Tuesday, June 16, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang

"Ingat ke dia pada hari lahir aku",itulah yang bermain di fikiran dalam seminggu ni.Aku pun tidak tahu kenapa perlu aku fikir perkara ini.Mungkin sebab aku perempuan.Sebab mengikut kajian dan bacaan aku, kaum wanita amat menitikberatkan tarikh-tarikh penting ini.Jadi sudah terbuktila sebab aku pun rasa.Tapi aku rasa semua orang nak orang yang dikasihi mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka.Dan aku yakin dia pasti mengingatinya.
Dan semalam sambil aku menunggu suamiku menyiapkan kerjanya aku menonton televisyen,dan setelah tiada cerita yang hendak ditonton aku menyambung membaca novel.Lambat juga aku menghabiskan bacaan novel.Kalau masa aku belajar dulu satu buku novel aku boleh habiskan dalam satu malam.Mungkin dahulu aku tiada komitmen lain sekadar belajar.Semakin lama aku baca semakin mata layu dan dua tiga kali mengulang ayat yang sama.Aku tengok suamiku masih kusyuk menatap komputer ribanya.Aku menutup novel dan cuba melihat cerita yang ditayangkan di televisyen.Dan selepas itu,mataku tertutup."Selamat Malam Bang",cetuskan dalam hati.
Tiba-tiba aku terasa pipiku disentuh sesuatu.Aku membuka mata dan melihat suamiku berada di depan mata.Aku membulatkan mata."Selamat Hari Lahir Sayang",beritahunya sambil satu lagi ciuman hinggap di pipiku.Aku terus memeluknya dan bertanya soalan bodoh "Hari ini hari lahir sayang ye?",.Suamiku menganguk."Terima Kasih bang",kataku terharu.Tapi dalam terharunya aku, aku sambung balik tidur di atas sofa sehinggala suamiku mengejutkan aku untuk tidur di dalam bilik.Terima kasih banyak-banyak bang.Ucapanmu amat bermakna buat isterimu.Sayang abang sangat.
Buat adik-adik dan rakan yang mengucapkan selamat hari lahir buatku,terima kasih banyak.Sesungguhnya banyak kenangan pahit manis,suka duka,marah sayang yang aku alami selama 28 tahun aku hidup di muka bumi Allah.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku diberikan kehidupan yang sempurna.Aku bermohon agar aku sentiasa berada di dalam keimanan dan kecintaan kepada Mu Ya Allah.Terima Kasih Ya Allah.
Terima Kasih buat Suamiku kerana Menerimaku dan Menyayangiku.Sayang abang sangat-sangat.
Terima Kasih kepada Mak dan Ayah kerana melahirkan dan menjagaku dengan sempurna sehingga dewasa.Jasamu tidak dapat ku balas.
Terima Kasih kepada Mak dan Ayah mertua kerana sudi menerima diriku sebagai anakmu
Terima Kasih kepada akak,abang dan adik-adik kerana menyayangiku dan sentiasa berada bersamaku dalam susah dan senang
Terima Kasih kepada guru-guru,pensyarah yang banyak membimbingku
Terima Kasih kepada semua rakan-rakan yang berkongsi pengalaman dan kenangan bersama.
Terima Kasih pada semua yang mengenali diriku.Sesungguhnya hidupku amat bermakna dengan adanya kalian.

