“ JIKA SESEORANG ITU MELETAKKAN ALLAH SEGALA-GALANYA, NESCAYA KERESAHAN MENJADI KETENANGAN, KESIBUKAN MENJADI KELAPANGAN, KEMARAHAN MENJADI KESABARAN, KEMALASAN MENJADI KERAJINAN, SEGALA YANG NEGATIF AKAN JADI POSITIF”
Sunday, June 21, 2009
Ayah
Aku dan adik aku berlari dalam ketakutan sambil berpaling melihat ayah yang mengejar kami sambil memegang ranting kayu."Berhenti",jerit ayah aku."Ayah cakap sekali tak nak dengar",jeritnya lagi.Kami tidak menghiraukan jeritan ayah dan terus berlari mengelilingi rumah.Tapi akhirnya dengan tenaga ayah yang kuat kami dapat ditangkap dan dipukul dengan ranting kayu.
Itu antara kenangan antara aku dan ayah aku.Peristiwa di atas berlaku semasa aku masih kecil.Aku dan adik aku Zaki mengangu Lija yang tidur di dalam buaian.Ayah aku beberapa kali menegur tetapi dek kerana kedegilan kami,kami kacau juga lija hingga dia terjaga.Itu yang buat ayah marah.Ayah kejar kami keliling rumah,berapa kali pusing aku tidak ingat.Tapi itula akibat kedegilan dan kenakalan kami.
Ayah aku masa dulu,garang.Tanyala ke sembilan anaknya.Semua merasa sebatan rotan ayah.Tetapi ayah aku pukul disebabkan kenakalan kami semua.Disebabkan rotan ayah kami semua Allhamdulillah berjaya.
Ayah aku amat penyayang dan bertanggungjawab kepada semua anak-anaknya.Aku tidak pernah merasa kurang walaupun hidup kami dahulu kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Semuanya kerana ayah penuhi keinginan kami dengan kemampuan dan tenaga yang dia ada.Ayah aku kalau pasal sekolah dia memang akan usahakan untuk datang jika terdapat apa-apa program yang memerlukan dia datang.Anak-anak dia tidak ada seorang pun yang terlepas daripada duduk di asrama sekolah.Bagi dia anak-anak ayah akan berdikari jika duduk di asrama.
Masa aku duduk di asrama, sekolah aku mewajibkan ibubapa untuk datang mendaftarkan anak-anak di asrama.Kalau ikutkan hati aku aku tidak mahu ayah aku datang.Bukan sebab aku budak nakal atau ada buat kesalahan tetapi aku tidak mahu menyusahkan ayah aku.Zaman aku sekolah dulu ayah aku hanya ada motosikal kapcai untuk dia ke ladang.Jadi hendak ke sekolah aku,aku akan menaiki dua bas untuk sampai ke sekolah.Ayah aku sanggup untuk naik bas bersama-sama aku untuk ke sekolah.Dan setiap kali dia hendak pulang aku akan menitiskan air mata kerana merasa aku menyusahkan dia dan merasakan pengorbanan yang ayah lakukan amat tinggi.Tetapi ayah hanya akan tersenyum dan memberikan kata-kata nasihat buat aku.
Dan aku tahu aku bukanla anak yang ayah aku boleh banggakan.Lepas tamat sekolah aku tidak berjaya ke IPTA tetapi ayah aku sanggup menghantar aku ke kolej swasta walaupun belanja mahal.Allhamdulillah aku berjaya menghabiskan pembelajaran aku dan berjaya memasuki IPTA juga akhirnya.Semuanya kerana jasa ayah dan emak aku.
Kini aku sudah mempunyai keluarga dan kehidupan sendiri.Namun ayah tidak pernah berhenti memberikan nasihat pada aku.
Buat ayahku Haji Mat Yunus bin Abas.Terima kasih Huda ucapkan.Jasa ayah pada Huda tidak dapat Huda balas.Hanya doa Huda agar ayah sentiasa diberikan kesihatan dan mendapat rahmat dari Ilahi.Mohon maaf,jika anakmu ini melakukan kesalahan dan Huda amat berharap sedikit sebanyak Huda ada membanggakan ayah.Sayang ayah sangat.
(Buat Ayah Mertua terima kasih juga kerana menerima Huda sebagai seorang lagi anakmu.Dan buat semua ayah,bapa,abah,papa,daddy atau apa sahaja gelaran yang anak-anak panggil tahniah kerana berjaya membesar dan mendidik anak-anakmu.Jasa kalian tidak dapat dibalas.Buat mereka yang sudah kehilangan ayah titipkanla doa agar ayah sentiasa tenang dia alam sana.Kerana doa anak-anak soleh yang akan di bawa bersama oleh mereka di alam sana)
Labels:
Kisahku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huhu..kk da..menitis dh air mata i ni..thank you jgk untuk ayah...
ReplyDeleteAbg, akak, chimah, jafni dan uda merasa hidup susah yang amat sangat dengan ayah emak dulu. Abg ingat ayah balik cenor naik basikal nak menoreh getah semata-mata nak membesarkan kita, bayangkan naik basikal ke cheenor. Tapi zaman zaki, ija, cicit dan najhah, alhamdulillah dah senang sikit. So wokme sume, ingatlah jasa ayahmak tu....muenster
ReplyDelete