aku tumpah darah yang banyak kerana telampau aktif bergerak dan berjalan jauh untuk menghantar adikku ke Penang. Allhamdulillah tidak ada apa-apa berlaku pada kandunganku cuma aku dimasukkan ke wad selama satu hari untuk memantau keadaanku.
Kini anakku semakin aktif dan aku semakin tidak daya untuk membawanya.Kakiku sudah mula membengkak dan seleraku semakin menjadi-jadi.Bila diingatkan semula kenangan dan pengalaman ini sesungguhnya aku amat insaf dan seronok mengalaminya.Syukur kehadratNya kerana menitipkan pengalaman seorang ibu kepada diriku.Buat suami yang tercinta sesungguhnya aku amat berterima kasih dengan kesabarannya kerana aku sangat beremosi ketika mengandung dan aku paling mudah mengeluarkan air mata walaupun sesuatu perkara itu amat kecil untuk aku tangiskan.Tanpa ketabahan dan kesabarannya aku tidak mungkin dapat lalui semua ini."Luv u Bang".Harapan aku kini,agar anak di dalam kandunganku sihat hingga ia selamat dilahirkan.Sesungguhnya itu sahaja yang aku pohon dariMu Ya Allah agar anakku dilahikan dengan selamat dan sempurna agar dapat menjadi khalfah yang baik di muka bumimu ini.Pengalaman pertamaku ini amat aku jadikan pengajaran untuk masa depan.InsyaAllah.

Sunday, November 8, 2009

Pengorbanan Mak..

Allhamdulillah kandungan aku sudah menjangkau 12 minggu.Pernantian kami suami isteri selama 10 bulan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.Syukur allhamdulillah.Sebelum ini aku mengalami mabuk yang amat teruk.Setiap kali aku makan aku akan muntah sampai kering badan rasanya.Aku minta ubat tahan muntah daripada doktor keadaan aku masih seperti itu juga.Apa yang perlu aku lakukan sekarang hanya bersabar demi anak dalam kandungan.Aku makan juga walaupun selepas itu aku muntah yang penting anak aku sihat.InsyaAllah.Bila aku berkeadaan seperti ini aku insaf begitu besar pengorbanan mak aku semasa mengandungkan aku.Mak aku seperti aku juga mengalami mabuk yang teruk ketika mengandung.Dapat aku rasakan bertapa peritnya perut bila mak muntah,bila mak paksa diri untuk makan dan bertapa letihnya badan apabila muntah.Semua itu aku rasa sekarang.Bertapa besarnya pengorbanan mak kita mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari..


Buat Mak tersayang Adiyah binti Haji Mokhtar terima kasih di atas pengorbanan mak lakukan sejak huda dianugerahkan oleh Allah di dalam kandungan mak,melahirkan dan membesarkan huda hingga sekarang.Betapa besar pengorbanan mak hingga rasanya tidak dapat huda balas.Maafkan segala kesalahan dan tingkah laku huda selama ini.Ampunkan segalanya mak.Doa huda mak selalu semoga mak berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah selalu.


Buat mak mertua, huda ucapkan ribuan terima kasih kerana melahirkan dan menjaga serta mendidik anak mak iaitu suami huda dengan penuh kasih sayang dan kerana kasih sayang mak
huda dapat insan yang begitu baik dan menjaga huda dengan penuh kasih sayang dan tidak ada yang kurang walau sedikit pun.Terima kasih banyak akan kasih sayang yang mak berikan pada huda.Doa huda moga mak juga berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah selalu.
Ya Allah syukur di atas segala nikmat yang Kau berikan padaku.
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w"