Thursday, June 11, 2009

Hebatnya Ultraman


"Amar,jadi ultraman.Ayah Tam jadi raksasa"beritahu pak saudaraku kepada Amar sepupuku.Amar dengan semangat membuka langkah seperti gaya ultraman menyerang ayah tam aku.Itu situasi pertama yang aku lihat semasa aku balik kampung untuk majlis kenduri mak su ku.Situasi kedua apabila aku melihat cara adik-adik sepupuku bermain.Mesti ada adegan gaya ultraman dan raksasa berentak.Yang pasti gaya tangan ultraman mengeluarkan lasernya itu ada.Satu lagi situasi berlaku dirumah mak aku di Kumai.Anak saudara kembarku sungguh asyik melihat ultraman.Aku yang melihat gaya mereka penuh asyik mengambil peluang untuk menyelit soalan"Abang,yang mana satu ultraman?"tanyaku sambil melihat mukanya.Dia yang asyik menonton tidak menjawab."Wah kusyuk betul"getusku dalam hati.Aku tidak puas hati.Aku bertanya lagi.Kali ini aku tanyakan adiknya pula sambil menyentuh lengannya dengan soalan yang sama.Dengan nada yang tidak semangat mungkin marah sebab digangu dia menjawab."Cik Tam ni,ala yang tu la Ultraman,kawan dia tu pun ultraman juga.Jap lagi dia bertukar",jawabnya lansung tidak memandang aku.Aku hendak bertanya lagi tapi disebabkan kusyuknya mereka soalan itu aku simpan sahaja di dalam hati.
Begitula hebatnya si ultraman ini.Bukan kerana dia hebat melawan raksasa tetapi hebatnya dia mempengaruhi kanak-kanak.Hinggakan orang dewasa perlu menjadi raksasa untuk menarik perhatian mereka.
Program TV ultraman ini,zaman aku kanak-kanak duhulu sudah wujud.Tapi seingat aku, aku tidak berapa gemar menontonnya kerana bagi aku ultraman adalah hero yang lembik.Dan jalan ceritanya adalah sama iaitu melawan raksasa.Tapi bila aku sekali sekala tengok tenganga juga.
Sedikit info yang aku perolehi tentang ultraman(ウルトラマン, Urutoraman)ini.Di bangunkan dan diterbitkan dari Jepun.Mula ditayangkan pada tahun 1966.Dan untuk siri ultraman pertama dinamakan Ultra Q.Ultraman berasal dari planet X dan turun ke bumi kerana planet yang didiami musnah.Dan kerana kuasa yang ada padanya dia menjadi hero untuk menyelamatkan bumi darpada diserang oleh Raksasa.Hingga sekarang ada siri Ultraman Tiga,Dina,Gaia,Cosmos dan banyak lagi.Jika mahu maklumat yang banyak tentang Ultraman ini carila di internet dan aku perolehi maklumat ini dari sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Ultraman.
Wah hebat sungguh Ultraman sampai aku sendiri sibuk mencari maklumat mengenainya.Hehehe

Monday, June 8, 2009

Pernikahan Nurul Millah(Maksu)





Nurul Millah atau Intan atau Maksu.Maksu aku ini sebaya dengan aku.Dulu masa kecik-kecik aku panggil dia Intan yela sebab dia sebaya dengan aku je tidak kira dia ni mak saudara aku atau tidak.Tapi sejak aku ditegur oleh arwah Tok Ki aku mula memanggil dia maksu.Aku dengan dia masa kecik sangat rapat.Main sama-sama,tidur sama-sama,ngaji dengan arwah tok ki sama-sama, gaduh sama-sama dan makan sama-sama.Semuanya kami lakukan bersama.Kalau masa cuti sekolah maksu mesti ikutku balik Kumai.Begitu juga aku,bila ada peluang aku duduk kampung lama sebab nak main dengan maksu.

Tapi semakin dewasa kami semakin berjauhan.Sejak naik tingkatan satu kami masing-masing bersekolah asrama yang berbeza.Jarang sangat jumpa,kalau jumpa hanya ketika balik raya atau ada kenduri atau kematian di kampung.Dan bila berjumpa tidak serapat dahulu.Hinggala kami meningkat dewasa kami masih lagi seperti itu juga.Maksu aku ni keras hatinya,bila dia nak sesuatu dia akan pastikan dia dapat.Tapi disebabkan kekerasan hati dia sudah berjaya dalam kerjaya dan kehidupannya.

