Sunday, November 8, 2009

Pengorbanan Mak..

Allhamdulillah kandungan aku sudah menjangkau 12 minggu.Pernantian kami suami isteri selama 10 bulan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.Syukur allhamdulillah.Sebelum ini aku mengalami mabuk yang amat teruk.Setiap kali aku makan aku akan muntah sampai kering badan rasanya.Aku minta ubat tahan muntah daripada doktor keadaan aku masih seperti itu juga.Apa yang perlu aku lakukan sekarang hanya bersabar demi anak dalam kandungan.Aku makan juga walaupun selepas itu aku muntah yang penting anak aku sihat.InsyaAllah.Bila aku berkeadaan seperti ini aku insaf begitu besar pengorbanan mak aku semasa mengandungkan aku.Mak aku seperti aku juga mengalami mabuk yang teruk ketika mengandung.Dapat aku rasakan bertapa peritnya perut bila mak muntah,bila mak paksa diri untuk makan dan bertapa letihnya badan apabila muntah.Semua itu aku rasa sekarang.Bertapa besarnya pengorbanan mak kita mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari..


Buat Mak tersayang Adiyah binti Haji Mokhtar terima kasih di atas pengorbanan mak lakukan sejak huda dianugerahkan oleh Allah di dalam kandungan mak,melahirkan dan membesarkan huda hingga sekarang.Betapa besar pengorbanan mak hingga rasanya tidak dapat huda balas.Maafkan segala kesalahan dan tingkah laku huda selama ini.Ampunkan segalanya mak.Doa huda mak selalu semoga mak berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah selalu.


Buat mak mertua, huda ucapkan ribuan terima kasih kerana melahirkan dan menjaga serta mendidik anak mak iaitu suami huda dengan penuh kasih sayang dan kerana kasih sayang mak
huda dapat insan yang begitu baik dan menjaga huda dengan penuh kasih sayang dan tidak ada yang kurang walau sedikit pun.Terima kasih banyak akan kasih sayang yang mak berikan pada huda.Doa huda moga mak juga berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah selalu.
Ya Allah syukur di atas segala nikmat yang Kau berikan padaku.
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w"

Tuesday, October 13, 2009

Lija Konvo...

Lija adik aku yang ke 2 baru sahaja menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab,UIA.Dan pada 12/10 dia meraikan hari konvokesyennya.Aku dan suami tidak dapat mengambil cuti disebabkan kami terikat dengan projek yang besar.Tetapi aku hendak juga meraikan hari kemenangan adik aku ini.Jadi aku dan suami pergi juga dengan keizinan bos masing-masing.Aku dan suami beserta kak dayang bertolak dari pejabat aku dalam pukul sebelas.Dan dalam perjalan mesej telefon aku berbunyi.Aku buka "Kda orang dah keluar dewan"beritahu adik aku lija.Risau dia aku tidak sampai agaknya.Aku membalasnya yang aku dalam perjalanan.Sesampainya di UIA kami mencari tapak jualan dahulu untuk membelikan hadiah untuknya tanda tahniah.Ramai sungguh orang menyebabkan aku mula pening,kalau ikutkan mahu tumbang juga tapi aku kuatkan juga badan aku untuk mencari adik aku.Akhirnya kami jumpa dan Allhamdulillah segalanya sudah selamat adik aku lija telah selamat memperolehi sijilnya dan kami sempat juga meraikan dia.Dan yang seronok juga aku dapat jumpa emak,ayah,k.nida sekeluarga,k.chimah sekeluarga,jafni dan Alif,zaki,chik.Buat lija Tahniah semoga akan terus berjaya hingga seterusnya.Dan jangan lupa pada kda ye kalau dah berjaya..

Monday, October 5, 2009

Aidilfitri 2009


"Ahh bila la aku hendak update blog aku ini?" itu soalan yang aku utarakan apabila setiap hari aku membuka blog.Sedangkan banyak perkara yang hendak aku utarakan di dalam blog aku ini tetapi semuanya aku simpan dan lama-kelamaan ia hanya jadi ingatan aku sahaja.Aku memang sibuk akhir-akhir ini dengan kerja yang kritikal.Projek yang menyebabkan hidup kami tertekan dibelenggu oleh kebimbangan bos.Apa pun itu adalah tanggungjawab dan amanah harusla dilakukan..

