Friday, April 15, 2011

Kek Coklat Kukus



“Alamak satu lagi bahan la bang. Soda bikabornat” beritahuku dalam hati terus menyatakan bahawa niat untuk membuat kek akan ditangguhkan sekali lagi. Suamiku dengan pantas mengambil duit untuk ke kedai runcit kedua kalinya.Nasib baik kedai runcit dekat dengan rumah. “Wah kena tunaikan hasrat ni sebab suamiku sudah berusaha” Maka bermulalah acara menyepahkan dapur. Berikut adalah resepi yang aku ikuti untuk menghasilkan kek coklat kukus ini.Resepi ini aku ambil daripada internet tetapi aku sudah lupa di mana sumbernya (mohon maaf kepada empunya resepi):


Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara-cara :
1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun.
2. Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.
4. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
5. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan
biarkan sejuk

Setelah semua bahan-bahan dicampur Tiba-tiba…. “Abang acuan ini tidak cukup nak masuk dalam kukusla” Rasanya sudah betul ku imaginekan kukusku dengan acuan yang ku beli baru-baru ini. Sudah puas suamiku memberi cadangan bekas yang boleh digunakan dan akhirnya periuk nasi kecilku dijadiakan acuan untuk kekku.Dan kerana periuk nasi itu tebal maka aku panjangkan lagi setengah jam untuk memastikan ia masak.Dan Allhamdulillah kek kukusku Berjaya dihasilkan dan yang paling membanggakan pujian suamiku. “Sedap,boleh buat jual”katanya. Allhamdulillah rezeki kami anak beranak untuk makan kek kukus coklat hasil tangan ku berjaya.Rafiqah pun suka tetapi dia hanyaku berikan sedikit untuk dia rasa walaupun dia amat teruja dengan kek tersebut.Maaf Rafiqah sampai waktu nanti Mak bagi banyak sikit ye.-)))





Thursday, April 14, 2011

Rafiqah: 10 Bulan


“Mak kejar dia.Mak kejar dia,”Rafiqah dengan segera berlari-lari dengan walkernya sambil melompat-lompat melarikan diri.
“Mak sorok.Mak sorok,” Rafiqah dengan segera berlari mencari mak sampai dapat melihat muka mak.
Itu antara permainan yang ayah dia ajar dan ia amat menyeronokkan bila melihat dia dengan gembira dan menyengih menampakkan giginya.
Rafiqah kini sudah berusia 10 bulan. Dan pada umurnya 10 bulan dia baru memulakan langkah untuk merangkak dan duduk sedikit perkembangan yang lambat tapi allhamdulillah dia sihat.Rafiqah juga sudah pandai memanjat tidak kira kusyen,almari,kerusi dan walkernya.Semuanya dia sudah lakukan.Sudah pandai berdiri dengan tangan sebelahnya dilepaskan.Dan berapa kali dia jatuh namun allhamdulillah tiada yang memudaratkan. Amat pandai menonton TV terutama iklan.(Terfikir juga kenapa kanak-kanak amat suka melihat iklan TV).Sudah aku cari tetapi tidak dijumpa pula maklumatnya.Mungkin disebabkan gerakan,muzik dan warna yang dipaparkan di dalam iklan tersebut. Rafiqah kini amat pandai merajuk lebih-lebih lagi apabila apa-apa barang yang minati kita ambil tetapi dia amat mudah dipujuk terutama oleh ayahnya.
Rafiqah juga sudah tidak menangis bila dihantar ke pengasuhnya.Mungkin disebabkan dia sudah pandai berkawan. Rafiqah kini juga amat teruja dengan makanan.Apa yang emak dan ayah makan dia pasti hendak juga. Lagi 2 bulan anak emak ini akan masuk setahun.Begitu cepat masa berlalu.Tiada ada yang mampu dikatakan hanya syukur tidak terhingga di atas KurniaMu ni Ya ALLAH.Semoga Rafiqah akan sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah selalu dan menjadi anak yang Solehah.

Wednesday, March 30, 2011

Dugaan DariNya

“Aduh..Ya Allah,Ya Allah”bunyi ayahku di atas katilnya.Aduan ayah yang ku dengar ketika aku pulang ke kampung baru-baru ini.Dan pada saat ini terngiang-ngiang suara ayah ditelingaku.Dan setiap kali itu aku berdoa moga Allah beri ketabahan untuk mengharungi dugaan ini.Dan akhirnya hari ini hati dan emosi tidak tabah juga,air mataku mengalir bila mengingatkan ayah. Ayahku kini hanya terlantar di atas katil tidak mampu berjalan akibat kemalangan.Tulang belakang Ayah patah dan menyebabkan saraf ayah di belakang terhimpit mengakibatkan ayah tidak mampu berjalan lagi dan hanya mampu terbaring. Dan air mataku ini tidak mampu dihenti lagi bila teringatkan air mata mak yang mengalir baru-baru ini.Aku tahu mak yang paling terasa akan sakitnya dugaan ini.Ketabahan mak perlu lebih kuat.Hanya doa yang mampu di berikan supaya mak tabah. Semoga Allah perkenankan usaha kami dalam merawat penyakit ayah.Semoga Allah tabahkan hati kami anak-anaknya untuk hadapi dugaan ini dan ketika ini kami tahu Allah mahu menguji pengorbanan yang perlu kami lakukan untuk ayah dan mak. Dan terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada akak yang paling banyak berkorban untuk menjaga Ayah.Sesungguhnya akak adalah kekuatan kepada kami adik-adik untuk hadapi dugaan ini.

