"Ingat ke dia pada hari lahir aku",itulah yang bermain di fikiran dalam seminggu ni.Aku pun tidak tahu kenapa perlu aku fikir perkara ini.Mungkin sebab aku perempuan.Sebab mengikut kajian dan bacaan aku, kaum wanita amat menitikberatkan tarikh-tarikh penting ini.Jadi sudah terbuktila sebab aku pun rasa.Tapi aku rasa semua orang nak orang yang dikasihi mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka.Dan aku yakin dia pasti mengingatinya.
Dan semalam sambil aku menunggu suamiku menyiapkan kerjanya aku menonton televisyen,dan setelah tiada cerita yang hendak ditonton aku menyambung membaca novel.Lambat juga aku menghabiskan bacaan novel.Kalau masa aku belajar dulu satu buku novel aku boleh habiskan dalam satu malam.Mungkin dahulu aku tiada komitmen lain sekadar belajar.Semakin lama aku baca semakin mata layu dan dua tiga kali mengulang ayat yang sama.Aku tengok suamiku masih kusyuk menatap komputer ribanya.Aku menutup novel dan cuba melihat cerita yang ditayangkan di televisyen.Dan selepas itu,mataku tertutup."Selamat Malam Bang",cetuskan dalam hati.
Tiba-tiba aku terasa pipiku disentuh sesuatu.Aku membuka mata dan melihat suamiku berada di depan mata.Aku membulatkan mata."Selamat Hari Lahir Sayang",beritahunya sambil satu lagi ciuman hinggap di pipiku.Aku terus memeluknya dan bertanya soalan bodoh "Hari ini hari lahir sayang ye?",.Suamiku menganguk."Terima Kasih bang",kataku terharu.Tapi dalam terharunya aku, aku sambung balik tidur di atas sofa sehinggala suamiku mengejutkan aku untuk tidur di dalam bilik.Terima kasih banyak-banyak bang.Ucapanmu amat bermakna buat isterimu.Sayang abang sangat.
Buat adik-adik dan rakan yang mengucapkan selamat hari lahir buatku,terima kasih banyak.Sesungguhnya banyak kenangan pahit manis,suka duka,marah sayang yang aku alami selama 28 tahun aku hidup di muka bumi Allah.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku diberikan kehidupan yang sempurna.Aku bermohon agar aku sentiasa berada di dalam keimanan dan kecintaan kepada Mu Ya Allah.Terima Kasih Ya Allah.
Terima Kasih buat Suamiku kerana Menerimaku dan Menyayangiku.Sayang abang sangat-sangat.
Terima Kasih kepada Mak dan Ayah kerana melahirkan dan menjagaku dengan sempurna sehingga dewasa.Jasamu tidak dapat ku balas.
Terima Kasih kepada Mak dan Ayah mertua kerana sudi menerima diriku sebagai anakmu
Terima Kasih kepada akak,abang dan adik-adik kerana menyayangiku dan sentiasa berada bersamaku dalam susah dan senang
Terima Kasih kepada guru-guru,pensyarah yang banyak membimbingku
Terima Kasih kepada semua rakan-rakan yang berkongsi pengalaman dan kenangan bersama.
Terima Kasih pada semua yang mengenali diriku.Sesungguhnya hidupku amat bermakna dengan adanya kalian.
No comments:
Post a Comment