Untuk permulaan dan penyambungan aku mulakan dengan cerita Aidilfiri aku.Allhamdulillah aidilfitri tahun ini aku dan suami raikan dengan serba serdahana.Aidilfitri pertama aku sebagai seorang isteri.Kami mulakan keraian aidilfitri pertama kami dengan pulang ke kampung suami ku di Kuala Kurau,Perak.Semua adik beradik suamiku pulang meraikan aidilfitri bersama-sama.Hari raya antara yang menjadi perkara yang dinanti-nanti adalah menu istimewa.Mak mertuaku menyediakan laksa sebagai menu utama di pagi raya.Setelah menunaik sunat aidilfitri kami bersalam-salaman memohon kemaafan dan kemudian menjamu selera bersama.Laksa antara makanan kegemaran aku, sudah tentula aku antara yang paling banyak makan laksa.Setelah kekenyangan kami sama-sama menziarahi saudara-mara.Memang seronok kerana dapat memenuhkan perut.Apa pun seronok tengok kegembiraan mak bila anak-anak semua ada disamping dia.
Raya ke 4 aku dan suami pulang beraya ke kampung aku di Pahang bertemu emak dan ayah serta adik beradik yang lain.Dan cerita emak yang tidak menyediakan juadah lemang sekali lagi aku dengar setelah aku sampai walaupun aku sudah tahu ceritanya kerana pada malam raya aku telefon mak dan ayah.Kata mak tiada siapa yang hendak bakar.Biasanya yang membakar lemang adalah ayah,abang sani dan abang jafni.Ayah aku amat sibuk dengan tanggungjawab yang diamanahkan padanya.Abang Sani ku kini berada di German menyambung pelajarannya dan tidak pulang beraya dan abang Jafniku dia ada, tapi disebabkan mak tidak menyediakan bahannya maka dia tidak boleh buat apa-apa.Maka emak hanya menyediakan ketupat nasi dan rendang ayam.Rendang Ayam?Terkejut juga sebab dalam sejarah mak buat rendang ayam untuk hari raya biasanya mak akan menyediakan rendang daging kerbau.Mak kata untuk kelainan.Apa pun seronok sebab dapat jumpa semuanya kecuali abang Sani.Dan yang paling seronok mak juga menyediakan laksa menyambut kepulangan aku.Terharu.Buat Abang Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.Maafkan segala kesalahan huda ye.

Wednesday, August 26, 2009

Iftitah

"Saya ni bukannlah orang yang bercita-cita besar, tetapi cukuplah apabila semua orang dalam syarikat ni menjalankan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang terkandung dalam ayat yang kita baca ketika solat iaitu doa Iftitah". dialog yang dilafazkan oleh Azrai watak yang dimainkan oleh Rusdi Ramli dalam Drama Kasih Iftitah cukup menyentuh hati aku.
Drama Kasih Iftitah di ulang tayang oleh TV3 pada pukul 5 pagi mengisi masa bersahur.Bagi mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut bolehla menontonnya setiap isnin hingga rabu pada pukul 5 pagi.

Apa yang aku hendak ceritakan di sini apakah yang terdapat dalam maksud doa Iftitah yang kita baca setiap kali kita solat.Teringat aku pada ceramah yang disampaikan oleh seorang ustazah semasa aku belajar dahulu.Katanya apabila kita membaca doa iftitah ia menunjukkan bahawa kita telah membuat penjanjian dengan Allah.Kenapa di katakan bahawa ia adalah tanggungjawab dan penjanjian kita?Mari kita sama-sama memahami dan mengingati maksud doa iftitah ini.



"Maksudnya: Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan Petang. Aku menghadap mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan Bumi dengan keadaan tunduk dan menyerah diri dan bukanlah aku tergolong dalam golongan musyrik. Sesungguhnya solatku, dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan itu aku rela diperintah dan aku tergolong dalam golongan muslimin"


Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ya Ramadan

Allhamdulillah kita semua akan mula berpuasa pada 22 hb Ogos 2009.Kepada semua yang mengenali mohon ampun dan maaf dari kami suamiisteri di atas segala kesalahan.Diharapkan ramadan kali ini adalah lebih baik daripada ramadan-ramadan yang lepas.Moga kita semua dapat menjalankan ibadatnya dengan sempurna dan lebih tenang.Amin.

Jangan Lupa Niat Puasa:
"nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa"

Wednesday, August 19, 2009

KONVOKESYEN.....