“Ya Allah Ya Rabbi Engkaula Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Sesungguhnya Engkaula Yang Mengetahui Segala-Galanya.Kau Tabahkanla Hati Kami Sekeluarga Dalam Mengahadapi Dugaan Ini.Kau Ampunila Segala Dosa Kedua IbuBapa Kami.Kasihanila Mereka Sebagaimana Mereka Mengasihi Kami Sejak Dari Kecil.Kau Sembuhkanla Penyakit Ayah Kami.Sesungguhnya Hanya Pada Engkau Kami Berserah dan Kami Pohon.Engkaula Segala-Galanya..Amin”

Masakan Negeri Sembilan:Restoran Warisan

"Abang ada berapa banyak duit dalam tangan?”tanyaku pada suamiku.Setelah dia menjawab dia pula tanya soalan yang sama pada aku.Bila ingat balik ketawa sendiri juga.Mana tidaknya ketika kami masuk ke kawasan tersebut hanya terlihat kereta-kereta mewah yang ada.Dalam hati macam tidak mampu hendak masuk.
“Tak apala masuk je dulu.InsyaAllah ada rezeki”beritahu suamiku
Tempat yang aku maksudkan adalah Restoran Warisan yang terletak di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Setiap kali kami lalui jalan kuala pilah untuk pulang ke Kuala Lumpur Restoran ini seakan-akan memanggil kami untuk mencuba makanannya. Dan akhirnya keputusan di buat bersama untuk mencubanya pada hari Ahad baru ini setelah kami pulang menjenguk ayah dan mak di kampuang.
Masuk kami disambut mesra oleh kakitangan restoran dengan senyuman yang baik.Hati berbunga kemudian di bawa ke meja dan diberikan menu dan juadah pembukaan iaitu air sirap dan semangkuk kecil maruku. Layanan yang amat bagus.
Permulaanya kami mahu memesan daging salai masak cili api tetapi malangnya sudah habis dan yang lebih malang lagi semua masakan Negeri habis kecuali Ikan Keli Goreng Masak Berlado.
“Ala tidak ada rezeki kita.Itu yang hendak kita rasa kan. Masakan Negeri Sembilan” beritahu suamiku.
Akhirnya kami memesan juga Ikan Keli Goreng Masak Berlada juga makanan tambahan Sup Ekor dan Sayur Campur dan kami memesan juga nasi bubur untuk Rafiqah. Dan kami tidak menunggu lama,makan yang dipesan sampai dan yang paling teruja makanan dia amat banyak untuk kami berdua makan.Nasi bubur Rafiqah pun banyak.
Masakannya sedap dan berbaloi untuk dicuba lebih-lebih lagi jika hendak merasa masakan orang negeri Sembilan.Ikan Keli Goreng Berladonya amat sedap dengan ikan yang digoreng garing dan dicampur dengan bahan berlada amat padan.Sup ekor yang pedas dan terasa bahan supnya serta sayur campur yang banyak dan segar.Dan penambah selera ditambah dengan ikan masin,ulam-ulaman dan sambal belacan.Cukup menyelerakan. Allhamdulillah rezeki kami pada hari itu. Harganya amat berpatutan dengan standard restorannya.Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang restoran ini boleh lawati: http://restoranwarisan.com/.


Makanan Ketika Menunggu

Antara Menu Yang Dipilih.Maaf Gambar Tidak Fokus

Nasi Bubur Untuk Rafiqah tapi Mak dia yang tolong habiskan

Rafiqah yang berselera makan

Friday, March 25, 2011

Cerita Apakah Ini???