07-06-09 tarikh penyatuan dua hati Nurul Millah dan Kamarudin. Allhamdulillah dengan sekali lafaz maksu selamat menjadi isteri kepada Kamarudin dan kini aku kenala panggil Paksu.Tapi aku hanya sempat melihat maksu akad nikah dan sarung cincin tetapi tidak sempat tengok dia bersanding dan makan beradab kerana aku sudah naik ke bangsal untuk basuh pinggan dan habis basah baju dan tidak sanggup lagi untuk turun dengan baju yang basah.Tetapi Allhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Kepada Maksu dan Paksu tahniah diucapkan.Kami doakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Pernikahan Nordinar






Nordinar atau ku panggilnya Dinar atau kadang-kadang Din adalah rakan sepejabatku.Semasa aku bujang dulu, dia antara insan yang menjadi mangsa untuk aku luahkan masalah dan berkongsi cerita.Kenapa?Aku pun tidak pasti mungkin kerana dia senang di bawa berbincang dan sudi mendengar.Terima Kasih Dinar.Banyak bantuan,sokongan dan kekuatan yang diberikan.Tidak dapat ku balas hanya iringan doa seorang sahabat agar sentiasa hidup dalam RahmatNYA.Dan yang paling penting Dinar juga mengikut jejak langkahku.Apa tu?Dia pun kahwin dengan rakan sepejabat seperti aku.Sudah jodoh kami.:-)Dan aku rasa aku antara insan yang menjadi penyumbang penyatuan mereka ini.Tidakla, dah jodoh mereka disatukan.Dan yang paling seronok insan yang dikahwini adalah antara sahabat baik suami tersayangku.

06-06-09 adalah tarikh yang dipilih oleh mereka untuk disatukan dan Allhamdulillah majlisnya berjalan dengan lancar.Permulaannya kami suami isteri mungkin tidak dapat menghadiri majlis mereka dek kerana ada satu lagi majlis perkahwinan yang perlu dihadiri,tetapi Allhamdulillah dapat juga kami menghadiri majlis sahabat kami.Dan yang paling melucukan hadiah kami bawa dibalut di dalam kereta dan pembalutnya tidak cukup untuk menutup kotak hadiah yang kami bawa.Terpaksala suamiku menutup keburukan hadiah tersebut semasa membawanya masuk ke dewan majlis.Lucu tapi itu adalah pemberian ikhlas daripada kami semoga mereka gembira menerimanya.

Tahniah Dinar dan Ikhwan.Doa kami semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat.Harungi kenikmatan syurga dunia yang Allah kurnia ini sebaik-baiknya.

Pernikahan

Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '
(ar-Ruum:21)

Daripada firman Allah s.W.T di atas jelas menunjukkan bahawa Allah telah menciptakan semua kejadianNya di muka bumi ini adalah berpasangan.Dan bertanpa indahnya hidup manusia kerana telah diciptakan pasangan untuk lengkap-melengkapi antara satu sama lain.Dan betapa jemu kehidupan manusia jika melihat hanya kaum sejenis sahaja berada di muka bumi ini.Dan kerana perkahwinan juga kita akan melahirkan lebih banyak khalifah di muka bumi ini.Subhanallah sungguh hebat susunan dan perancangan yang Allah jadikan.

Thursday, June 4, 2009

Nasib Kasut Tumit Tinggi

Aku kasut yang dibeli oleh seorang lelaki.Aku dibeli untuk diberikan kepada bakal isterinya..Aku cantik, berjanama dan tinggiku adalah 2 inci..Setelah aku dibeli aku diletakkan di atas dulang yang dihias cantik dan aku di bawa bersama-sama barang yang lain pada hari bersejarah tuanku.Wah meriah sungguh majlisnya.Setelah selesai majlis aku diserahkan kepada bakal isterinya dan dia kini menjadi tuanku. Aku sangat teruja apabila aku disarung oleh tuanku.Aku hendak memberi khidmat yang terbaik untuk tuanku tetapi aku terkejut bila tuanku menjerit "Alamak besar"katanya."La ini semua salah saya, sebab bagitahu dia salah saiz"tambah tuanku lagi. Apalah tuanku ini, saiz untuk kakinya pun dia tidak tahu.Habis tu bagaimana dengan nasibku, adakah aku akan dapat memberikan khidmat kepadanya.