KAD KEBENARAN IBUBAPA MASUK HILANG
"Mak datang jauh-jauh nak tengok awak konvo.Tapi sudah hilangkan kad macammana mak nak masuk?"kekecewaan mak aku tergambar bila aku menyatakan kad kemasukan ibubapa sudah hilang.Aku menangis teresak-esak.Dalam hati menyalahkan diri sendiri sebab tidak menjaganya dengan baik."Cuba Da ingat mana tempat kali terakhir Da pegang kad tu,"tanya ayah aku.Ayah aku cuba menenangkan aku.Aku mengingatkan semula dari mula aku datang ke UTM Johor untuk mengambil jubah dengan abang aku Jafni. Aku dan abangku Jafni datang dua hari lebih awal daripada makayah dengan menaiki bas ke Johor untuk mengambil jubah.Aku mengingat kembali bagaimana aku dan abang aku yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke UTM sebab masa diploma aku mengambil program kerjasama antara kolej aku dengan UTM dan aku belajar di Kuantan.Aku mengingatkan kembali bertapa mahalnya tambang teksi yang kami naik untuk ke UTM sebab untuk menaiki bas kami tidak tahu,dan setelah sampai tercari-cari tempat mengambil jubah dan berjalan kaki dengan jauhnya ke luar pagar untuk menunggu bas setelah bertanyakan pengawal bagaimana hendak menaiki bas daripada UTM ke bandar.Dan aku ingat,kali terakhir aku membelek kad tersebut adalah di pondok menunggu bas tersebut.Setelah memberitahu ayah,kami bergegas ke sana dengan abang amie.Nasib baik waktu konvokesyen aku adalah sebelah petang.Dalam perjalanan aku berdoa pada Allah agar kad itu ada di situ.Dan Allhamdulillah Allah memperkenankan doa aku,kad itu memang ada disitu walaupun sudah basah tetapi ia masih boleh digunakan.Kalau tidak menangisla aku sebab makayah tidak dapat tengok aku mengambil diploma.
AKU NYARIS TIDAK KONVO
"Betul ke jalan ni huda?",tanya abang aku semasa dalam perjalanan ke UTM daripada hotel yang kami duduki.Aku hanya mengangguk sahaja.Dalam hati was-was betulkah jalan ini.Semakin jauh kami bergerak jalan ke UTM tidak kami jumpa.Aku sudah semakin gelisah.Masa untuk aku berkumpul sudah pun tamat dan dalam masa setengah jam lagi majlis aku akan dimulakan."Tak sempatla huda konvo,"aku menangis teresak-esak.Kak Dayang aku cuba memujuk aku."Takla sempat.Abang tanyala orang,"beritahu kakak iparku pada abang.Abang yang mula-mula mencari akhirnya berhenti untuk menanyakan orang.Dan Allhamdulillah akhirnya kami jumpa jalan ke UTM dan apabila aku sampai sesi pendaftaran untuk mengambil nombor sudah habis dan mereka semua sudah berbaris.Aku berlari tanpa menghiraukan mata yang memandang.Dalam hati berdoa agar aku masih diterima untuk majlis konvokesyen dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Penyayang,doaku diterima aku masih diterima walaupun mereka sudah mengemaskan peralatannya untuk menutup kaunter.Syukur Allhamdulillah.Dan apabila aku berbaris kawan-kawanku semua datang kepada menyatakan kerisauan kerana aku tidak muncul-muncul.Aku tidak mampu menceritakan apa-apa hanya air mata sahaja yang mampu menceritakan segala-galanya.Malu juga,sebab semua mata memandang ke arah aku."Abang harap sempat",mesej daripada abang aku terima dan aku balas memberitahu yang aku sempat masuk.Masa itu aku rasakan semuanya salah aku sebab aku kurang periksa dan kurang peka dengan jalan.Apa pun aku berjaya juga naik ke pentas untuk mengambil Ijazah aku.Kenangan ini akan aku ingat sampai bila-bila.Terima kasih pada mak dan ayah dan semua yang menghadiri majlis konvo aku.
Dan kenangan di atas aku ceritakan pada adik aku chichik semasa hari konvokesyennya yang baru sahaja menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Syariah UKM.Walaupun cerita ini sudah berapa kali adik aku dengar dan menyatakan bahawa mereka ada waktu kejadian tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat sedikit pengajaran daripada pengalaman aku.Dan konvokesyen adik aku chichik kali ini amat istimewa kerana kami datang dengan memakai topeng disebabkan wabak HINI yang kian merebak di negara ini.Dan Allhamdulillah majlisnya berjalan dengan lancar tanpa peristiwa yang aku alami dahulu.Dan adik aku chichik sangat cantik dengan baju konvonya dan kasutnya yang berjenama kikilala.Tahniah chik,kak da doakan agar chik terus berjaya pada masa hadapan.


Monday, August 10, 2009

Percubaan Menanam Sayur




Aku suka juga tengok tanaman-tanaman tidak kira pokok bunga atau sayur-sayuran.Tetapi aku tidak pandai sangat bak menanam ini.Dan apabila kahwin antara perkara yang aku impikan mempunyai tanaman sendiri hasil usaha kami suami isteri.

"Abang kita tanam sayur,boleh kan?"tanya ku pada suamiku pada satu ketika dulu."Boleh,tapi abang tidak pandai sangat tanam sayur-sayur ni,"beritahunya."Tak apa kita cuba je dulu,".

Dan hasil cubaan pertama kami,kami minta dengan mak anak ladanya untuk kami tanam.Dan tanah kami perolehi dari abang Amie yang memang suka menanam.Tapi cubaan pertama kami tidak berjaya sebab pasu yang digunakan amatla tidak sesuai.Itula cakap suamiku tidak mahu dengar.Padan muka aku.Maaf bang.

Cubaan kali kedua kami telah membeli pasu di kedai RM2 di Triang.Memang perlu tanam dalam pasu sebab rumah sewa aku itu tiada tanah semuanya disimenkan.Dan mak telah berikan kami 2 anak pokok lada dan 1 anak pokok terung.Kali ini sekali lagi abang amie kami memberikan tanah dan bebesar hati memberikan kami pokok bendi yang telah besar cuma belum membuahkan hasil untuk kami jaga.Terima kasih buat mak dan abang amie yang telah memberikan sokongan.Kami juga telah membeli benih kacang dan tomato semasa kami ke Mydin untuk membeli barang-barang dapur.


Allhamdulillah,pokok-pokok yang kami tanam hidup.Suami aku memang menjaganya dengan baik.Dan diharapkan kami akan memperolehi hasilnya sedikit masa lagi.InsyaAllah.