Wednesday, July 29, 2009

Udang Lipan Masak Lemak Cili Api

Aku sudah beberapa kali mendengar nama haiwan ini.Suamiku selalu menyebutnya.Katanya sedap.Aku terfikir macam manala bentuk tubuh haiwan ini.Dan akhirnya persoalan aku terjawab ketika kami ke pasar malam serdang hari isnin.Suami aku sungguh teruja bila menemui udang lipan tersebut.Aku yang mula-mula melihat udang tersebut rasa macam tidak percaya kerana memang tidak nampak macam spesis udang."Pandai tak masak udang ni?"tanya suamiku.Aku mengelengkan kepala.Memang aku tidak tahu.Macam mana hendak masak kalau ini baru pertama kali melihatnya."Masak macam mana yang sedap?"tanyaku pula."Biasanya mak abang masak lemak cili api.Tapi rebus pun sedap juga,"beritahunya sambil matanya tertumpu pada udang tersebut mungkin berfikir untuk membelinya atau tidak."Tak apala,"bagitahunya sambil menarik tanganku.

Kami pusing lagi sekeliling pasar mencari bahan mentah yang lain dan udang lipan kami temui lagi.Kali ini lebih banyak daripada kedai sebelumnya."Berapa?"tanya suamiku."5 ringgit sekilo,"jawab tukang kedai."Nak beli ke tak?"tanya suamiku."Belila kalau abang nak,"jawabku.Suamiku tersenyum lalu terus membelinya sekilo.Aku pula berfikir macam mana pula aku hendak masak udang ini."Ala masak ajela,"getusku dalam hati.

Dan semalam aku sudah pesan awal-awal kepada adik aku yang aku hendak masak udang lipan itu.Minta tolong dia belikan kelapa mesin,cili api dan daun kesum.Sambil itu aku google cari macam mana cara hendak menyiang udang lipan tapi tidak banyak maklumat yang aku dapat.Balik daripada kerja aku terus ke dapur menyiang udang tersebut."Kak Da,takut lija tengok udang tu,"beritahu adik aku lija yang tengah mengoreng ayam.Aku hanya tersenyum."Kita cuba,abang wan kata sedap,".Dalam hati aku,aku hendak masakan percubaan aku ini diterima dan memenuhi selera suamiku.

Aku potong kaki udang dengan gunting.Aku pun tidak tahu cara aku siang udang tu betul atau tidak.Itu yang aku dapat dari google.Aku basuh dan aku memulakan langkah silat aku di dapur.

Berikut adalah bahan-bahan yang aku guna untuk masak Udang Lipan Masak Lemak Cili Api:
Sekilo Udang Lipan
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit serbuk kunyit
Sebatang Serai
Asam Keping
Daun Kesum
Separuh kelapa yang sudah dimesin.Aku perah dan asingkan yang pekat dan yang cair.

Cara-Caranya:
Tumbuk bawang dengan cili api.Kemudian masukkan udang ke dalam periuk dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.Masukkan serai yang dititik,sedikit serbuk kunyit,dan daun kesum.Daun kesum bahan tambahan untuk mewangikan lagi masakan ini.Kalau tidak mahu masukkan tidak apa.Hidupkan api dan gaulkan semua bahan-bahan yang dimasukkan tadi.(Masa aku sibuk mengaul bahan-bahan tadi aku dapati udang tersebut cepat hancur isinya.Jadi aku biarkan sahaja)
Bila aku lihat airnya sedikit kering aku masukkan dahulu santan cair kemudian masukkan sekeping asam keping.Setelah ia mengelegak aku masukkan santan pekat dan sedikit garam kasar.Kemudian biarkan ia masak.

Hasilnya:
"Sedap,"kata suamiku."Percubaan pertama yang berjaya,"sambungnya lagi.Bila aku tanya adik aku dia hanya menganguk.Dan apabila aku rasa ia boleh dibanggakan.(Angkat bakul sendiri).Dan rasa udang itu adalah seperti rasa ketam.Sedap dan manis.Tapi aku rasa sangat suka bila suami aku makan dengan bersungguh-sungguh.Bangga rasanya.Allhamdulillah aku berjaya masak Udang Lipan masak lemak cili api.Lain kali boleh masak lagi.

6 comments:

  1. uwaaaaa.....pandainya kak huda masakkk...sedap kan udang tu...huhu....

    ReplyDelete
  2. hehehe belasah je.bukannya pandai pun..Ha ah sedap.Manis.

    ReplyDelete
  3. Abang tak pernah makan tapi pernah tengok...takpe balik nanti boleh suruh uda masak lagi-muenster

    ReplyDelete
  4. Boleh nanti abg balik uda masak lagi..Terima kasih lawat uda punya blog..hehehe

    ReplyDelete
  5. my fevret, udang lipan....sgt sukar untk mnjumpainya skrg...huhu

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas informasinya ;)

    ReplyDelete