Aku kemudiannya di bawa pulang ke tempat kerjanya, aku diletakkan di bawah meja.Aku pun tidak tahu kenapa aku diletakkan di sini.Tetapi sekali sekala dia akan menyarungku, kerana aku adalah barang kesayangannya dan kerana aku adalah hadiah daripada orang kesayangannya.Tidak lama selepas itu aku diletakkan pelapik di depan ku oleh suaminya, wah tuanku sudah selamat kahwin dengan buah hatinya.Pelapik itu adalah bagi membolehkan aku dipakai oleh tuanku.Gembiranya aku dan tuanku juga gembira kerana akhirnya aku boleh dipakai olehnya.

Kali pertama aku dipakai dengan lama dan berjalan jauh ialah ketika tuanku pergi membuat persembahan produk di Polis Diraja Malaysia.Bangga sungguh aku, tuanku memakaiku dengan gah sekali.Jauh sungguh kami berjalan dari tempat parking kereta , memanjat bukit dan barula sampai ke tempat yang dituju. Bangga sungguh aku memberi khidmat kepadanya.Tetapi dia tiba-tiba mencabutku.Kenapa?"Sakitnya kaki"rungutnya.Kenapa dengan kakinya,soalku di dalam hati."Disebabkan jarang pakai kasut tumit tinggi,pakai sekejap pun dah sakit"Sambung tuanku lagi.Barula aku faham rupa-rupanya dia jarang memakai kasut tinggi seperti aku.Dia mengosok-gosok kakinya tetapi menyarung semula kakinya ke dalamku.Apa pun aku tetap disarung walaupun kakinya sakit.

Kali kedua, aku dipakai ketika syarikat kerjanya mengadakan seminar selama dua hari.Aku disarung dengan lama tetapi apabila ada peluang tuanku akan mencabutku dan meninggalkanku sambil membiarkan kakinya tidak memakai alas. Aku sudah faham dengan perangainya.Aku juga faham dia hanya akan memakaiku apabila ada majlis formal.Suaminya amat baik selalu menanyakan keadaan kakinya.Penyayang sungguh dia.Walaupun aku jarang dipakai tetapi aku tahu tuan ku cuba memakaiku kerana aku adalah kasut pemberian suaminya.Dan dia amat menyayangiku.

Begitula nasib kasut tumit tinggi ku.Sesungguhnya aku amat sayangkan kasut ini sebab ia adalah pilihan dan pemberian suamiku.

*Buat suamiku terima kasih.Kasut pemberianmu amat cantik dan ketahuila memakainya adalah satu kebanggaan bagi isterimu ini*

Produk Buatan Malaysia






"Tak sangka produk ni orang luar ramai pakai ye?" kata seorang peserta. "Produk ni buatan malaysia kan?" katanya lagi. Itu antara dialog yang aku dengar semasa program "CWorks International FM Conference" yang diadakan pada 2-3 Jun 2009 di PWTC. Seminar anjuran CWorks buat julung-julung kalinya ini dijalankan dengan jayanya. Seminar yang memberi ruang kepada pengurusan Facility untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang Facility Management. Allhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.
Aku berbalik semula kepada perbualan di atas. Kenapa dialog seperti ini keluar.. Bagi aku jelas menunjukkan bahawa masyarakat luar lebih pandang produk kita berbanding orang kita sendiri. Bagi mereka produk Malaysia "Low Class". Begitula mentality masyarakat kita... Tapi itula kenyataannya kan.. Aku pun kadang2 berfikiran camtu juga bila pergi membeli-belah. Yela bukan semua produk kita berkualiti.
Produk apa yang aku duduk cerita ini. Ia adalah Software CMMS. Software yang dibangunkan oleh anak Malaysia. Kalau dikira lebih ramai pelanggan luar yang membelinya. Daripada US,China,Dhubai,Australia dan daripada pengalaman aku bila berjumpa pelanggan untuk memperkenalkan produk ini antara persoalan yang ditanya "Produk ini daripada US ye?" dan apabila diberitahu ia adalah produk buatan anak Malaysia dan pemiliknya adalah Melayu mereka semua seakan terkejut. Kurang percaya agaknya. Tetapi itula kebenarannya, produk ini adalah buatan Malaysia dan pemiliknya adalah orang Melayu.
Tahniah kepada semua kakitangan CWorks.