Monday, June 8, 2009

Pernikahan Nordinar






Nordinar atau ku panggilnya Dinar atau kadang-kadang Din adalah rakan sepejabatku.Semasa aku bujang dulu, dia antara insan yang menjadi mangsa untuk aku luahkan masalah dan berkongsi cerita.Kenapa?Aku pun tidak pasti mungkin kerana dia senang di bawa berbincang dan sudi mendengar.Terima Kasih Dinar.Banyak bantuan,sokongan dan kekuatan yang diberikan.Tidak dapat ku balas hanya iringan doa seorang sahabat agar sentiasa hidup dalam RahmatNYA.Dan yang paling penting Dinar juga mengikut jejak langkahku.Apa tu?Dia pun kahwin dengan rakan sepejabat seperti aku.Sudah jodoh kami.:-)Dan aku rasa aku antara insan yang menjadi penyumbang penyatuan mereka ini.Tidakla, dah jodoh mereka disatukan.Dan yang paling seronok insan yang dikahwini adalah antara sahabat baik suami tersayangku.

06-06-09 adalah tarikh yang dipilih oleh mereka untuk disatukan dan Allhamdulillah majlisnya berjalan dengan lancar.Permulaannya kami suami isteri mungkin tidak dapat menghadiri majlis mereka dek kerana ada satu lagi majlis perkahwinan yang perlu dihadiri,tetapi Allhamdulillah dapat juga kami menghadiri majlis sahabat kami.Dan yang paling melucukan hadiah kami bawa dibalut di dalam kereta dan pembalutnya tidak cukup untuk menutup kotak hadiah yang kami bawa.Terpaksala suamiku menutup keburukan hadiah tersebut semasa membawanya masuk ke dewan majlis.Lucu tapi itu adalah pemberian ikhlas daripada kami semoga mereka gembira menerimanya.

Tahniah Dinar dan Ikhwan.Doa kami semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat.Harungi kenikmatan syurga dunia yang Allah kurnia ini sebaik-baiknya.

1 comment:

  1. Firstly, terima kasih dtg ke kenduri kami. Mmg mula2 sedih dgr Huda & Wan xdpt dtg. Tp ms tgh mkn tu ternmpk kelibat membawa hadiah yg besar..ms tu rasa seronok sgt. (Hadiah xbukak lagi)

    Tinggi benar penghargaan Huda pada kita. Kita kan kawan. Baik buruk pedih suka duka mcmana pun kita saling tlg menolong. Kita ni manusia biasa dan kita juga byk buruknya dari baik..

    Mmg lucu juga..kita berdua ni dijodohkan dengan kawan seofis pulak tu husband kita kwn sekampung.. Lps ni boleh la nak konvoi.

    Kita gan Ikhwan juga doakan agar Huda & Wan bahagia hingga ke alam Syurga.

    ReplyDelete