Alahai ngantuknya mata.Rasa hendak sahaja aku letakkan sebatang mancis menahan kelopak mataku daripada tertutup.”Huissss..itula akibat makan berlebihan” getus hatiku. Memang berlebih setelah menghabiskan sebungkus nasi beriyani aku makan pula sekeping roti dan 3 ketul goreng pisang.Makan ikut nafsu tapi aku sekadar memenuhi ajakan kawan sepejabatku.Nanti dikatakan aku menolak rezeki dan sombong pula.Lagipun aku baru sahaja memulakan kerja aku di syarikat ini.Jadi sudah semestinya mahu bemesra dengan mereka semua.
“Aduh tidak boleh jadi ini.Tak pasal-pasal nanti meja ini jadi bantal aku”Aku melihat jam di laptopku. Sudah menunjukkan pukul 2 petang. Sudah masa untuk aku bertemu denganNya. Aku menyarung selipar hijauku menyusun langkah ke tandas.
“Cantik selipar” tegur seseorang dari belakang.
“Terima kasih.Nak pinjam ke?”tanyaku kepada Nora eksekutif pentadbiran di syarikat ini. Lebih muda padaku dan sudah tentu perangainya masih lagi seperti budak-budak remaja.Amat senang di bawa bergurau tetapi baru-baru ini aku dapat lihat dia sentiasa menangis di mejanya.Hendak aku bertanya apa masalahnya, rasanya aku masih belum lagi serapat itu untuk bertanya masalah peribadinya kerana aku amat baru mengenalinya.Mungkin ada masalah percintaan, itu yang sering aku fikirkan.
“Boleh juga kak,nanti Nora pinjam ye”beritahunya
Aku hanya mengangkat ibu jariku sambil meneruskan langkahku yang terhenti tadi. Mataku memandang ke bawah melihat selipar hijauku.
“Cantik ke?”sambil tanganku membuka pintu.
“Aduh sakitnya,”tiba-tiba aku terdengar suara orang mengadu kesakitan.
Alamak apa yang berlaku.Aku terus mengangkat kepalaku. Aku dapat melihat kelibat seseorang di balik cermin pintu.Aku terus menjengukkan kepalaku ke luar pintu dan terlihat seseorang yang sedang membelakangku dan seperti tanganya mengosok sesuatu di mukanya. Aku memberanikan diriku mendekati dia.Dalam hati berdoa semoga tidak ada benda yang buruk berlaku.
“Encik tidak apa-apa”tanyaku memulakan berbicara
Dia hanya mendiamkan diri masih lagi tidak memalingkan mukanya kepada ku. Aku semakin risau dan gelisah.
“Encik..encik tidak apa-apa?”tanyaku sekali lagi dengan harapan dia akan memalingkan mukanya kepadaku........................

Cerita apakah ini dan tolong sambungkan boleh????-))))(Menulis untuk menghilangkan ngantuk)




Tuesday, February 22, 2011

Hari Lahir Insan Tersayang

Tanggal 16 Februari 1979 maka lahirla seorang putera yang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri ini setelah anak pertama dan kedua mereka adalah perempuan.Kehidupan insan ini ketika kecil tidak aku ketahui.Aku mengenali insan ini ketika dia berusia 29 tahun.Di umur tersebut aku mengenali hati budinya dan ketika umurnya mencecah 30 tahun aku sudah menjadi milik insan ini.Dan ketika usianya mencecah 31 tahun insan ini sudah bergelar seorang ayah kepada seorang puteri.Dan kini insan ini telah berusia 32 tahun amanah yang ditanggung semakin bertambah.Dan insan yang aku maksudkan adalah suamiku yang tersayang iaitu En Muhamad Redzuan bin Abudallah.Selamat Hari Lahir Abang.Semoga menjadi umat,suami,anak,ayah,abang,sahabat,pekerja dan segala-galanya yang lebih baik.Semoga diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati oleh Allah hendaknya.Dan tiada hadiah buat insan ini sekadar sambutan bersama.LUV U Bang

Kek yang dipilh oleh suamiku.Kek Strawberi sedap sangat
Menu makanan yang dipilih bersama:-))


Gambar Bersama Wajib Ambil:-)))


Allhamdulillah semuanya kami habiskan:-)))

Friday, January 28, 2011

Rafiqah:7bulan


Perkembangan rafiqah di usianya 7 bulan.Gigi sudah ada 6 batang 4 di atas dan 2 di bawah.Sudah laju meniarap semua barang-barang yang bahaya untuk dimain olehnya sudah pun dipindahkan ke atas atau disorokkan. Semakin mengenali mak dan ayahnya.Sudah menampakkan emosinya terutama apabila maknya bersiap-siap untuk ke tempat kerja.Mata tidak hilang memandang sehingga emaknya selesai bersiap dan sambil itu menjerit-jerit panggil untuk di ambil.Amat suka bila di bawa berjalan dan amat suka bermain dengan ayahnya.Jika tiada ayahnya dia cepat boring untuk bermain.Memang anak ayah.

Sudah mengeluarkan butir-butir bercakap seperti "nya nya, ya ya, ma" dan amat suka bercakap sendiri.Seronok melihat perkembangan Rafiqah yang semakin membesar cuma di ketika ini dia sering batuk-batuk, sudah di bawa jumpa doktor dan hasilnya dia sihat.Mungkin persekitaran dan cuaca sekarang.Doa moga Rafiqah dijauhi daripada sebarang penyakit.Dan Allhamdulillah dia masih di beri susu maknya walaupun semakin hari susu maknya semakin berkurang tetapi InsyaAllah rezeki untuk Rafiqah masih ada.Bubur sedikit berbutir tetapi lembut menjadi kegemarannya sekarang.Allhamdulillah dengan perkembangan ni Ya Allah.